TIGA PULUH EMPAT

15.7K 546 0
                                    

"Terima kasih kerana sanggup berjumpa dengan saya hari ni walaupun tiada dalam janji temu." ujar Puan Sri Mariana lalu berjabat tangan dengan Sari.

"Tak apa. Puan Sri kan nak pergi U. K nanti. Lagipun saya tak sibuk mana hari ini." balas Sari. Puan Sri Mariana tersenyum. Dia meninggalkan restoren tersebut bersama pembantunya. Sari hela nafas. Dia bangun lalu memegang beg tangannya erat. Setiausahanya sudah pulang bersama fail-fail. Dia berjalan keluar dari restoren tersebut. Matanya tertancap pasa seorang lelaki yang sedang menyandar pada Audi TTnya. Sari hela nafas. Dia berjalan ke arah lelaki tersebut.

"Hantarkan saya balik sekarang!" arah Sari dingin. Pintu Audi tersebut dikatup kuat. Si pemandu hanya tersenyum kecil. Sari menjeling tajam pemandu tersebut.

Audi TT sudah bergerak. Suasana agak canggung apabila dua-dua hanya berdiam diri.

"Ehem!" deheman pemandu tersebut membuatkan Sari menjulingkan mata. Eleh! Nak tarik perhatian lah tu! Haktuih!

"Ehem!"

Sari mendengus kasar.

"Cakap jelah! Lagipun saya tak pekak lagi." sindir Sari.

"Kita pergi makan dulu."

Sari memandang sebelah.

"Saya dah kenyang! Tadi kenapa tak makan terus?!" soal Sari geram.

"Saya tunggu awak."

Apalagi memang terhambur tawa Sari. Dia ketawa kuat. Sebenarnya lebih kepada mengejek.

"Tak payah tunggu saya! Makan jer! Lagipun saya dah muak dengan perangai acah malaikat awak tu!" balas Sari kasar.

Pemandu kereta itu terdiam. Dia masih mengukir senyuman kecil.

"I'm sorry." pinta lelaki itu.

Sari menjelingkan matanya.

"Stop the car right now!" arah Sari.

"Kenapa?"

"Berhenti jelah! Jangan sampai saya terjun dekat sini!!" ugut Sari. Tali pinggang keledar sudah dileraikan dari tubuhnya.

Pemandu Audi TT tersebut akhirnya mengalah. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan raya.

Sari terus keluar. Dia berjalan di tepi jalam sambil matanya meliar mencari teksi.

"Sari saya boleh explain semuanya." rayu lelaki itu lagi.

"Awak nak explain apa?! Haritu dah cukup dan penjelasan awak! Cukup awak tahu yang saya sudah terluka dengan perangai mental awak!!" hambur Sari kasar. Dia mencerlung lelaki yang baru keluar dari kereta itu.

Ramai pengguna jalan raya yang sedang melihat drama sebabak itu.

"Sudah! Sekarang ni awak blah! Blah dari hidup saya! Jangan berani nak tunjuk wajah sadis awak depan mata saya lagi!" ujar Sari. Dia meneruskan perjalanannya.

Sreeettttttttttttt

Bam!!!

Terhinjut bahu Sari apabila mendengar dentuman tersebut. Kakinya kaku dan terus matanya meliar mencari punca dentuman tersebut.

Membulat mata Sari apabila melihat sekujur tubuh terbaring di atas tar bersama darah yang tanpa segan silu mengalir. Berhampirannya terdapat pintu kereta Audi TT yang sudah tercabut. Sebuah kereta yang sedikit remuk.

"Adam?!" jerit Sari kuat. Beg tangan dihempas kasar ke jalan dan kakinya laju berlari ke sekujur tubuh tersebut.

Dia memangku kepala yang berlumuran darah tersebut. Darah keluar melalui hidung dan mulut. Adam membuka matanya. Wajah Sari yang sedang lencun dengan air mata menjadi tatapannya.

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now