-4

68 4 0
                                    


[ EURPHORIA | JJK ]

"Hyung, hari ni aku kena buat apa?"

Yoongi mengumam sebelum memandang Jungkook.

"Hari ni kan ada pendidikan jasmani. Mesti lah Nahee bersenam. Apa kata kau belikan dia air?"

Jungkook mengangguk-anggukkan kepala. Dia tersenyum memandang Yoongi.

"Hm...okay juga tu. Kau memang pandai lah Hyung. Sebabtu aku sayang kau"

"Heh, baru sedar ke yang aku ni pandai? Dah kau pergi belikan dia air. Aku nak pergi tengok si Jimin kejap"

"Nae!" Terus sahaja Jungkook berlari anak menuju ke kantin.

-----------

"Lahai, itu pun nak aku teman ke?" Taehyung berdecit berjalan malas mengikut langkah Jungkook. Ikutkan dia malas nak teman tapi tengok Jungkook yang terlebih teruja ni, dia ikutkan sahaja.

Lagipun, Jungkook sedang memegang tangannya. Memaksa dia ikut.

"Ala Tae. Aku malu. Sebab tu kena ada orang untuk temankan aku"

Taehyung menggulingkan mata. "Membazirlah kau ni, belikan barang untuk dia. Baik kau belikan untuk aku ja"

Jungkook yang berjalan laju, terus terhenti. Dia memandang Taehyung yang sedang menguap.

"Lah, dah kenapa ni berhenti? Tadi nak cepat sangat. Nak bagi air kat orang tercinta kan?"

Sindir Taehyung. Jungkook kerutkan dahi. Sebenarnya, dia terasa dengan apa yang Taehyung cakap. Dia mengeluh perlahan.

"Taehyung...kau tak sokong ke, kalau aku sukakan Nahee?"

Taehyung menggigit bibir. Tahu bahawa dia salah.

"Tak apa lah kalau kau taknak tolong. Aku minta maaf susahkan kau" dengar nada sedih Jungkook, buatkan Taehyung semakin rasa bersalah. Dia tersengih-sengih.

"Alah, Jungkook. Aku gurau ja lah. Kau ni, sensitif sangat. Dah, aku temankan kau eh? Jom, kita cari Nahee"

Jungkook masih diam. Dia masih terasa dengan Taehyung.

Taehyung tersenyum. "Tengok tu, muka monyok ja. Macamana Nahee nak suka? Dahlah, aku minta maaf nae? Cepatlah.  Nahee haus nanti"

Jungkok tergelak kecil. Diikutnya langkah Taehyung yang sudah membebel itu.

Taehyung tersenyum nipis.

Maafkan aku, Kook.

Euphoria | jjkWhere stories live. Discover now