-7

56 4 1
                                    


[ EUPHORIA | JJK ]

"Biadab betul perempuan tak guna tu. Tahu tak Jungkook tak makan sebab nak belikan makanan tu untuk dia? Dahlah Jungkook tu ada gastrik. Sakitnya hati aku ya tuhan. Aku rasa nak bunuh ja si Nahee tu"

"Dahlah, kau diam ja. Kali ni, bila Jungkook cerita kau jangan nak pergi mana-mana. Aku tumbuk kang kau nanti. Kang kau yang geram bila Hoseok tuduh macam-macam"

Jimin memeluk bahu Taehyung yang lebih tinggi daripadanya. Terpaksa dia berjingkit.

"Entah kau ni, dengar cakap Jimin. Kalau kau berdiri, aku terus sepak sepak punggung kau. Hah, diam. Jangan cakap apa"

Taehyung mengeluh lalu mengangguk. Ditayangkan senyuman pada Jungkook.

Dan, Jungkook hanya membalasnya dengan senyuman nipis. "Er, sinilah duduk"

Taehyung duduk disebelah Jungkook manakala Yoongi dan Jimin duduk di ruang bersebelahan dengan Namjoon.

"Ha, macam mana? Kali ni dia buat apa pula?"

Namjoon tersengih-sengih memandang Jungkook. Seokjin mencubit Peha Namjoon. Terus terjerit namjoon.

"Ha, kau jabgan navikir bugfkan-bugfkan eh?"

"Hyung, habiskan lah makanan dalam mulut tu dulu. Tersembur lah" Jimin menegur lalu menggelengkan kepala. Terus sahaja Seokjin sambung makan.

"Uhm..dia cubit pipi aku lah hyung. Ala malu lah"

Ditepuknya belakang badan Taehyung lalu menyembamkan wajahnya di atas meja.

Yoongi pandang Taehyung yang sudah gigit bibir. Bibirnya digerakkan untuk bercakap sesuatu.

'Sabar'

Taehyung hanya mengangguk.

"Hah, baguslah ya Kook. Kau pergilah luahkan perasaan cepat-cepat. Takut nanti ada yang sambar dulu"

Selesai Seokjin berkata, dia terus sambung makan. Hoseok menganggukkan kepalanya dan memandang kearah Taehyung

"Betul tu, Hyung. Aku setuju"

Taehyung pandang mereka berdua.

"Hyung, kau ni kenapa?" Namjoon kerutkan dahi.

"Eh, aku cakap perkara yang betul. Kang kena curi nanti menangis si Jungkook ni. Jadi sebaiknya lah Jungkook ni luahkan perasaan cepat-cepat"

Taehyung sudah menggengam tangannya. Dipandangnya wajah Hoseok dan jin silih berganti. Hendak sahaja dia menumbuk mereka berdua.

"Hyung, kau tak tahu apa-apa jangan nak main cakap je eh? Kau pun Hoseok. Mulut tu jaga sikit. Jangan nak menuduh orang sesuka hati. Kau taktahu perkara sebenar"

"Eh, betullah. Kan, Taehyung? Haih Taehyung kenapa kau sanggup simpan perasaan pada orang yang kawan baik kau sayang? Kau nak rampas Nahee daripada Jungkook kan ? "

Jungkook melihat mereka semua yang tiba-tiba bergaduh. Dia memandang pula Taehyung yang sudah menggigil. Tunggu masa sahaja hendak meletup.

"Taehyung?"

"Jungkook, kau dah lama kenal aku. Takkan kau nak percaya cakap mereka berdua ni?"

Jungkook terdiam. Dia menunduk. Sebenarnya dia agak percaya apa yang Hoseok dan Seokjin katakan.

Taehyung memandang Jungkook dengan tidak percaya.

"Kook-"

"Kalau kau taksukakan Nahee, kenapa kau cemburu bila aku cerita pasal-"

"Jungkook, Stop talk about that bitch girl. Kau tak tahu perangai dia Yang sebenarnya" Yoongi menghentakkan tangannya di meja. Suasana di kantin itu terus menjadi senyap.

Begitu juga mereka. Senyap. Langsung tiada siapa yang berani bersuara.

Yoongi...kalau dah marah, memang dia betul-betul marah.

Jungkook pandang Yoongi. "H-hyung.."

"Sudahlah kook" Taehyung tersenyum nipis lalu berdiri.

"Terima kasih, sebab tak percayakan aku. Kau nak Nahee kan? Kau ambillah dia. Aku taknak pun perempuan jahat macam dia tu. Dan Hoseok"

Hoseok pandang Taehyung tajam.

"Terima kasih juga, sebab buat aku bencikan kau"

Semua pandang Taehyung.

"Sekarang kau boleh lah tuduh aku puas-puas" Taehyung terus pergi meninggalkan tempat itu.

"Eh bodoh lah korang ni. Ha, cakaplah lagi. Cepatlah cakap lagi. Hoseok,  Jin? Dah diam ke? Taknak cakap apa-apa?"

Namjoon menggelengkan kepala.

Jimin jeling Jungkook yang menunduk. Begitu juga Hoseok dan Seokjin.

"Aku taktahu nak cakap apa. Korang dah lama kenal Taehyung tapi masih tak percayakan dia. Kau kook, kau pun menuduh dia. Aku...tak kenal kau ni siapa" Jimin berdiri. Ditariknya tangan Yoongi.

"Jom hyung. Kalau kau sakit hati, jangan duduk kat sini lama-lama. Baik kau ikut aku"

Yoongi terus berdiri mengikut langkah Jimin.

"Ha bagus. Sorang-sorang pergi"

Seokjin menggulingkan matanya.

Namjoon mengeluh. "Kau masih nak cari pasal hyung?"

"Diamlah, Joon. Baik kau duduk teman aku makan ni"

Namjoon ketawa sinis. "Aku kecewa dengan korang. Sanggup tuduh kawan sendiri. Lepastu boleh pula makan lagi"

Terus hilang selera Seokjin.

"Aku malas nak cakap lagi. Aku pergi dulu"

Euphoria | jjkWhere stories live. Discover now