SEMBILAN BELAS

19.4K 834 25
                                    

Puan Salmah sedang menyiram pokok bunga yang ditanam oleh anak angkatnya. Manakala, Puan Seri Iril sedang menghidangkan minum petang untuk dirinya dan sahabatnya.

Puan Seri Iril tahu yang sahabatnya sedang menenangkan dirinya. Tadi Awfa dan Rafael datang memberitahu bahawa si anaknya masih tidak dapat dijejak.

Dia menghela nafas. Rumah teres 2 tingkat sudah kembali sunyi apabila anak-anak sahabatnya sudah kembali bekerja. Afiza dan Tengku Eric serta anak-anak sudah kembali ke Terengganu. Afina dan Indra sudah kembali ke Sabah pagi tadi kerana sudah seminggu Afina mengambil cuti dan Indra masih mempunyai baki cuti. Afif masih berada di sini untuk melindungi Puan Salmah dan adik bongsunya. Afifa dan Harfy juga dah kembali bekerja dan akan datang semula setelah Sari pulang ke rumah.

Azhael dan Azfael pun turut pulang ke rumah bersama isteri mereka Qaira dan Hanis. Sekarang hanya tinggal dia, suaminya, Puan Salmah, Afida, dan Afif. Keluarga Adam Hadrian selalu menjenguk mereka walau tiada kaitan. Lagi-lagi Datin Syazira yang selalu datang bersama dua anaknya, Haiden Raffy dan Haidi Rania.

Tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic snow white memberhentikan kereta di bawah garaj bersebelahan kereta Puan Salmah.

"Mak! Mama! Kak Sari balik!" Jerit Afida dan Rania serentak.

Puan Salmah dan Puan Seri Iril terus berlari ke pintu utama. Sari mematikan enjin kereta dan terus membuka pintu kereta. Kelihatan Puan Salmah dan Puan Seri Iril sedang menunggu di mhka pintu.

"Assalamualaikum." Ucap Sari lalu air matanya laju menuruni pipi putihnya.

"Waalaikumusalam, anak mak!" Puan Salmah terus memeluk tubuh keding Sari.

"Ya Allah, anak mak!" Sari membalas pelukan Puan Salmah. Erat. Disembam kepalanya pada bahu Puan Salmah.

"Rindunya mak dekat kamu Sari." Ucap Puan Salmah.

Setelah 5 minit mereka berpelukan, Sari berjalan ke arah Puan Seri Iril.

"Maafkan Sari, mama." Sari memeluk Puan Seri Iril erat. Terdengar esakan Puan Seri Iril apabila dia dapat mendakap tubuh anak kandungnya.

"Sudahlah tu buat drama akasia dekat sini! Mengalahkan Syafira dengan mak mertua pulak!" Sindiri Afida. Rania disebelah sudah ketawa apabila melihat muka cemberut Puan Seri Iril dan Puan Salmah.

Terus sahaja Sari ketawa. Dia mengelap wajahnya yang lencun dengan air mata.

"Akak?" Panggil Afida sambil menahan sebak. Sari terus memeluk tubuh Afida ke dalam pelukan. Terhambur tangisan yang ditahan Afida saat melihat ibunya membuat drama air mata.

Sari terus menarik Rania kedalam pelukan apabila melihat gadis itu asyik mengelap air mata dengan lengan baju kemejanya.

"Jomlah masuk! Harini biar Afida dan Rania yang masak!" Ujar Afida dan Rania serentak.

Puan Salmah dan Puan Seri Iril terkelu. Apakah?!

"Pandai ke?" Soal Sari apabila melihat kedua ibunya seperti terkedu.

"Pandailah! Jangan pandang kami sebelah mata okay!" Ujar Afida dan Rania lalu berjalan dengan megah ke dapur.

"Amboi riak bebenor adik kamu ni Sari." Ujar Puan Salmah lalu melabuhkan duduknya di sofa.

Puan Seri Iril angguk setuju.

"Adik Sari. Anak mak dan mama juga!" Ujar Sari lalu berbaring di atas sofa panjang.

Penat. Apabila memandu dari Pahang ke Kuala Lumpur.

🌿🌿🌿

"Adam?!" Panggil Alisa kuat. Dia berdiri di sisi Adam yang sedang ralit merenung iPadnya di atas meja.

"Hah? Kenapa?" Soal Adam geram.

"Sari dah balik." Ujar Alisa lalu senyum.

"Biar jelah! Jap! Siapa yang balik?" Soal Adam apabila mendengar nama Sari.

"Azra Sari Iris lah." Ujar Alisa lagi.

Cerah biji mata Adam lalu mengemas mejanya.

Alisa yang melihat mula mengerutkan dahi.

"Adam nak pergi mana?" Soal Alisa.

"Nak jumpa Sarilah!" Terus sahaja Adam berlalu keluar dari pejabatnya.

Alisa menggeleng kepala sebelum berlalu keluar dari bilik Adam.

Payah!

Kalau orang dah kemaruk dengan cinta.

🍒🍒🍒

Adam memberhentikan kereta di tanah perkuburan. Langkah kakinya menuju ke kubur arwah mama dan papanya. Ray ban dicabut dan diselit kedalam poket.

Setelah membaca Yassin dan doa untuk arwah mama dan papanya dia berjalan menuju ke arah kubur arwah isterinya.

Langkahnya terkaku apabila melihat seorang wanita sedang bersimpuh di atas tikar. Baju kurung berwarna kelabu dan tudung shawl yang tidak dipin diletak ke atas kepala.

"Assalamualaikum!" Ucap Adam.

Gadis itu berpaling menghadap pemanggil sebelum kedua-duanya terpaku.

"Azra, awak buat apa dekat sini?" Soal Adam pelik.

"Melawat kubur arwah kembar sendiri pun salah ke?" Soal Sari pelik lalu tersenyum nipis.

Adam tergamam.

Cantiknya!

"Awak?!" Sergah Sari apabila melihat Adam asyik merenung dirinya.

"Awak nampak cantik." Puji Adam.

Sari ketawa.

"Arwah Kak Zara lagi cantik." Ujar Sari lalu berlalu dari tanah perkuburan.

"Kejap!"

Terkaku langkah Sari.

"Dinner dengan saya malam ni?" Ajak Adam.

Sari geleng kepala sebelum meneruskan langkah meninggalkan tanah perkuburan.

Adam hela nafas.







Enough for today!

Mat ri ye!

SHRMZDB

vote

Comment!

Lobiu guysss💋💋💋💋

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now