[ EUPHORIA | JJK ]Uhm..." Hoseok menundukkan kepala. Kakinya menguis-guis lantai. Dijeling sedikit Taehyung dihadapannya sebelum kembali menunduk balik. Malu. Dia menyiku perlahan Seokjin yang berada disebelahnya. "Apani..cepatlah hyung"
Taehyung menjungkitkan keningnya. Dia mahu ketawa tetapi ditahan. Cuba untuk membuat riak wajah serius.
Dia masih menunggu apa yang mahu mereka berdua katakan. Tetapi sudah masuk 5minit. Mereka masih lagi terdiam membuatkan Taehyung menyampah.
'Sejak bila entah ada sifat malu dalam diri dorang ni'
"Taknak minta maaf ke?" Taehyung mencebikkan bibir. Serta merta Hoseok dan jin mengangkat kepala memandang Taehyung yang tersengih. Mereka juga terus tersenyum selepas melihat Taehyung yang sudah pun ketawa.
"Hm..Tae..kitorang nak-"
"Okay aku maafkan. Sini, peluk aku!" Tangannya didepa kan. Serta merta, Hoseok dan Jin memeluk tubuh Taehyung dengan erat.
"Sorry, sebab tuduh kau" kata Hoseok dengan suara yang sayu.
"Tak apa. Kau bukannya tahu benda sebenar pun. Dah, dah. Aku dah tak marah lah"
Mereka melepaskan pelukan lalu ketawa sendiri. Yoongi dan Jimin memandang mereka lalu ketawa bersama. Namjoon sudah tersenyum.
"Korang, sudahlah tu. Mari sini!" Mereka bertiga cepat-cepat duduk ke tempat masing-masing, di rooftop.
Pandangan mereka teralih kepada Jungkook yang sejak tadi diam sahaja. Jungkook perasan dengan pandangan mereka semua, terus sahaja bibirnya tersenyum segaris.
"Kenapa korang semua pandang aku macam tu? Aku dah okay lah"
Taehyung mencebik. "Macam aku taktahu perangai kau ni. Kau masih sedih sebab perempuan tu kan?"
Jungkook angkat bahu. "Tipulah tak sedih. Setahun aku suka dia, tapi dia buat aku macam ni. Agaknya, aku memang takkan dapat Kebahagiaan aku sendiri"
Semua terdiam. Rasa sedih dengan apa yang Jungkook katakan.
"Kau jangan lah kata macamtu. Sedih lah. Aku ni dahlah hati lembut. Nanti aku pula yang menangis kat sini. Siapa yang nak pujuk?"
Jimin menunduk. Belakang badannya diusap Yoongi. Jimin mencebik memandang Yoongi yang sudah ketawa kecil. "Mengada lah kau ni. Dah besar pun macam budak kecil lagi"
Jungkook menghela nafas perlahan lalu tersenyum. Kepalanya diusap Namjoon.
"Kook, kau janganlah rasa sedih. Kitorangkan ada. Kau tahu tak, kau sedih macamni buatkan hati kitorang sakit. Kau tu masih muda, layaknya bergembira. Tapi ni tak, kau menangis sebab perempuan tak guna tu. "
"Entah tu, dahla takguna, takcantik pulak tu. Aku lagi cantik" Jin menyampuk.
"Dah-dahla tu perasan Hyung" Hoseok menggelengkan kepala.
"Ha, diam kau. Sibuk ja. Dah tahu aku ni worldwide handsome yang kau nak nafikan lagi ni kenapa?"
"Tak, asal aku rasa macam nak muntah ni?" Taehyung kerutkan dahi.
"Aku bukan macam rasa nak muntah lagi, aku rasa macam nak baling je dia ni kebawah. Ha biar diam. Biar sedar diri" Yoongi geleng kepala. Seokjin mencebik.
Jungkook ketawa dengan telatah mereka semua. Ada sahaja benda yang nak buat mereka bergaduh. Dia rasa sedihnya hilang bila dengan mereka semua yang selalu buat dia gembira kembali.
"Ha, macamni lah yang kita nak! Maknae kita ketawa lah weh! Dia dah happy semula!" Hoseok tepuk tangan dia.
"Woahhh" Jimin tunjuk thumbs up.
"Baguslah tu!" Taehyung tersengih lalu mengusap lembut rambut Jungkook.
"Ha, macamni lah yang kitorang nak. Jungkook. Aku nak kau tahu satu benda ni"
Jungkook pandang Namjoon sambil tersenyum. "Apa dia hyung?"
"Aku nak kau tahu yang kebahagiaan itu ada banyak, Jungkook. Mungkin bukan dari segi percintaan, tapi dari segi yang lain"
Jungkook tersengih lalu mengangguk.
"Aku tahu hyung..dan aku baru ja jumpa Euphoria aku" Jungkook menjawab yakin.
"Ha, cepatnya? Macam mana kau boleh jumpa pula ni? Kau usya dia eh masa kau tundukkan kepala tadi?"
Namjoon sudah buat muka pelik. Jungkook sudah ketawa.
"Taklah hyung. Macam yang hyung cakap, kebahagiaan bukan hanya dari segi percintaan. Tapi dari segi persahabatan pun ada juga kan?"
"Ah, ya!" Namjoon tersenyum. Begitu juga mereka yang lain.
Jungkook tersengih. Dipandangnya wajah kawannya satu persatu sebelum menyambung percakapannya.
"Jadi, Euphoria aku adalah kau orang semua!"
THE END
YOU ARE READING
Euphoria | jjk
Fanfiction[Complete] Aku sukakan dia. Tetapi,dia bukan euphoria aku.