+Author's POV
"Taehyung-ie"
"Yoongi hyung"
"Seokjin hyung"
"Jeongguk-ie"
"Namjoon hyung"
"Hoseok hyung"
Terhenti segala perilaku 6 sahabat yang sedang berborak sakan di restoran tertutup berdekatan pantai tersebut.
Masing masing memandang ke arah suara yang menyeru nama mereka itu.
Kelihatan seorang lelaki tinggi berkarisma tersenyum nipis menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu berdiri daripada kalangan 6 sahabat yang berborak sakan sebentar tadi.
"Jimin-ie..."
Seru lelaki itu lembut
Lelaki yang menyeru nama keenam enam sahabat itu hanya berdiri tenang sambil tangannya menyeluk ke dalam poket seluarnya.
Kemudian,
Berdiri pula seorang lagi lelaki daripada kalangan 5 sahabat yang masih duduk memerhatikan lelaki yang menyeru nama mereka tadi.
"Selepas 2 tahun hilangkan diri tanpa khabar berita,kenapa muncul kan diri balik hmm ?"
Ujar lelaki tersebut yang baru sahaja berdiri di sisi lelaki berlesung pipit itu.
Terkejut kelima lima sahabat itu mendengar soalan yang diutarakan oleh sahabat mereka kepada si Jimin itu.
"Jeongguk-ahh"
Kelihatan lelaki berkulit putih pucat yang duduk di berdekatan Jeon Jeongguk itu memegang lengan sahabatnya supaya bertenang.
"I'm asking you again,kenapa munculkan diri balik selepas 2 tahun hilangkan diri tanpa khabar berita Jimin-ie hyung ?"
Soal lelaki dingin itu sekali lagi
Kelima lima sahabatnya itu hanya diam menunggu jawapan daripada lelaki yang berdiri sambil menyelukkan tangannya di dalam poket yang digelar Jimin itu.
Kemudian,Jeon Jeongguk mendepakan tangannya sambil mukanya masih dibuat gaya dingin.
"Come,I miss my Jimin-ie hyung so bad"
Keenam enam mereka berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum mendengar ayat yang dilontarkan oleh maknae kesayangan mereka itu.
Dengan senyuman manis yang menaikkan lagi pipi tembam milik lelaki yang berdiri sambil tangannya menyeluk poket itu,lelaki yang bernama Park Jimin itu berlari memeluk Jeon Jeongguk sehingga terpusing pusing badan mereka gara gara kerinduan terhadap sahabat merangkap keluarga keduanya yang tidak terhitung itu.
"Eh apa ni ?! Mana aci gguk je dia peluk !"
Seraya dengan itu,ketujuh tujuh sahabat itu berpelukan dengan erat bagi melepaskan kerinduan yang sudah lama ditanggung
Sahabat,
Yang dianggap sebagai keluarga kedua,
Ikatan yang tetap berpisah tiada,
Hanya kematian yang dapat memisahkan keakraban kita,Terima kasih sahabat.
---------------------------●♡●--------------------------
+Jeon Jeongguk"Hyung.."
Keenam enam sahabatku memandang ke arahku
Aku tersenyum kecil sambil menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal
"Hehe maksud gguk,Jimin hyung hehe 미안해요 (mianhaeyo-saya minta maaf)"
Sengihku
Yoongi hyung speechless
Namjoon hyung sambung makan
Hobi hyung memukul lembut pehaku
Taehyung hyung menjelingku manja
Jin hyung tak habis habis dengan dad jokesnya
Aku menggeleng kepalaku memandang kerenah sahabat sahabat yang aku anggap seperti abang ini
Jimin hyung menepuk bahuku
"왜여?(waeyo-mengapa)"
Soalnya kepadaku
"Ani..hyung kenapa tak contact gguk langsung masa sambung belajar dekat Turkey tu?Sampai hati hyung kan ?"
Ujarku sambil mencebik bibir tanda merajuk dengan sahabat yang sentiasa memanjakan aku ini
"Jeongguk-ahh hyung minta maaf,hyung bukannya sengaja tak contact gguk tapi hyung tukar sim masa kat sana.Kat sana mana dapat line SKT"
Terangnya
"Alah hyung,lepastu kenapa tak save balik nombor gguk dekat dalam sim baru hyung ?"
