TIGA PULUH DUA

16.3K 579 6
                                    

Sari menyanggul rambutnya lalu kakinya menyarung selipar dan berlalu ke pintu pagar rumahnya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat sejambak bunga berwarna kuning dihadapan pagar rumahnya. Dia pandang sekeliling. Kot-kot nampak ke pengirim bunga tersebut.

"Sape pulok ato bunge ke aku? Romeo sangat!" ejek Sari lalu mencapai jambagan bunga tersebut. Matanya mula bercahaya apabila melihat bunga tersebut merupakan bunga kegemarannya. Bunga matahari.

"Lawanya!" puji Sari lalu mencapai kad yang terletak pada bunga.

Bunga matahari untuk gadis yang cantik macam awak.

By the way, saya nak minta maaf

Datuk Adam

Ecececece. Romeo betul mamat ni! Dia melemparkan kad tersebut ke lantai lalu dipijak geram beberapa kali. Dia baru sahaja mahu melempar bunga tersebut ke lantai tapi....

"Nasib kau cantik hari ni! Kalau tak tempat kau dekat sana! Dalam longkang!" bebel Sari sendirian. Dia masuk ke dalam rumah dengan bunga matahari. Dia berjalan ke dapur lalu mencapai satu pasu bunga kaca lutsinar. Diletakkan air sedikit lalu disumbat bunga matahari ke dalam pasu. Dibawa pasu tersebut lalu diletakkam di atas meja makan.

"Tempat kau atas ni jer! Aku masih merajuk tau dengan tuan kau!" bebel Sari lagi. Dia berjalan ke ruang tamu. Dia pandang jam pada dinding.

Awal lagi kalau nak pergi pejabat pun. Baru duan hari dia balik dari Sabah tapi dia rasa dia sibuk mengalahkan Perdana Menteri!

Sampai jer dia dekat lapangan terbang pada pukul tujuh pagi dia terus ke firma guaman untuk menyelesaikan beberapa urusan. Pukul lapan malam kelmarin dia baru dapat rehat dan sekarang dia baru balik dari jumpa client dari Italy untuk berbincang tentang projek baharu syarikat keluarganya. Habis jer meeting memang dia blah terus balik rumah dan nak tidur beberapa jam. Tapi tak sampai sejam dia tidur, ada gangguan dari si pengirim bunga pula! Sampai sekarang dia tak boleh tidur! Lelah!

Dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Matanya dikatup seketika. Bunyi deruan penghawa dingin dan detikan jam menjadi dodoian tidurnya. Dia mula terlelap.

Kring!

Membutang mata Sari apabila telefonnya berdering kuat. Telefon yang masih di dalam beg tangan yang terdampar di atas lantai itu dilihat sekilas. Jam didinding dilihat sebelum mengeluh berat.

Lima minit pun tak sampai lagi dia nak tidur. Dia merangkak ke beg tangannya. Terasa begitu malas mahu melangkah. Dia menggeledah begnya dan telefon itu masih berdering kuat.

Terpapar nama setiausahanya di firma guaman. Dia menghela nafas berat. Dia meng slide sebelum ditekan loud speaker. Telefon diletakkan ke lantai.

"Cik Sari saya dapat panggilan dari Puan Sri Mariana nak jumpa Cik before dia ke U.K nanti malam." ujar setiausahanya.

"Bila Puan Sri nak jumpa saya? Dekat mana?" soal Sari malas. Dia menarik rambutnya dengan geram.

"Nanti saya inform Cik after Zohor. Cik rehatlah dulu." pesan Lisa.

Sari hela nafas.

"Saya off dulu boleh?" pinta Sari. Dia rasa macam nak berbaring atas lantai marmar ni jer...

Sejuk pun sejuk!

𝙀𝙣𝙘𝙞𝙠 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙠 𝙇𝙖𝙬𝙮𝙚𝙧 | CWhere stories live. Discover now