⸙ Chapter 14 : Our Deal

661 69 9
                                    

STAY WITH ME

I don't want to keep thinking the possibility for you to leave so please, be with me, stay for me, stay with me

• ━━━━━━ ⸙❀⸙ ━━━━━━ •

Haruka menolak tubuh Adam ke belakang dengan kuat. Dia memandang ke bawah.

"Apa lagi yang kau nak dari aku?!" Marah Haruka. Adam hanya mendiamkan diri.

"Jawablah! Takkan tak cukup lagi deal kita hari tu?!"

Flashback
Empat bulan yang lepas

"Haru~" Adam memeluk badan Haruka dari belakang dengan kuat. Haruka dengan muka datarnya terus menyiku perut Adam.

"Ouch... Sakitlah!" Adam memuncungkan bibirnya. Haruka yang malas nak layan Adam terus berjalan ke dormnya.

"Alah, Haru~ Tunggulah aku~" Adam mengejar Haruka. Dia menarik tangan Haruka namun Haruka pantas menepis tangannya.

"Jangan sentuh aku..." Adam membulatkan matanya.

"Haha wei, kau kenapa? Merajuk lagi ke sebab semalam aku lepak dengan Faiq? Kan aku dah cakap sorry?" Soal Adam. Haruka menggelengkan kepalanya.

"Tak! Kau fikir aku tak tahu ke? Yang selama ni kau adik pada 'Destroyer of UGA' tu? Kau fikir aku bodoh sangat ke?!" Tengking Haruka.

Adam terkejut. Ya, sumpah dia terkejut. Selama ni dia cuba menyembunyikan rahsianya tapi akhirnya Haruka dapat tahu juga.

Adam ialah adik kepada Kaizo. Bekas pelajar di University Grave Art yang popular dengan kebijaksanaannya serta...pengkhianatan yang dilakukan.

University Grave Art akan memasuki pertandingan University of The Year dan akan menang untuk setiap tahun. Sampailah suatu hari, Kaizo dihantar sebagai wakil untuk stage keempat iaitu stage terakhir.

Apabila para juri tiba sahaja untuk menilai hasil kerja mereka, para juri perasan yang ianya sama seperti hasil University Art Policy.

University Grave Art disingkirkan daripada pertandingan.

Akibat malu yang bertandang, pengetua Hikaru a.k.a bapa kepada Haruka memarahi kesemua wakil stage keempat yang dihantar. Akhirnya, dia dapat tahu yang semuanya adalah kerja Kaizo.

Kaizo menyimpan dendam terhadap Pengetua Hikaru kerana semasa University of The Year yang berlangsung pada tahun sebelum ini, Kaizo tidak dapat memasuki walaupun telah merayu kepada Pengetua Hikaru.

Kaizo graduate dengan cemerlangnya dan dikenali sebagai 'Destroyer of UGA'.

Tibalah masa adiknya, Adam mendaftarkan diri ke universiti itu tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Pengetua Hikaru yang dia ialah adik kepada Kaizo.

Adam dan Haruka ialah kawan baik sejak sekolah menengah disebabkan itu mereka bagaikan adik-beradik yang memang susah nak dilepaskan. Tapi, suatu hari ayahnya membongkarkan rahsia Adam. Disebabkan itu, Haruka menyimpan dendam terhadap Adam.

Kerana abangnya, Pengetua Hikaru mengalami trauma untuk mempercayai sesiapa untuk dihantar sebagai wakil ke mana-mana pertandingan. Alamatnya, sudah bertahun-tahun University Grave Art tidak memasuki apa-apa pertandingan dan University Art Policy mengambil alih.

Hanya kerana seketul darah daging, semuanya binasa.

"Aku takkan maafkan abang kau... Disebabkan dialah ayah aku lansung tak nak percaya cakap aku! Kau tahu yang aku anak dia tapi kenapa kau rahsiakan benda ni dari aku?! Kalau kau minta maaf dari awal maybe aku dah maafkan kau!" Nafas Haruka turun naik.

"Haru..."

'Kenapa aku yang kena tempias kemarahan kau? Aku tak buat apa-apa pun. Yang buat semua tu ialah abang aku. This is not fair..."

"Lepaskan aku!" Haruka meronta-ronta, cuba melepaskan diri daripada pelukan Adam.

"Sorry... Sorry..." Pinta Adam berkali-kali.

Adam memegang kedua-dua belah pipi Haruka supaya mereka boleh bertentang mata.

"Aku nak buat deal dengan kau!" Kata Adam. Haruka mengerutkan dahinya

"Aku kena pindah ke Itali lepas pertandingan University of The Year berlansung untuk ikut abang aku. Kalau kita menang, aku akan pujuk abang aku supaya aku boleh terus bersama dengan kau. Kalau kita kalah...aku tak boleh balik ke sini lagi. Aku akan tinggal kat Itali for the rest of my life,"

Flashback

Mata Haruka mula merah dan berkaca akibat menahan dari air matanya jatuh membasahi pipinya.

"Puaskan hati kau dapat tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?!"

Adam menundukkan wajahnya. Dia juga menahan tangisan. Perlahan-lahan dia memeluk Haruka.

"A-Aku nak batalkan deal tu... Tak kira kita menang atau kalah... Aku a-akan pujuk abang aku supaya aku dapat tinggal kat sini d-dengan kau..."

Haruka memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"No! Jangan batalkan deal tu! Hanya dengan deal tu aje aku boleh bersemangat nak pastikan universiti kita menang!" Jerit Haruka.

"Please... Just please jangan batalkan deal tu. Aku hampir give up untuk menang sebab nak dapatkan attention ayah aku. Deal tu bakar semangat aku so please jangan batalkan deal tu..."

"...Okay,"

- Chapter 14 , Tamat -

Meh

I

I don't even know dude

©quexnlatte

STAY WITH ME | TAUHALIWhere stories live. Discover now