Soalku lagi
"Gguk,Hyung minta maaf okay?Sim hyung hilang.Sampai sampai je dekat sana sim hyung tercicir masa hyung nak tukar sim baru tu.Hyung minta maaf eh?"
Dia meminta maaf kepadaku sambil tangannya mengusap lembut kepalaku
Aku mengangguk tanda maafnya diterima dan aku tersenyum memandang sahabatku yang aku anggap seperti abang kandungku sendiri ini.
"괜찮아(gwaenchana-tak mengapa)Gguk faham,ni dah ada belum nombor kami semua ?"
Soalku prihatin
"Dah,Hobi hyung dah masukkan hyung balik dalam groupchat Bangtan Jjang"
"Eh Gguk,Aku dengar cerita setiausaha Kim dah berhenti jadi P.A kau,Kau dah cari pengganti ke ?"
Soal Taehyung hyung kepadaku
"Dah,P.A baru aku dah mula bertugas harini"
Jawabku sambil tanganku sibuk mengambil pizza di hadapan Hobi hyung
Terimbas kembali muka pucat gadis berdarah kacukan Korea-Kanada itu sewaktu aku mengusik gadis itu
Aku tergelak kecik apabila terbayang muka pucatnya seperti tiada darah langsung !
"Eh Gguk,tiba tiba gelak sorang sorangni dah kenapa?Dah tersangkut ke dengan P.A baru tuu"
Usik Hobi hyung seraya dengan itu sahabat sahabatku yang lain tergelak sambil sibuk menyakatku
"Eleh,Maknae kita dah pandai dah suka suka orang ni"
"Uwowowo gguk kita dah matang dah"
"Hey!Gguk memang dah matang okay,Tae hyung je tak matang lagi"
"Eh budak ni,Sini kau sini"
"Appo hyung appo!"
"Gguk nanti tunjukla awek tu dekat kitorang,Kalau lawa aku setuju jadi pengapit kau nanti"
"Gguk,pastikan awek kau pandai masak tau gguk.Aku tak nak masakkan untuk kau dah nanti"
"Apa ni Jin hyung!Dia bukan awek gguk la ey !"
Semoga persahabatan antara kami bertujuh tidak akan terputus dan berkekalan sehingga nafas yang terakhir.
Tidak dapat diungkapkan dengan rasa betapa sayangnya Jeon Jeongguk terhadap sahabat sahabat yakni keluarga keduanya ini,
Gguk sayang semua !
---------------------------●♡●--------------------------
+Melissa Hazel Hwang"Harinnnnnn"
Panggilku meleret sejurus selepas aku masuk ke dalam kondo milikku ini
"Naeeeeeeeeeee"
Kelihatan adik ku keluar daripada dapur dengan berpakaian apron dan rambutnya yang disimpulkan seperti siput menuju ke arahku bersama senduk yang berada di tangan
"Kamu masak apa ?"
Soalku kepadanya
"Jjangmyeon,엄마 craving"
Jawabnya
"Mana 엄마 ?"
Soalku sekali lagi
"Bilik,okaylah bye Harin nak sambung memasak"
Dia kemudiannya kembali menuju ke dapur untuk menyambung aktiviti memasaknya yang tergendala
Sewaktu aku melintas ingin masuk ke dalam bilikku
Aku jalan berundur untuk melihat bilik adikku ini dan--
"Elessa Harin Hwang !"
"Naeeeeee !"
"Kemas balikla lepas study sebelum nak buat aktiviti lain ish tu pun nak kena ajar jugak kee ?!"
Jeritku
"Maafkan adikmu yang comel ini kakak!엄마 tadi tiba tiba craving tu terus gerak pergi dapur tak sempat nak kemas hehe sorry"
Jerit adikku dan aku tahu dia sedang tersenyum simpul
"Haih budak ni"
Aku terus menuju ke dalam bilik ku dan meletakkan beg tanganku di atas meja solek
Aku kemudiannya membuang makeup di mukaku dengan makeup remover dan terus bersiap siap membersihkan diri
Hari yang mencabar keimanan dan memenatkan !
YOU ARE READING
[SU] SAME || Jeon's
Fanfictionsama tetapi tidak serupa started:29/5/19 end:-- Doakan cerita ini tak di delete