[ EUPHORIA | JJK ]"Betul Hyung. Itu apa yang Taehyung ceritakan kat aku. Takkan Taehyung nak menipu kan?"
Yoongi pandang Jimin dengan dahi yang berkerut. Macam tak percaya dengan apa yang Jimin katakan tadi. Dia berdecit perlahan.
"Takkan lah. Dia baik kot. Takkan lah dia buat macam tu"
"Aku pun mula-mula tak percaya Hyung. Tapi, kau sendiri tahu Taehyung tu jujur orangnya"
Yoongi terdiam. Wajah Jimin masih lagi dipandang sebelum dia berdiri.
"Takboleh ni. Kita mesti bagitahu-"
"Jangan Hyung. Kita diam dulu. Aku taknak kau bagitahu sesiapa"
"Kenapa? Takkan kita nak biarkan? Kau tak rasa kesian ke?"
Jimin tersenyum nipis. "Tipulah aku tak rasa kesian. Tapi, kau sanggup ke tengok dia sedih? Tak ingat perkara dulu? Sebulan dia kemurungan Hyung"
Tangan Yoongi, Jimin tarik supaya kembali duduk.
"Sekarang ni, kita diam ja. Jangan bagitahu sesiapa"
"Jadi, kenapa kau bagitahu aku?"
Jimin senyum. "Sebab kau orang paling aku percaya, Hyung"
--------------
"Ha, amacam? Apa reaksi dia?"
Senyuman Jungkook melebar. Dia duduk di sebelah Namjoon sebelum menekup mukanya dengan tangan.
"Lah, dah kenapa dengan budak ni main tutup-tutup muka? Gila ke?" Seokjin menggelengkan kepala sambil menyumbat snack di mulutnya.
"Kau kenapa, Jungkook? Takut pula aku dengan kau ni"
Namjoon kerutkan dahi pandang Jungkook pelik. Taehyung pula sudah menundukkan kepala lalu mengeluh perlahan. Hoseok dan Seokjin sudah memandang satu sama lain selepas melihat reaksi Taehyung.
"Hyung...hehe..Nahee..."
"Ha, kenapa dengan dia?" Tanya Jin sambil mengunyah.
"Tah kau ni, cakap janganlah satu satu. Malas pula aku nak dengar" Yoongi sudah malas nak layan. Belakang badannya diusap jimin. menyuruhnya bersabar.
"Lek Hyung, kau pula yang emosi ni kenapa?" Jimin ketawa kecil.
"Dah, Jungkook cepatlah cakap. Rehat dah nak habis ni" Hoseok melihat jam di tangannya.
"Hehe! Nahee, lepas aku bagi air kat dia tadi, dia cium pipi aku!"
"Ap- uhuk uhuk! Kau...uhuk!" Akibat terkejut, Seokjin tersedak. Belakang badannya ditepuk Namjoon.
Taehyung menggelengkan kepala. Jimin dan Yoongi pula sudah terkejut.
"Iya, Hyung! Gembira betul aku tetiba dia pegang tangan aku lepastu cium. Nasib baik aku tak pengsan kat situ!"
"Wahhh baguslah! Cepat sikit kita dapat bangtan Junior kan- akh!"
Kepala Namjoon diketuk kuat oleh Seokjin.
Tiba-tiba, Taehyung berdiri. Satu keluhan terkeluar dari mulutnya. Semua memandang dia.
"Taehyung. Duduklah" Jimin pegang tangan Taehyung, menyuruh Taehyung supaya duduk kembali.
"Taehyung," Yoongi menggelengkan kepala.
"Aku bosan, cuma nak jalan-japan kejap"
Hoseok tersengih sinis. "Iya lah tu"
"Hoseok!" Yoongi mengerutkan dahinya. Meminta Hoseok supaya senyap. Dia ingat apa yang Hoseok katakan tempoh hari semasa Jungkook berikan coklat dan bunga Ros merah untuk Nahee.
"Aku rasalah kan, Si Taehyung tu cemburu. Mungkin dia sukakan Nahee juga"
Taehyung memandang tajam Hoseok. Sejak haritu cari pasal dengan dia.
"Sudahlah, Taehyung, aku ikut kau"
Yoongi berdiri. Begitu juga dengan Jimin.
Meninggalkan mereka yang masih duduk dan terdiam itu.
"Kenapa dengan diorang ni sebenarnya?"
Seokjin menghela nafas. Dipandangnya wajah Jungkook yang seakan pelik dengan situasi tadi.
"Jungkook, Taehyung tu cemburu. Aku agak dia sukakan Nahee juga. Dan yang lagi dua orang tu, mungkin lebih suka jika Taehyung menjadi teman lelaki Nahee. Bukannya kau"
Jungkook terdiam.
Dia tak percaya. Dia kenal Taehyung.
"Tapi, Taehyung bukan macam tu"
"Oh thanks god, ya Jungkook. Aku setuju. Taehyung bukan macamtu. Kau ni pandai-pandai ja tuduh Taehyung. Biadab" Namjoon jeling Seokjin
"Jadi, kenapa dia macam marah kalau Jungkook cakap pasal Nahee?"
Dan sekali lagi mereka terdiam.
YOU ARE READING
Euphoria | jjk
Fanfiction[Complete] Aku sukakan dia. Tetapi,dia bukan euphoria aku.