4

23 10 2
                                    

+Melissa Hazel Hwang

"Hah Hazel pergilah masuk,Daepyonim dah panggil tu"

Ujar Lim Bora kepadaku

Aku mengangguk kecil dan bangun daripada tempat duduk ku dengan kelajuan sederhana

Biar lambat asal selamat gais

Kemudian,Aku menuju ke arah pintu pejabat milik lelaki berlagak itu dan mengetuknya separa kuat cukup untuk lelaki itu mendengarnya

tokk tokk tokk

"Masuk"

Lantas,Aku masuk ke dalam pejabat lelaki itu dan menutupnya perlahan supaya tidak berlakunya pencemarab bunyi

Aku menuju ke arah lelaki berlagak itu dan menyimpulkan sedikit senyuman pagi kepadanya

"Maafkan saya Encik Jeon,Encik Jeon perlukan apa apa ke ?"

Soalku lembut

Dia yang sedang merenung ke luar jendela itu memusingkan kerusinya untuk menghadapku dan memberikan pandangan yang agak--

redup

"Kau--dah hafal etika bekerja di syarikat ini ?"

Soalnya lembut tetapi ada sedikit ketegasan

Aura ketegasannya membuatku sedikit gementar tetapi aku endahkan sahaja perasaan gementarku ini

"Sudah Encik Jeon,Saya dah khatamkan sepenuhnya semalam"

Ujarku dengan nada ceria sedikit kerana aku berbangga dengan usahaku yang berjaya membaca fail sederhana tebal yang setiausaha Kim berikan kepadaku sebelum dia pulang ke rumahnya.

Membaca ni membosankan tahu kadang kadang.

"Kalau macamtu mesti kau dah hafal etika berpakaian syarikat ini juga bukan ?"

Soalnya lagi tetapi dengan menyelit kesinisan sambil memandangku tajam.

Aku bingung seketika.

Dia kemudiannya berdiri dan membetulkan kemeja merahnya sambil membuka satu butang pada bahagian atas bajunya sambil berjalan perlahan merentasi meja kerjanya untuk menuju ke arahku.

Sengaja.

Lelaki berlagak itu sengaja membuka butang bajunya di bahagian atas padahal biliknya itu tidak panas pun.

Aku meneguk liurku yang terasa kelat dan cuba mengawal rasa gementar yang kian menjalar dalam diriku ini.Aku yang baru sahaja ingin melihat baju yang tersarung pada tubuhku ini terus tidak kesampaian kerana lelaki berlagak itu kemudiannya berhenti betul betul dihadapanku.

Dapat aku rasa dengan jelas nafas hangatnya menampar hebat pipi mulusku ini.

Pipiku mula merona kemerahan sedikit kerana jarak kami terlalu dekat

Aku masih membatukan diri kerana aku tiada kekuatan untuk bersuara dan memandang anak mata lelaki di hadapanku ini kerana lelaki berlagak ini memandangku dengan tajam.

Gementar,tetapi tidak takut

Kenapa pula begitu ?

Kerana aku masih berani memandang bibirnya yang bergerak ingin melontarkan perkataan.

Heol ini Melissa Hazel Hwang la

"Pakaian kau dah okay.Cuma--

Aku--"

Dia merendahkan tona suaranya dan mendekatkan bibirnya ke telingaku

"Tak suka--"

Aku menggigit bibir bawahku menahan geli kerana nafasnya terasa di bahagian telingaku

Dia kemudiannya secara perlahan meleraikan ikatan rambutku menyebabkan rambut paras atas pinggangku jatuh secara beralun

"Kau ikat rambut--"

Kemudian dia memusingkan wajahnya ke kiri untuk menatap wajahku yang kian memerah dengan senyuman sinis terukir di bibir manis miliknya.

"Faham ?"

Kemudian dia menjauhkan semula wajahnya daripada wajahku dan kembali tersenyum nipis sambil bermain main dengan getah rambutku.

"Nak tahu kenapa ?"

Aku yang dari tadi hanya memandang bibirnya kembali memandang ke arah mata bulatnya untuk menantikan jawapan bagi persoalan yang berlegar di fikiranku tetapi sudah diutarakan oleh Jeon daepyonim ini

"Aku lelaki,kelemahan lelaki ialah seorang wanita.Jadi aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan ini,ataupun kau nak aku fahamkan dengan lebih terperinci hmm ?"

Terangnya bersama dengan senyuman yang nakal

Dengan kelajuan seperti cheetah aku menggeleng pantas kepalaku tanda tidak mahu

'Gila'

Dia kemudiannya tersenyum kacak dan memberikan getah rambutku sambil menyelitkan pesanan

"Nah,aku tak nak lepasni kau ikat rambut lagi terutama dekat office ni,tak kira lah kau rimas ke apa,Bahaya.Kalau kau rasa nak kena baham dengan harimau jantan dekat luar sana,buatlah"

Nasihatnya tegas sambil memandangku selamba

Aku membulatkan mataku tanda terkejut dengan penyataannya sesaat lepas

'Gila betul mamat ni,aduh malunya!'

"Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni ?"

Aku mengangguk laju

Dia kemudiannya kembali duduk di atas kerusi pejabatnya yang empuk itu

"Bagus,Sekarang boleh aku tahu schedule aku harini ?"

Soalnya seperti tiada apa yang berlaku antara kami berdua sekejap tadi

Dengan segera aku membuka buku catatan yang dikhaskan untuk jadual daepyonim berlagak ini.

Kata setiausaha Kim,buku catatan lama sudah penuh jadi dia meminta untuk aku menyediakannya sendiri.Buku catatan lama pula disimpannya di dalam laci meja setiausaha serta dia juga meminta untuk aku menghafal hari hari penting yang sudah ditandakan.

"U-untuk hari ini,Encik Jeon hanya ada temujanji bersama pengurus kereta jenama Hyundai bagi membincangkan tentang tajaan buat artis dibawah naungan syarikat ini pada pukul 9.30-12.00 di The Lounge.Itu sahaja jadual Encik J-Jeon untuk harini"

Seraya itu,Aku menutup buku catatan itu dan kembali memandang ke arah wajah kacak daepyonim berlagak itu.Aku cuba mengawal gagap yang terhasil akibat terlalu gementar menghadapnya tika ini

"Itu je?Baiklah."

"Saya minta diri dulu ya Encik Jeon"

Ujarku sebelum memusingkan badanku untuk menuju ke arah pintu pejabat biliknya ini

"Cik Hazel"

Aku memberhentikan orakkan langkah kaki ku dan kembali memandang ke arahnya perlahan

"Ya En--"

Belum sempat soalan aku habis ditanya,lelaki berlagak itu sudah memotong percakapanku

"Tolong sediakan Americano Coffee untuk aku."

Aku tersenyum nipis

"Baiklah Encik Jeon,Saya minta diri dulu ya?Ada apa apa lagi pesanan ?"

"Tak ada."

"Baiklah,Saya pergi dulu"

Aku dengan segera mencicit keluar daripada bilik lelaki berlagak itu lalu aku terus melepaskan keluhan yang panjang dan memegang dadaku yang masih berdetak dengan laju akibat serangan mengejut beberapa saat yang lepas sejurus selepas menutup pintu pejabat bilik lelaki itu

'Fuh lelaki ni benar benar buat aku sesak nafas!Tak guna,heol maaf Encik Jeon tetapi Hazel Hwang ini tidak suka peraturan.Sekian'

Jerit hati kecilku,dengan segera aku meletakkan buku catatan pada meja ku dan menuju ke arah pantry untuk menyediakan air buat lelaki berlagak itu.

Mujur sahaja Boram tiada di mejanya kalau tak habisla muka putih merah gadis hazel ini bertambah merah akibat menanggung malu dua kali ganda kerana Boram mungkin nampak tindak tanduknya yang aneh sejurus keluarnya dia daripada pejabat pengurus mereka itu.

"미친 대표님 (michin daepyonim-pengurus gila)"

Aku mengutuknya perlahan.

Baru hari pertama kau dah buat aku tak senang duduk Jeon Jungkook

---------------------------●♡●--------------------------
+Jeon Jeongguk

Bebola mataku memerhatikan gadis hazel itu sehingga dia keluar daripada pejabat aku ini

Aku tergelak kecil

"Cuak betul muka kau tadi,Nampak sangat engkau tak biasa lelaki hampir dengan kau kan"

Terimbas kembali wajah gadis berkulit putih merah itu yang merona kemerahan kerana pipinya terkena hembusan nafas hangat Jeon Jungkook.Lelaki ini kemudiannya sambung mentertawakan gadis hazel yang dianggapnya naif itu

"Ingat berani sangat,Aku baru usik sikit dah cuak aigo Hazel"

Kemudian,Jeon Jungkook mengambil telefon bimbitnya dan mendail seseorang

"Petang nanti sibuk tak?"

Terlihat senyuman manis Jungkook melebar setelah mendengar balasan daripada orang di sana

"Baiklah,Pukul 4 dekat tempat biasa.Apa apa bagitau aku,jangan lupa ajak yang lain sekali"

Jungkook memutuskan talian setelah mendapat kata putus daripada orang di sana sambil matanya tertancap pada gadis hazel yang sedang membuat air untuknya di pantry sambil mulutnya terkumat kamit mengutuk lelaki itu

"Eleh kutuk aku la tu"

Jungkook berkata kemudian dia tergelak kecil dengan karenah gadis hazel yang baginya dianggap naif itu.

[SU] SAME || Jeon'sDonde viven las historias. Descúbrelo ahora