8

12 1 0
                                    

+Author's POV

"Okayla gguk hyung gerak dulu eh ? Jaga anak dara orang elok elok,habis makan terus bawa dia pulang"

Pesan lelaki yang merupakan hyung kesayangan Jeon Jeongguk itu

"내 Jin hyung jangan risau,gguk terus hantar dia balik lepas makan ni.Hati hati hyung,annyeong"

Ujar Jeon Jeongguk sebelum memberikan pelukan kepada hyungnya itu tanda salam berpisah

Setelah memastikan kereta hyungnya itu hilang daripada pandangan matanya,Jeon Jeongguk menapak semula ke dalam cafe tersebut dan duduk semula di hadapan gadis hazel itu

"Abang kandung awak ke ?"

Soal gadis hazel itu

Jeon Jeongguk memandang ke arah gadis itu lalu menggelengkan kepalanya

"아니요. (aniyo-tidaklah)"

Gadis hazel itu mengerutkan mukanya tanda pelik

Tapi muka sama--

"Sahabat,merangkap family kedua aku."

"Oh,no wonderla muka ada iras sedikit"

Terangguk angguk kepala gadis hazel itu

"Kau dah siap belum ?"

Soal lelaki dingin itu

"Eo ? Dah dah"

"Jom."

"Eh,nak pergi mana ?"

Bingung gadis hazel itu sambil memandang lelaki dihadapannya ini bangkit daripada kerusi yang didudukinya itu

Lelaki dingin itu menjungkitkan alis keningnya sedikit sambil tangannya dimasukkan ke dalam pocket seluar miliknya itu

"Nak stay sini ke ?"

Sekali lagi,

Gadis hazel itu memalukan dirinya sendiri dengan soalan bengap yang keluar daripada bibir munggilnya itu

---------------------------●♡●--------------------------
+Melissa Hazel Hwang

"Erm,terima kasih Jungkook"

Aku mengucapkan terima kasih kepadanya setelah dia menghantarku sehingga dihadapan blok kondominiumku ini

"Sama sama.Kau betul ke nak naik sorang ni ?"

Soalnya senada

Kerek je lebih

"Betul,tak apalah lagipun saya dah biasa naik sorang.Jangan risau saya bekas ahli taekwondo tali pinggang hitam"

Jawabku sambil mengukirkan sengihan kepadanya

"Okay."

Okay Hazel,bertabahlah dapat boss suka jawab sepatah sepatah ni

"Saya keluar dulu ye Jungkook ? Terima kasih tumpangkan"

Kataku sebelum keluar daripada kereta Mercedes Benz milik lelaki dingin ini

Aku terus menuju ke arah bangunan kondominiumku dan segera menekan punat lif untuk menuju ke rumahku

Aku menoleh ke arah sekelilingku untuk melihat jikalau ada sesiapa yang berada di ground floor ini

Hampeh

Tak ada sesiapa langsung

Aku menilik ke arah telefon pintarku untuk melihat waktu

11.07 p.m.

Dah pukul 11 malam ?!

Lama juga aku keluar tadi--

Tiba tiba ada seseorang menepuk bahuku membuatkan aku terlompat sedikit dan terus menoleh ke arah gerangan yang menepuk bahuku itu

"Aku teman kau,aku rasa ada something yang tak kena."

Lah,buat cuak je

Lelaki dingin itu rupanya yang menepuk bahuku

"Aish Jungkook,awak buat saya terkejut.Tak apalah,saya okay je naik sorang lagipun saya kan ad--"

"no rejection."

Ish dahla potong aku bercakap,degil pulaktu lelaki dingin ini

Aku mengroll eyes biji mataku sebelum masuk ke dalam lif yang sudah sedia menunggu manusia untuk masuk ke dalamnya

"Suka hati awaklah Jungkook"

1

2

3

4

Hening

5

6

Tingg

Aku mengerutkan dahiku

Ada orang nak turun ke tengah malam buta ni ?

Aku memandang ke arah Jungkook yang hanya bersandar pada penghadang lif itu dengan tangannya masih berada di dalam pocket sambil memandangku dengan pandangan redupnya

Sewaktu pintu lif ini terbuka,terbuntang luas mataku apabila terlihat 2 orang lelaki berpakaian serba hitam cuba memecah masuk ke dalam rumah salah seorang penghuni kondo itu

Ianya betul betul di blok hadapan bertentangan dengan lif kami !

Salah seorang daripada mereka ternampak aku yang berada dalam lif ini dan segera memberitahu kepada rakan subahatnya itu

Dengan segera aku terus menekan punat lif untuk menutup pintu lif itu dan terus menuju ke tingkat di mana rumahku berada

Akibat terlalu panic,tanpa berfikir dengan waras aku terus mendail nombor security guard yang tersedia di dalam lif itu

"Don't be fool Hazel,dalam lif mana ada line."

Jeez !

Kus semangat aku dibuatnya mendengar suara garau milik lelaki dingin itu

"S-saya t-takut Ju-jungkook"

Ujarku sambil jariku terketar ketar menahan perasaan gementar

"Rumah kau tingkat berapa ?"

"D-dua belas"

Lelaki dingin itu terus menekan punat lif ke tingkat 9

"Jungkook,rumah s-saya dekat tingkat 12 b-bukan 9"

"Aku tahu apa aku buat."

Tingg

Sampai sahaja kami di tingkat 9 kami terus keluar sambil tanganku dipegang kemas oleh lelaki dingin ini

Sampai sahaja kami di bilik pintu kecemasan,lelaki dingin ini terus menarikku ke dalam dakapannya sambil telapak tangannya menutup kemas mulutku supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi

"Shit.Mana gadis tu pergi ?"

Semakin kemas telapak tangan lelaki dingin itu menutup mulutku selepas mendengar suara seseorang yang kami tidak kenali itu bersuara

"Aku rasa dia pergi menyorok dekat belah sana,jom"

Setelah tidak lagi mendengar bunyi kaki yang berlari itu,lelaki dingin ini terus melonggarkan dakapannya terhadapku

"Call security cepat,Diorang masih berada di tingkat ni lagi."

Ujar lelaki dingin dihadapanku ini

Tanpa melengahkan masa aku terus menelefon security guard dan memberitahu tentang kelibat 2 orang perompak itu secara berbisik

Seusai sahaja melaporkan hal itu kepada security guard kedengaran suara lelaki dingin ini berkata

"You should be glad aku tiba tiba baik hati nak teman kau naik,kalau tak habis nyawa kau melayang macamtu je."

Aku hanya menunduk memandang kaki ku kerana malu dengannya

"Thanks Jungkook,sorry"

Aku meminta maaf kepadanya kerana sikap egoku yang tidak mahu diteman olehnya untuk naik ke atas rumahku

"Don't act like kau tak perlukan pertolongan Hazel,Sehebat mana pun kau dalam ilmu mempertahankan diri,kau tetap perempuan.Mark my words Melissa Hazel Hwang."

Pesan lelaki dingin ini tegas sambil menyelit sedikit perlian yang memberikan maksud mendalam kepadaku itu

Tiba tiba kami berdua terdengar bunyi bising di luar pintu merungut meminta untuk dilepaskan dan bunyi besi penggari yang berlaga

"Syukur mereka dah ditangkap.J-jungkook,b-boleh kita keluar ?"

Lelaki dingin ini diam dan terus berlalu keluar daripada tempat persembunyian kami ini dan menuju ke arah lif meninggalkan aku keseorangan dibelakang

Aku melepaskan keluhan kecil sebelum aku membuntuti langkah kaki lelaki dingin itu

[SU] SAME || Jeon'sWhere stories live. Discover now