bab 7

34 0 0
                                    

"sebenarnya papa nak Dyan jadi salah satu keluarga kami"

"Apa maksud papa?selama ni Dyan anggap keluarga papa macam keluarga kandung Dyan.Papa pon Dyan anggap macam ayah Dyan sendiri".Dyan memandang encik hamdan ingin mencari apa yang difikirkan oleh encik hamdan.

"Papa nak Dyan jadi menantu papa".Dyan tergamam dengan apa yang diberitahu oleh encik hamdan.Kahwin?belum lagi terfikir dalam hidupnya.

"Papa nak sangat Dyan kahwin dengan anak lelaki papa,asyraf."dari riak muka Dyan nampak seperti tidak bersetuju.Dia memang tidak mahu mengatur hidup anaknya tetapi dia risaukan tentang anak lelakinya terlalu ikutkan ego lelakinya.Jadi dia dapat rasa dyan boleh mengubah hidup anaknya.

Dyan tidak tahu ingin membalas dia tersepit jika dia menolak dia takut lelaki di depan itu akan terasa sudahla encik hamdan banyak membantunya selama ini,tapi jika ia tak menolak mampukah dia memikul tanggungjawab itu sudahla di tak cintakan asyraf,pagi tadi baru sahaja ia bersua muka bersama asyraf.

"Asyraf dah tahu pasal benda ni?"Dyan teragak-agak ingin bertanya.

"Papa tak tanya lagi,tapi ini cadangan papa tapi kalau kamu tak setuju tak mengapa papa tak akan halang kamu lagipun ini kehidupan kamu Dyan"encik hamdan tidak mahu mendesak Dyan tapi ini adalah rancangannya sahaja.Kita hanya mampu merancang Allah Yang menentukannya.

"Bagi Dyan masa,Dyan minta diri dulu"Dyan terus bangun Dan berlalu ingin masuk ke rumah bukan tidak menghormati encik hamdan tapi ia terkejut Akan hasratnya,esok dia perlu minta maaf kepada lelaki itu.

Encik hamdan berasa serba salah Akan tindakannya itu pasti hal ini telah membebankan gadis itu.

Dyan teringat akan permintaan encik hamdan semalam dia dalam dilema,soalan addmath masa dia sekolah menengah lagi mudah dari perkara ini.

"Papa nak sangat Dyan kahwin dengan anak lelaki papa,asyraf."

"Papa nak sangat Dyan kahwin dengan anak lelaki papa,asyraf."

"Papa nak sangat Dyan kahwin dengan anak lelaki papa,asyraf."

Kahwin dengan asyraf tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan abang kawan baik sendiri.Fikiran dyan buntu dia tak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan encik hamdan dan asyraf.Sudahla dia telah memukul kepala asyraf malam tadi.

"Hey,Dyan kau kenapa?macam ada masalah je cuba kau cerita kat aku dari tadi muka kau macam gelabah semacam".Fasha hairan Dyan dari tadi termenung lepastu tergeleng.

"Tak ada apalah jom turun mesti yang lain dah tunggu"Dyan terus bangun dari katil takut fasha ingin mengorek hal yang dia sedang berfikir.

Semasa di meja makan encik hamdan dan asyraf sudah berada meja makan.Dyan mengambil tempat bersebelahan fasha.Suasana makan agak senyap hanya bunyi sudu dan garfu sahaja berlaga.

"Papa ada kelas pagi ini,fasha ada nak pergi mana-mana tak?"Tanya encik hamdan yang segak memakai kemeja berwarna ungu gelap.

"Fasha nak keluar nak beli barang,Dyan kata semalam dia nak buat kek".fasha saja ingin mengenakan dyan dia tahu Dyan tak mahu meminta wang dengan papa kerana tidak menyusahkan encik hamdan.

"Kalau macam tu ambik ni beli bahan nak buat kek lebih tu ambil je".encik hamdan mengeluarkan beberapa keping not 100 dan diberikan kepada fasha.

