[ EUPHORIA | JJK ]
"Ee, Kook. Tahniah!" Yoongi merangkul bahu Jungkook. Jungkook hanya tersengih sahaja.
"Dia usap rambut aku tadi Hyung. Aku taknak mandi lah, macam ni!"
"Ha baguslah, biar busuk. Biar dia taksuka kau" jawab Seokjin dengan mulutnya yang penuh dengan makanan. Jungkook mencebik.
"Hyung ni, janganlah buat dia rasa down! "
Jimin menepuk belakang badan Seokjin membuatkan Seokjin tersedak.
Jungkook ketawa kecil dan memandang Taehyung yang sejak tadi senyap. Pelik dia jadinya. Selalunya, lelaki ini lah yang paling bising selain Hoseok.
"Kau okay tak ni, Taehyung" Taehyung yang sedang termenung, mula tersedar. Dia tersenyum nipis memandang Jungkook yang sudah mula risau.
"Okay tak? Kau demam ke?" Namjoon pandang Taehyung.
"A-aku okay je. Aku pergi tandas sekejap. Jimin, jom teman aku"
Dia tarik tangan Jimin yang duduk di sebelah Yoongi. Jimin hanya ikut sahaja walaupun dia masih rasa nak dengar Jungkook cerita lagi.
Dan semua di situ senyap.
"Pelik..." Hoseok berdecit. Dipandangnya wajah Jin.
"Dia cemburu ke?"