EMPAT PULUH SEMBILAN

13.7K 569 6
                                    

"Abang, Kak Ari kena rasuk!!!"

"Hah?!" membulat mata Adam.

"Cepat datang bang!!!"

"Ke--"

Tup!

Adam pandang skrin telefonnya. Panggilan sudah diletakkan. Dadanya berdebar hebat.

Dia menekan skrin telefonnya untuk menelefon nombor tadi. Dilekapkan ke telinga.

"He--"

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!"

Terus tercampak telefon ke lantai. Idham dan Rafael juga terkejut.

"Kenapa tu?" soal Rafael cemas. Dia juga turut terdengar jeritan nyaring dari telefon.

"Jom turun bawah!" ajak Adam. Dia melangkah laju meninggalkan bilik itu. Di dalam kepala otaknya hanya ada isteri dan anaknya.

Yeah, anaknya!!

"Adam, tunggu!!!" jerit Idham kuat.

"Apa?!" butang lift ditekan banyak kali. Tangannya terketar ketakutan.

"Kau tahu ke bini kau dekat mana?" soal Idham sambil menarik nafas yang tercungap-cungap.

Adam menggeleng kepala.

"Sari ada dekat bawah. Tadi Awfa sempat text aku." terang Rafael.

Ari ada dekat bawah.

Tanpa menghiraukan orang lain dia terus berlari ke tangga.

"Ya Allah, kau lindungi isteri dan anakku." pinta Adam. Nak menangis dia apabila dikhabarkan bahawa isterinya telah dirasuk setan!

Dia berhenti berlari di depan pintu dewan. Suasana yang sunyi menyebabkan bulu romanya meremang.

Ulek, mayang di ulek,
Ulek dengan jala-jemala~

Umbuk mayang diumbuk,
Umbuk dengan puterinya enam~

Berdegup laju jantung Adam apabila mendengar lagu itu.

Isterinya kena rasuk dengan semangat pantai ke?!

"Sayang?!!!" jerit Adam kuat.

Gedegang!

Pintu dewan terbuka sendiri.

Mak kau!!

Nasib tak tercabut jantungnya.

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi abang! Selamat hari jadi! Selamat hari jadi abang sayang!" Sari menghampiri Adam dengan sebiji kek red velvet.

Sari terus mencium pipi Adam. Adam yang terkejut hanya terkelip-kelip matanya. Dia memeluk tubuh isterinya apabila isterinya sudah menyerahkan kek kepada orang lain.

"Sayang, you make me scared!" marah Adam. Sari hanya senyum. Dia meleraikan pelukan lalu menghadap suaminya.

Apakah?!

Dia memerhati Sari atas bawah.

Cantik!

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now