-10

53 3 0
                                    


[ EUPHORIA | JJK ]

Jungkook mengelap air matanya. Dia sedang berjalan dibelakang Nahee sekarang. Dia menarik nafas kemudian hembus. Mula melajukan langkah untuk menyamakan langkah dengan Nahee. Nahee yang perasan dengan kehadirannya, tersenyum.

"Hai, Jungkook. Kenapa ni?"

Jungkook membalas senyuman Nahee dengan senyum nipis. Dipegangnya tangan Nahee. Terus langkah mereka berdua terhenti. Nahee yang tidak suka dengan tindakan Jungkook hanya tersenyum sahaja. Menutup rasa menyampahnya pada Jungkook.

Dahla tak handsome. Muka budak-budak yang tak matang. Aku bukan nak kau. Aku nak Taehyung je. Ish. Kenapa lah bukan Taehyung yang sukakan aku.

"Hm, kenapa ni?" Dia usap pipi Jungkook terpaksa. "Awak menangis?"

Jungkook menggeleng. "Nahee"

"Ya. Kenapa?"

"Saya...saya suka...tak...saya cintakan awak. Awak Euphoria saya. Sudi awak jadi kekasih saya?"

-------------

"Mana lah diorang semua ni pergi. Dahla si Jimin tu tinggal aku sorang-sorang kat kelas. Haish. Ni yang nak merajuk ni- eh? Tu bukan Jungkook ke? Dengan perempuan tak guna tu sekali?"

Dia terus bersembunyi di sebalik dinding. Mendengar apa yang mereka berdua katakan. Sesekali, dia mengintip Mereka berdua.

"Saya...saya suka...tak...saya cintakan awak. Awak Euphoria saya. Sudi awak jadi kekasih saya?"

Kata Jungkook. Suaranya hanya perlahan dan Sayu. Taehyung tahu Jungkook baru lepas menangis. Dia pandang Jungkook.

"Woah...jungkook aku dah berani luahkan perasaan lah sekarang."

Tapi apa yang dilihat buatkan Taehyung sakit hati.

Tangan Jungkook ditepis. Kemudian wajah Jungkook ditampar kuat oleh Nahee. Sempat lagi Nahee ketawa sinis.

"Kau? Nak suka aku? Sorry lah! Taste aku ni cuma yang wajah kacak. Bukan macam kau. Haih..kenapa lah bukan Taehyung yang suka aku kalau tak dahlama aku jadi teman wanita dia"

"M-mwo?" Jungkook seakan tidak percaya.

"T-Taehyung?"

"Yelah. Kawan kau tu. Masatu aku jumpa dia tapi dia langsung tak layan aku. Katanya aku ni jahat. Huh, aku jahat dengan kau ja bukan dia. Kau tahu tak, semua barang yang kau bagi kat aku, aku buang kat tong sampah? Eh, tak selera aku kalau dapat barang dari kau. Baik aku beli sendiri"

Airmata Jungkook mengalir. Taehyung sudah gigit bibir.Tangan nya dikepal menahan geram. Tak sanggup nak tengok Jungkook macamtu.

"H-habistu..selama ni-"

"Ya, selama ni hanya penipuan. Aku hanya nak mainkan perasaan ka-"

"Dasar perempuan tak sedar diri. Kau ingat muka kau cantik, kau boleh hina kawan aku macam tu?"

Taehyung yang dah tak boleh bersabar terus memaki Nahee. Terkejut Nahee jadinya.

"O-oppa"

"Jangan panggil aku dengan panggilan tu lah, perempuan tak guna! Aku jijik . Aku benci kau"

"Apani! Tapi Nahee sukakan Taehyung!"

"Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh suka aku! Aku pun tak sukakan kau. Harap muka ja cantik. Tapi hati busuk, hitam macam arang"

"Tae! Ish, ni semua sebab kau lah dia hina aku sampai macam ni!"

Ditunjalnya kepala Jungkook berkali-kali. Jungkook hanya menunduk. Dia sedih. Kemurungannya datang kembali.

"Hey! Pandang aku lah lelaki tak guna!"

Baru sahaja Nahee hendak menampar Jungkook, Yoongi sudah memegang tangannya.

"Y-yoongi?"

"Jauhkan tangan kotor kau daripada sentuh Jungkook . Aku taknak dia terkena penyakit. Penyakit perempuan tak guna macam kau"

Yoongi melepaskan kuat tangan Nahee. Dipandangnya Nahee dengan tajam.

"Dasar perempuan tak tahu bersyukur. Hari-hari kau tukar lelaki untuk jadikan tempat puaskan nafsu kau. Jungkook ni pula masih menunggu kau untuk terima cinta dia. Dia sanggup tak makan untuk belikan kau makanan. Tapi kau buat dia macam ni. Perempuan tak guna"

Nahee terdiam. "Nasib baik kau perempuan. Kalau tak dah lama penumbuk aku ni ada kat pipi kau. Ingat cantik lah tu! Tak langsung. Kalau buat pembedahan plastik buat apa. Geli. Dahlah pergi sana. Menyemak je kat sini" halau Yoongi.

Nahee mendengus. Airmatanya sudah mengalir. Tidak pernah dia dimalukan sebegini. Niatnya hanya mahu memalukan Jungkook. Tetapi dia yang kena. Terus sahaja dia berlari meninggalkan mereka semua.

Jungkook yang sejak tadi menangis, Yoongi pandang. Dia menghela nafas perlahan.

"Jungkook. Sudahlah. Jangan menangis sebab perempuan tak guna tu. Dia tak layak untuk kau"

"K-kenapa bila aku mula nak dapat kebahagiaan aku..satu masalah muncul..hik..mula mula eomma aku pergi...lepastu teman wanita aku curang dengan aku...sekarang ni, Nahee mempermainkan aku. A-aku taklayak ke nak dapat Euphoria aku sendiri?"

"Kook," Namjoon mengeluh. Diusapnya belakang badan Jungkook.

Taehyung yang melihat Jungkook, terus memeluk Jungkook. Airmatanya juga mengalir. Tak sanggup nak tengok Jungkook sedih. Yoongi memandang Jimin, Namjoon Hoseok, dan Jin. Terus mereka semua memeluk Jungkook untuk menenangkannya.

Euphoria | jjkWhere stories live. Discover now