bab 8

32 0 0
                                    

Kek buatan Dyan sangat sedap kek yang masih berbaki disua ke mulutnya perbuatanku terhenti apabila teringat akan permintaan papanya.

Kahwin dengan Dyan

Dari riak muka papanya memang tidak memaksanya tapi dia tak nak hancurkan hati papanya.Papa terlalu banyak terluka dia tak nak hancurkan lagi perasaan papanya.Cukupla dia bertengkar dengan papanya sebab tak mahu meneruskan kariernya sebagai pensyarah dan ingin bekerja di awan biru.Perkara itu membuatkan dia hampir kehilangan daddynya.Aku sendiri pun keliru.Aku tak nak jatuh cinta dengan mana-mana perempuan.

Pukul 10 nanti ada flight ke Tokyo baik dia tenangkan diri di sana nanti.'aduhh macam mana boleh lupa baju tak kemas lagi.Satu perkara yang malas aku nak buat kemas baju!kan senang kalau ada orang kemaskan'getus dirinya tula umur nak dekat 30 tapi tak kahwin lagi bujang terlajakla gamaknya.Baju-baju di wardrobe aku capai.Baju uniform pilot yang sudah digosok aku ambil jangan ada yang cakap aku ni rajin menggosok ni pun hantar dobi.

Kuala Lumpur International Airport

Topi pilot aku genggam beg bagasi aku tarik.Aku ternampak susuk tubuh manusia yang amat aku kenali.

"Hey aiman"asyraf menepuk bahu rakan sekerjanya.

"Hey asyraf,awalnya kau sampai".aiman menepuk semula baju asyraf,lelaki di depannya ini menjadi kegilaan para gadis kebiasaannya pramugari juga.

"Tak adalah awal sangat, sementara Ada masa jom minum dulu aku belanja"asyraf berjalan beriringan dengan aiman.

"Kau belanja,aku okay je".

"DAH lama jugak kan aku tak satu flight dengan kau"asyraf mencicip air coffee Yang dibelinya tadi.

"Tula aku pun rindu nak jadi partner kau"aiman memandang asyraf dengan senyuman sumbing.

"Geli aku dengar tak selera pula aku nak minum"asyraf membuat muka toya.

"Kau pikir aku nak sangat dengan kau?"

"Aku pun tak inginla kau tu dahla jambu"asyraf makin galak dia gelak lelaki di depannya ini muka dia macam mat jambu.

"Kau jambu inila yang ramai peminat,daripada kau perempuan yang dekat dengan kau semua tak cukup kain"aiman lagi membahan si asyraf.

"Kau jangan cakap perempuan tu satu flight dengan kita?"asyraf dapat dengar bunyi kasut seorang perempuan dibelakangnya.

"Hai,asyraf and aiman!"seorang gadis tinggi lampai memakai uniform pramugari menarik beg bagasinya menuju ke tempat kami.

Gadis tersebut dengan selambanya terus mengambil tempat bersebelahan dengan asyraf.Asyraf berasa menyampah dengan perempuan disebelahnya buka dia tidak tahu inara sentiasa mengambil peluang untuk bersamanya.

"Asyraf you flight dekat Tokyo kan?I pun sama jugak tak sabarnya nanti I nak jalan-jalan dengan you,mesti you alone kan?tak apa I boleh teman you!"inara bermain dengan lengan sasa asyraf lalu menggengam erat tangan asyraf.Asyraf terus menepis tangan inara.

"Punya banyak pramugari yang boleh teman kau?asal aku kena teman kau?.Geram pula dengan inara dari dulu sampai sekarang tidak pernah berhenti mengejarnya.

"Mereka semua tu low class I tak berminat nak kawan dengan dia orang kawan I yang lain penerbangan lain I sorang je,lagipun you boyfriend I mestila I selalu dengan you kan sayang?"inara dengan tidak segan terus memeluk lengan asyraf melabuhkan dagunya di bahu asyraf.Asyraf semakin rimas dengan inara.

"Tak ingin aku nak ada girlfriend macam kau,Aiman jom"Asyraf sudah berlalu pergi aiman dengan lajunya terus mengejar asyraf dia sudah lali dengan inara yang tidak malu sudah berapa kali asyraf menolak semakin dekat dengan asyraf.

Mrs.PrinceWhere stories live. Discover now