bab 9

44 0 0
                                    

5 Hari di bandar Tokyo sangat merunsingkan.Inara yang hampir setiap masa di depan bilikku membuatkan aku rimas,ke mana sahaja aku pergi pasti dia ada di sisi.Dan sekarang semua perkara itu dah berlalu hari ini aku sudah pulang ke Malaysia sekarang dah pukul 11 malam.Aku menarik beg berisi pakaian menuju ke tempat parking kereta.Beg bagasiku dimasukkan dalam bonet kereta,tiba-tiba ada satu beg telah masuk ke dalam bonet keretaku aku memandang gerangan tersebut.Inara?

"Inara kenapa kau letak beg kau dalam kereta aku?"asyraf rasa bengang pula tindakan inara.Jangan cakap kalau dia nak tumpang aku,memang setiap kali satu flight dengan dia aku jadi driver dia hantar sampai ke rumah.

"Asyraf I nak tumpang you boleh?parents I tak boleh ambik I,driver I anak dia sakit"inara memanggil namanya dengan meleret. heh,ingat aku cair?

"Grab kan ada?apa guna kalau ada kemudahan tapi tak digunakan".memang dia malas nak hantar inara sudahla penat nak hantar perempuan ni lagi.

"I perempuan lepastu kan dah malam kalau sesuatu jadi dekat I macam mana?"

"Macam tulah"asyraf membuka pintu keretanya malas nak layan inara ni.

"Nanti I hantui hidup you asyraf!"

"Masuk".Dengar sahaja jejaka pujaannya membenarkan dia tak betah lagi dan terus meloloskan diri dalam kereta asyraf.

Asyraf malas nak berlama dengan inara sekarang ni dia memang dah penat,yang dia tahu balik dan tidur tak bangun sampai esok malam.Perjalanan ke rumah inara tidak jauh, sepanjang itu inara dengan sedapnya hanya tidur berbantalkan bahu aku,tidak tahu sengaja atau tidur mati rasa ringan sahaja tangannya ingin menolak perempuan ini dan tinggal di tepi jalan tapi aku masih ada sifat kemanusiaan walaupun bertapa bencinya aku terhadap inara.
Kenapa aku benci inara?Aku sendiri tak tahu tapi aku meluat tengok dia tapi satu hari nanti korang akan tahu jugak satu sebab aku benci inara Helena.Apabila lampu merah menunjukkan tanda berhenti aku menghentikan keretaku aku melihat sebelah air liur inara dah nak jatuh atas bajuku.Ehh What?air liur dia?Aku terus menolak kepala inara sehingga terhantuk pada pintu.Arghh biarla dia sapa suruh sandar kat Aku.

"Asyraf apa you ni?tahu tak sakit kepala i"inara rasa geram pula dengan asyraf tapi tak apa geram itu akan berubah kepada sayang.

Asyraf hanya membiarkan pertanyaan itu tak sampai beberapa minit dia sudah berada di rumah agam bak Istana.

"Dah turun"asyraf memandang sahaja di depan malas ingin melayan kerenah inara.

"Hmmm rasa tak nak turun pulak bila berdua dengan you"inara saja mahu melengahkan masa lelaki itu agar dia dapat
bersama dengan lelaki itu.Dia tahu asyraf tak suka akannya tapi dia tak boleh halang rasa cinta itu malah dari dahulu sehingga sekarang cinta itu semakin mekar.

"Sebelum aku sendiri yang heret kau,baik kau turun"

"Okay I turun,by the way asyraf susahkan you je hantar I sampai rumah"

"Kalau aku kata tak nak pun kau tetap juga paksa"

"Nampaknya you dah mengenali perangai I,bila lagi you kenal cinta I terhadap you"

"Enough,inara semua tu tak kan terjadi"

"I masuk dulu"sebelum inara keluar dari kereta dia mengucup pipi asyraf.

"Inara!"bengang pula dengan inara makin hari semakin buat dia rimas.

"Sayang buka bonet kereta you,kalau rindu I pun tak perlu bawa barang I baik bawa I terus"inara saja mahu melihat muka asyraf yang bengis itu.Walaupun asyraf seorang yang kasar tapi ntahla hatinya nak sangat bersama asyraf.

Malas mahu layan inara yang tidak habis ingin mengacau hidupnya.

"Jangan buat muka macam tu you nampak cute!bye baby"inara melambai tangannya dan memberi flying kiss kepada asyraf malangnya tidak dibalas.

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.20 pagi matanya sudah ngantuk dia menuju ke biliknya malas mandi.Asyraf membuka uniform pilot dan mengambil seluar pendek di wardrobe akhirnya dia terlena.

Aku berjalan di sebuah taman pelbagai bunga cantiknya!Di sini banyak bunga tapi kenapa banyak bunga tulip?Aku masuk Di sebuah tempat terdapat 3 orang manusia di situ.Terdapat seorang perempuan dan dua orang kanak-kanak.Wajah budak itu sangat comel seorang lelaki dan seorang  perempuan sedang berkejaran mengelilingi perempuan dewasa itu.Adakah mereka sedang berkelah?Dari jauh terdapat seorang lelaki yang menuju ke arah mereka.Lelaki tersebut mencium dahi wanita itu lalu memeluk dua orang budak yang sedang berkejaran.Muka lelaki itu seperti aku sendiri.Adakah itu aku?Wajah wanita itu pula Dyan?

Aku terus terjaga dari mimpi itu.Mimpi apa itu?bagaimana perempuan yang merangkap kawan baik adiknya berada dalam mimpi itu?Apa petanda semua ini?Mungkin hanya mainan tidur.Jam sekarang sudah pukul 3.45 pagi baik dia sambung tidur semula.

Vote story sis!✌️

Mrs.PrinceWhere stories live. Discover now