⸙ Chapter 3 : Remember

1K 111 28
                                    

STAY WITH ME

I don't want to keep thinking the possibility for you to leave so please, be with me, stay for me, stay with me

• ━━━━━━ ⸙❀⸙ ━━━━━━ •

"Hali!!! Ice!!!"

Seorang pemuda berumur 30-an berlari dan memeluk Halilintar dan Ice seerat yang mungkin.

"P-Papa... T-Tak boleh n-nak bernafas!" Pemuda itu terus meleraikan pelukannya. Dia tersenyum lebar.

"Dah besar rupanya anak papa ni. Haih... Rindunya papa dengan kamu berdua," katanya sambil mengusap rambut Halilintar dan Ice.

"Bluek, nak muntah kejap," Ice mula berlakon. Pemuda itu hanya tergelak.

"Mommy mana, papa Thundy?" Soal Ice.

"Mommy pergi handle masalah syarikat. Tapi tak apa. Minggu depankan korang berdua balik? Boleh jumpa mommy," jawab Thunderstorm ceria.

Halilintar dan Ice mungkin sudah perdayakan semua orang dengan title sahabat diorang. Tapi sebenarnya, duo cool ni adik-beradik tiri.

Mama Halilintar meninggal semasa dia berumur sembilan tahun. Thunderstorm berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki sebaya Halilintar. Budak itu ialah Ice.

Bapa Ice telah bercerai dengan ibunya sewaktu di kecil lagi sebab bapanya curang.

Yang tahu fasal ni ialah Solar, Blaze, Fang dan Gempa. Thorn, Taufan dan Gopal tak tahu sebab... Diorang tak tanya so buat apa bagitahu?

"Papa datang ni pun nak beri kamu berdua benda alah ni. Nah," Thunderstorm menghulurkan tiga plastik yang berisi makanan yang telah dibungkus.

"Papa ni... Tiap kali papa datang mesti bagi makanan untuk kitorang..." Halilintar mengelengkan kepalanya.

"Bukan selalu papa datang jenguk kamu berdua. Dah, papa nak kena pergi teman mommy kamu tu. Papa gerak dulu," Selepas memberi salam, Thunderstorm terus memandu keluar dari kawasan itu.

Halilintar membawa dua beg plastik manakala Ice membawa satu beg plastik (bak kata Ice, dia penat so tangannya tak nak berfungsi).

Setibanya di dorm, mereka membuka isinya.

"Fuyoo~ Gempak ah! Nasi Goreng Ayam, air coke, pizza, pencuci mulut. Dah lah banyak. Pergh, lagilah aku tak nak share ni," Mulut Ice sudah berair.

Halilintar hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Kenalah share. Banyak sangat ni. So, siapa nak jemput? Aku ke kau?" Ice memandang Halilintar, Halilintar memandang Ice.

Mereka mengangkat tangan mereka ke udara dan...

"Batu, gunting, kertas!"

And I'm oop—

Halilintar mengeluarkan kertas dan Ice mengeluarkan gunting. Halilintar terduduk dan Ice bersorak keriangan.

"Dah, pi cepat. Sekarang pukul lima petang. Kita start pukul lapan, lepas habis solat berjemaah kat surau," Halilintar mencebik.

STAY WITH ME | TAUHALIWhere stories live. Discover now