LIMA PULUH LIMA

13.4K 493 36
                                    

"I dah tak boleh tunggu lagi!! Bila you nak hancurkan hubungan diorang?!" soal Tia kepada Edlan yang sedang menyandar pada sofa.

Edlan hanya diam. Tangannya sedang memusingkan pistol sambil tersenyum sinis.

Tia memandang Edlan tajam.

"You?!"

Edlan memandang Tia. Dia melemparkan pistol tersebut kepada Tia.

"Apa benda ni?" soal Tia.

"Kau tembak jantan tu and aku akan culik Sari." cadang Edlan.

Tia membulatkan mata.

"I tak nak Adam! I nak Sari yang mati!!" balas Tia kasar. Pistol dilempar kasar ke atas meja.

Edlan ketawa. Dia bangun berdiri berhadapan Tia. Dia mengusap rambut Tia hingga ke pipi gaya psiko.

"Kau ikut jer racangan aku!"

"Arghhh!" rintih Tia apabila rambutnya ditarik kasar ke belakang.

Edlan mencengkam kepala Tia seperti mahu mengoyak kulit kepala Tia.

"You sakit." setitik air mata Tia mengalir di pipinya. Edlan tersenyum sinis. Dia melepaskan cengkaman rambutnya lalu mengusap lembut pipi Tia.

Edlan mencapai semula pistol di atas meja dan diacu pada dahi Tia.

Terketar Tia apabila mendengar picu pistol ditarik.

"Bang!"

Terhinjut bahu Tia apabila terdengar bunyi tembakan yang dihasilkan oleh Edlan.

Edlan ketawa terbahak-bahak.

"Kalau kau tak berjaya tembak jantan tu. Ini makan kau!" ugut Edlan lalu mengusap kepala Tia sekali lagi. Dia menghulurkan pistol kepada Tia.

Tia menyambutnya lalu memandang pistol berwarna hitam. Dia menghela nafas perlahan sebelum menyumbat pistol ke dalam beg tangannya.

"Habistu you buat apa?" soal Tia.

Edlan memandang Tia.

"You tanya I ke sayang?" soal Edlan sambil mendekati Tia. Wajah Tia diusap lembut.

Tia menundukkan kepala. Dadanya berdebar hebat. Ini bukan Edlan Harfael yang dia kenal!

"T--tak!"

Edlan senyum gaya psiko.

"Goodgirl!"

Edlan terus meninggalkan Tia yang sudah pucat. Ketawa memenuhi ruang banglo milik Edlan.

🌹🌹🌹

Sari menyentuh dadanya. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa dalam kepalanya penuh dengan Adam, suaminya. Perutnya yang sedikit timbul itu diusap sayang.

"Mana baba kamu ni sayang?" soal Sari sambil mengusap-usap perutnya.

Dia berjalan ke pintu utama. Sesekali matanya mengerling ke pintu pagar. Rumah sedikit sunyi apabila Tan Sri Faez dan Puan Sri Aisyah sudah pergi bercuti bersama Datin Syazira di Melaka. Kata mereka mahu menenangkan otak dan mengamanahkan tiga jejaka menjaga rumah dan bunga-bunga.

Tapi sekarang hanya dia dan Alisa di rumah. Alisa berada di tingkat atas menjaga anak-anaknya manakala dia sorang-sorang di bawah menunggu encik shuben!

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now