TUJUH

21.5K 931 6
                                    

Sari meliarkan mata untuk mencari tempat duduk di tempat VVIP. Afida sudah menghilang ke lain. Apabila nampak kerusi kosong, terus sahaja Sari berjalan menuju ke tempat tersebut.

"Boleh saya duduk sini?" soal Sari memecahkan keheningan di meja bulat yang dihuni tiga lelaki dan tiga orang perempuan.

Semua ahli meja tersebut menoleh ke arah Sari dan semuanya tergamam kecuali Nik Suraya yang memang mengenali Sari.

"Za... Zara?" panggil Alisa. Aidan juga merenung Sari. Takkan Zara masih hidup.

Adam merenung Sari tajam sambil memegang dadanya yang tetiba berdegup laju.

Dup dap dup dap

"Maaf semua. Saya Sari Iris. Bukan Zara." ujar Sari sambil senyum manis dan membalas tenungan Adam.

Semua ahli meja tersebut mengangguk perlahan lalu menoleh ke arah pelamin.

"Hai, saya Alisa." ujar Alisa lantas menghulurkan salam perkenalan.

"Sari Iris." Sari membalas salam perkenalan dari Alisa. Wanita mengandung yang nampak anggun dengan jubah berwarna krim.

"Ini suami saya, Aidan." ujar Alisa lalu mencuit lengan Aidan.

"Aidan Hazrian." nampak dingin tapi lelaki disebelahnya lagi dingin. Mengerikan...

"Awak tinggal dekat mana?" soal Alisa kepada Sari.

"Saya tinggal dekat Putrajaya." jawab Sari.

"Muka awak ada iras someone."

Sari hanya tersenyum. Dah dua kali dia dengar orang kata dia ada iras seseorang.

"Siapa dia?" soal Sari ingin tahu.

"Ehem!" deheman seseorang mengejutkan Alisa. Alisa menoleh ke arah Adam yang sedang merenung dirinya tajam.

"Takpelah. Saya nak ke tandas sekejap!" ujar Sari lalu berlalu keluar dari dewan.

✨✨✨

Adam POV
Aku mengikuti langkah Sari yang sudah keluar ke dewan. Apabila sudah dekat, terus aku tarik Sari ke dinding.

"Arghhh!" jerit Sari lalu aku tekup mulutnya.

"Zara Sari Irin! Sudahlah menipu!" sindirku sambil memerangkap Sari di tengah.

"Saya Azra! Bukan Zara! Siapa Zara?" soal Sari bertubi-tubi sambil cuba menolak tubuhku yang memerangkap dirinya.

"Kau tak kenal aku?" soalku sinis lalu mendekatkan mukaku dengan muka Sari.

Sari geleng kepala.

"Aku suami kau?!"

Dang!

Seperti batu terhempap dikepala mendengar pernyataan berani mati dari insan dihadapannya.

"What?! Saya tak pernah berkahwin!" jujur Sari sambil merenung diriku tajam.

Aku ketawa sinis.

"Pandai kau berlakon. Aku suka dengan lakonan kau! 4 tahun Iris kau tinggalkan aku. Takkan kau dah lupa kemalangan yang menimpa kau empat tahun lepas?" ujarku lalu menepuk tangan seperti gadis dihadapannya itu baru selesai buat magik.

Sari kerut dahi. 4 tahun lepas dia tinggal di Amerika bukan di Malaysia. Siapa pulak mamat kepala senget ni? Tiba-tiba mengaku suami aku pulak! Getus Sari.

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now