prolog

122 2 0
                                    

Aku membawa beg aku keluar dari perut kapal terbang.Aku mengatur langkahku menuju ke tempat menunggu,aku tercari-cari rakanku,Hafiy.Kebiasannya aku akan balik ke rumah menaiki kereta tetapi kereta aku memerlukan service jadi Aku terpaksa menumpang hafiy.Balik ni Aku nak terus mandi badanku terasa berlengas mata Aku pun sudah hampir terlelap akibat drive dari New Zealand ke Malaysia.

"Bro kau nak balik rumah kau ke rumah papa kau?"tanya hafiy yang matanya masih fokus memandu di jalan raya.

"Aku nak balik rumah papa.Kereta Aku bila boleh ambil?"aku memandang hafiy yang Masih fokus dengan pemanduannya.

"Hari ini dah boleh ambil.Asal kau nak ambil sekarang ke?Kalau sekarang Aku hantar kau kat bengkel nanti kau balik sendiri"ujar hafiy sambil memandangku.

Kekadang Aku rasa hafiy ni macam partner gay aku pula.yalah pergi mana-mana mesti berdua.Aku teringatkan syafiq kawan kami yang sudah berjaya menjadi pengurus hotel sudah lama kami tak berjumpa.

"Asy dah sampai dah kau settle sendiri tau pasal kereta kau tu.Aku nak balik mama aku suruh belikan barang dapur."ujar hafiy yang ralit bermain phone.

"Okay kau tolong aku ni pun dah okay.Terima kasih fiy"aku membuka Tali pinggang dah terus keluar dari kereta Mercedes hafiy.Hafiy dikira berkepuk jugakla duit rupa pun okay.

Aku pergi ke bonet kereta dan mengeluarkan beg yang Aku selalu bawa semasa flight.Topi yang Ada di tanganku Aku letak dicelah ketiak.Setelah siap membuat bayaran Aku pergi ke kereta kesayangan aku.

"Audira aku rindu gila kat kau"omel aku semasa dalam kereta.Aku terus memandu girlfriend aku yang diberi nama audira.aku memasuki perkarangan rumah aku.Aku membuka pintu rumah dan mendaki anak tangga menuju ke bilik.Sesampai di bilik aku terus membuka uniform pilot yang masih terlekat pada tubuhku.Aku mempunyai badan yang tough tidak hairanlah kerana jika tiada flight tempat yang dituju adalah gym.

Selesai bersiap dan mengenakan baju polo sembur sedikit minyak wangi kegemaranku Hugo boss.Aku begini bukannya ingin memikat perempuan Di luar sana tetapi ingin menunjukkan kekemasan diri.Aku mengambil iPhone dan segugus kunci untuk menuju ke rumah papa.

Sesampai ke rumah papa aku mencari kelibat yang lalu malangnya tiada.Rumah agam ini sentiasa sunyi kerana tiada siapa Di dalam rumah melainkan papa dan pembantu rumah.Sudah bertahun perkara ini terjadi tetapi masih segar dalam ingatanku.Perkara yang lalu banyak mengajarku sehingga kini.Aku mendaki anak tangga rumah ini yang cukup besar.Rumah ini mempunyai 3 tingkat,Aku menuju ke tingkat 2 disebuah bilik yang papa sering duduki baru Aku ingin membuka pintu Aku terdengar seperti seorang menangis.

"Zahara ke mana awak menghilang?Saya dah terlalu rindukan awak 10 tahun awak tinggalkan saya.Fisha pun telah lari juga.Kenapa awak berdua tinggalkan saya?Saya tak mampu nak jadi suami dan ayah yang baik ke?Saya berharap awak berdua bahagia dan Ada lelaki yang mampu menjaga,membimbing awak berdua."ujar suara itu.

Ya Aku kenal suara itu,papa.Papa menangis.Aku sebagai seorang lelaki juga sakit apabila ibu kandung Dan kakak kandung sanggup meninggalkan kami.Kami sekarang hidup bertiga papa,aku dan adikku,fasha.Fasha telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.Aku berharap dia tidak menjadi seperti ibu,kakak dan bekas kekasihku.Dia satu-satunya perempuan yang aku percaya.

Mrs.PrinceWhere stories live. Discover now