"Eyh tak apa la papa Dyan ada duit ni buat susah je".Dyan berasa segan pula dia yang ingin makan kek.

"Tak apa ambil je papa dah lambat ni"encik hamdan terus bangun menuju ke singki untuk basuh tangan.

"Abang kenapa dahi tu macam kena pukul je".fasha perasan dahi asyraf agak merah.

"Ouh tak adalah ni jatuh katil".asyraf cakap dengan gaya bersahaja terus menjeling Dyan.

"Jatuh katil?apalah dimimpikan sampai jatuh katil,dahla adik naik dulu nak siap beli barang"fasha pun terus mendaki tangga naik atas.

"Mimpi basah"asyraf hanya cakap dengan nada yang sederhana.

"Apa awak cakap asyraf?"Dyan agak terkejut dengan jawapan asyraf sudahla dia dan asyraf sahaja yang tinggal Di meja makan rasa janggal dan seram pula.

"Tak ada apalah". asyraf sedar apa yang dikatanya tadi muka gadis itu terus merah.HAHAHAHAHA

Dyan terus bangun ingin mengemas meja makan.Asyraf juga bangun dan menolong dyan mengemas meja.Dyan memandang asyraf 'haish kalau betulla aku kahwin dengan asyraf untung aku dahla ada rupa,solat jaga,pandai kemas meja lepas makan untung badan'.eyh apa Aku merepek ni getus dalam dirinya.

Asyraf siap menolong dyan dia terus keluar ingin duduk di gazebo,gitar yang ada ditangannya terus memainkan lagu kegemarannya.Dia lebih suka membuang masa dengan bermain gitar dan pergi ke gym.

Shawn mendes-imagination

I keep craving, craving, you don't know it but it's true
Can't get my mouth to say the words they want to say to you
This is typical of love
Can't wait anymore, I won't wait
I need to tell you how I feel when I see us together forever

In my dreams you're with me
We'll be everything I want us to be
And from there, who knows, maybe this will be the night that we kiss for the first time
Or is that just me and my imagination

Asyraf memberhentikan nyanyiannya setelah ternampak Dyan juga turut menyanyi juga.

"Awak minat shawn mendes?"Dyan agak tertarik dengan nyanyian asyraf,asyraf berpakaian santai dengan baju t-shirt putih dan seluar pendek lagi menampakkan dia sangat hensem rambut messy hair dia tu.sexy!

"Aah,semua lagu dia aku suka".asyraf hanya menjawab acuh tak acuh malas Pula nak jawab soalan dia ni.

"Saya pun minat shawn mendes jugak,sebelum saya lupa saya nak minta maaf hal semalam saya memang tak sengaja"Dyan menunduk gerun pula melihat mata coklat itu memandangnya.

"Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat".asyraf bermain lagi gitarnya.Dyan berharap syarat itu tak lebih dari kemampuannya janganlah minta benda mahal-mahal tak pun dianak Aku kahwin dengan dia.Ouh tidakkah!

"Kau kena buat kek untuk aku,kau kata nak buat kek kan tadi?Aku nak jugak tapi buat sebelum malam,sebab malam ni Aku ade flight."Asyraf memandang dyan yang mengigit bibir bawahnya.Ya Allah dia ni menggoncangkan iman aku.

Fuhh lega setakat buat kek tak ada hal pon senang je."okay nanti saya buatkan untuk awak.Awak nak pergi mana?"

"Tokyo"asyraf terus mengangkat punggung lagi lama dia di sini lagi naya sudahla mereka berdua sahaja di gazebo.

"Asyraf,take care!"

Asyraf memusing belakang terlakar sebuah senyuman di bibir Dyan.Jantung dia berdegup dengan laju.Dyan apa kau dah buat dengan Aku!

Mrs.PrinceWhere stories live. Discover now