bab 4

46 0 0
                                    

"Dyan baju mana yang sesuai untuk aku warna merah atau biru?"fasha menunjukkan dua helai baju kepada Dyan.

"Aku rasala warna biru,warna merah nampak crowded sangat"

"Okay Aku ambil warna biru"fasha meletakkan semula baju merah tadi Dan meletakkan baju di dalam bakul.

"Jomla Dyan aku rasa dah cukup ni"fasha mengangkat bakul yang berisi beberapa helai baju lalu meletakkan ke kaunter.

"Okay berapa semuanya?"fasha bertanya sambil tersenyum manis kepada pekerja kaunter itu.

"Semuanya RM 2789.80"pekerja itu memasukkan beberapa helai pakaian kedalam beg plastik.

Fasha hanya mengeluarkan kad kredit sedia ada yang diberikan oleh papa.

"Okay Dyan jom tolong aku angkat barang ni boleh?"

"Boleh,tadi hampir 3 ribu kau belanja dekat ni sahaja?"

"Ye kenapa?"

"Tak ada apalah"Dyan hanya senyum sambil membawa 2 beg kertas kepunyaan fasha.untungnya fasha 3 ribu hanya setakat celah gigi sahaja.

"Dyan jom apa yang lagi kau termenung?now kita makan okay.Aku rasa nak makan food court,kau okay Dyan?"fasha memandang belakang melihat Dyan masih tidak bernganjak dari tempatnya tadi.Selama mengenali dyan,Dyan seorang yang suka termenung walaupun baru beberapa tahun mereka menjadi kawan baik.Dyan suka menyimpan rahsia dan memendam apabila ditanya baru Dyan jawab.Fasha bersimpati kepada Dyan,fasha hanya kehilangan mummy dan kakanya tetapi fasha kehilangan seluruh ahli keluarganya.

Fasha melangkah menghampiri Dyan memegang tangannya yang penuh dengan beberapa beg yang pelbagai jenama.
"Dyan jom kita makan mesti kau lapar kan?"

"Eyh fasha maaf aku tak perasan kau dah ada kat depan aku"Dyan hanya menunduk.

"Tak ada apalah jom perut aku dah lapar ni sebelum tu kita kena pergi letak barang ni dulu dalam kereta"Dyan hanya mengikuti Dyan kerana pon lupa dimana dia letak keretanya.

Food court

"Dyan kau nak tahu something tak?"fasha mencicip air Milo yang dipesannya tadi.

"Apa benda?kau nak kahwin dengan mat salleh kat sana ke?"Dyan hanya memandang fasha yang tersenyum manis.

"Kahwin tu soon,yang ni lagi penting aku dah bercinta dengan seorang lelaki ni kat sana"

"What?kau biar betul?abang kau tahu tak,nanti naya lelaki tu kena belasah dengan abang kau."Dyan dah sedia maklum bahawa fasha tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki kerana abang fasha akan jumpa lelaki yang mahu bersama dengan adiknya ada sampai satu hari abang fasha membelasah lelaki itu di depan mata fasha,tapi yang ini fasha ceritala sebab Dyan tak pernah berjumpa dengan abang fasha dengar sahaja cerita fasha sudah gerun.

"Abang aku tak tahu pon pasal Firash.Aku pon takut kalau abang aku tahu,kau tahu kan abang aku tu macam mana overprotective,aku dah besar dah boleh hidup sendiri,abang Aku nak ke tengok adik dia ni jadi andartu"fasha meluahkan semua yang terpendam pada dyan.fasha tidak faham kenapa abang dia bertindak begitu sering beri amaran jangan dekat dengan mana-mana lelaki kecuali papa dengan dirinya sendiri.Sampai bila abangnya harus terkongkong dari dia kecil sehingga ke besar aku perlu jaga batas pergaulan aku terhadap lelaki kalau tidak lelaki tersebut akan dimarah oleh abangnya.Sampai bila dia harus jadi begini.3 tahun fasha menyulam cinta dengan firash,sebelum pulang ke Malaysia firash ada menyatakan hasratnya untuk mengahwiniku.Semua perempuan akan berasa gembira apabila lelaki yang dicintai ingin menjadikan permaisuri dalam hidupnya tapi tidak bagiku.

"Fasha kau tak elok cakap macam tu kat abang kau,mungkin ada sebab dia buat macam ni,takkanla seorang abang tak nak tengok adik dia bahagia dengan orang yang cintai adik dia"sambil itu Dyan melihat seorang lelaki dan perempuan seperti bergaduh nampak gaya macam adik-beradik kerana memanggil abang-adik.
Dyan memandang dan teringat akan abangnya masih hidupkah dia?ingatkan dia bahawa dia mempunyai adik perempuan?.

"Dyan Aku tengok lately ni kau asyik termenung,kenapa ada benda yang menganggu fikiran kau ke?kau boleh share dengan aku kalau kau rasa nak share."fasha hanya memandang sepi melihat Dyan.

"Entahla fasha aku teringat abang aku,aku nak sangat jumpa dia tapi Aku tak tahu dekat mana lagi nak cari abang aku,kau rasa dia Cari Aku tak?"Dyan memandang fasha dengan matanya hampir berkaca.

"Aku yakin satu hari nanti kau akan jumpa abang kau,dia akan cari kau okay?jangan nangis Aku,abang asyraf dengan papa sentiasa ada untuk kau".fasha mengenggam tangan fasha seolah memberikan kekuatan untuk gadis didepannya.fasha mengaku bahawa Dyan seorang perempuan yang kuat sejak terpisah dengan abangnya dia hidup sebatang kara.

"Thanks fasha kau kawan yang sentiasa ada dengan aku,aku tak tahu nak balas jasa kau dengan keluarga kau yang sentiasa tolong aku".

"Welcome kalau kau dah okay jom kita sambung shopping".Dyan terus menghirup airnya takut ditinggalkan oleh fasha yang sudah bangun dari kerusinya.

Lalu dua orang gadis itu menyambung kerja mereka yang tergendala iaitu menghabiskan duit seorang jejaka bernama asyraf.eh buka dua seorang sahaja.

Mrs.PrinceWhere stories live. Discover now