⸙ Chapter 2 : Rival?

1.2K 108 25
                                    

STAY WITH ME

I don't want to keep thinking the possibility for you to leave so please, be with me, stay for me, stay with me

• ━━━━━━ ⸙❀⸙ ━━━━━━ •

Halilintar berjalan untuk pulang ke dormnya. Pintu dibuka tetapi apa yang dia dapat lihat adalah sekeliling yang gelap.

"Dorang dah tidur ke?"

Halilintar membuka kasutnya dan memasuki biliknya selepas memastikan setiap lampu telah ditutup

Dia merangkak ke atas katil dan baring. Tangannya diangkat ke udara seperti sedang mencapai sesuatu.

"..."

Keliru.

Itu sahaja yang dirasai olehnya sekarang.

Siapa Taufan kepada dirinya? Kawan? Rival? Musuh?

Halilintar pantas menggelengkan kepalanya. Dia menutup matanya dan memeluk bantal seerat yang mungkin.

⸙ Stay With Me ⸙

Taufan menjinjing beg plastik tadi dan berjalan ke dormnya. Wajahnya kelihatan muram sedikit.

"Huh... Bila lah aku nak ubah perasaan janggal aku bila aku dengan dia berduaan..."

Taufan membuka pintu dan meletakkan plastik tadi di atas meja.

Baru sahaja dia nak buka pintu bilik, Blaze yang sedang duduk di atas sofa menghalang Taufan.

"Wei, Fan. Kau on tak? Diorang nak kau join sekali ah," soal Blaze.

"Hm... Aku rasa malaslah so lain kali jelah aku main~" Jawab Taufan.

"Dari semalam kau kata kau malas, bila kau nak on niii?" Rengek Blaze.

"Alah, nanti-nantilah aku join korang. Serius aku tak ada mood nak main ni,"

Sekali tengok, dah macam budak kecik baru lepas main mamat ni.

"Aku masuk bilik dululah. Nak tidur~"

"Sila bawak muka babun kau pergi sana. Meluat aku tengok," Blaze mengibaskan tangannya seperti menghalau Taufan.

"Ei, dia nikan. Kalau merajuk memang sampai maki orang sekeliling," guman Taufan lalu masuk ke dalam biliknya.

⸙ Stay With Me ⸙

"Bangun wei! Hari ni hari Jumaat!"

Blaze menggoyangkan badan Taufan yang tengah lena.

"Jumaat?" Otak dia tengah proses pulak. Selesai proses mata Taufan terus terbeliak.

"Hari Top Pelajar Mingguan?!"

Taufan bangun dan terus menyiapkan dirinya. Baju kemeja biru muda dengan lengan dilipat sehingga ke siku dipadankan dengan seluar jeans hitam.

Selepas membetulkan rambutnya, dia menarik kolar baju Blaze.

"Jom wei!"

STAY WITH ME | TAUHALIWhere stories live. Discover now