author pov 💛
Stereng kereta dipusingkan. Setiap laluan pasti akan dilewati. Tidak pernah sekali tertinggal mana-mana jalan. Hari juga hampir menginjak ke siang.
Mata mereka masih bugar. Hati jangan dikata. Mengepam darah selaju mungkin kerana kerisauan mereka.
Diparkingkn kereta dipingir jalan. Penat akibat memandu terlalu lama. Kaki juga menjadi kebas akibat menekan pedal minyak dan juga break.
Mata dikatup seketika. Tidak tidur, sekadar menutupnya saja. Pedih matanya kerana dibuka saja dan tidak direhatkan.
"Kook, kita sambung cari lagilah nanti. Sekarang dah nak siang dah, better kita rehat sekejap. Lepas tu, kita sambung cari Hana semula. Boleh?" Jungkook melepaskn keluhan sebelum mengganguk.
"Hmm, kalau macam tu aku hantar hyung balik dulu" Taehyung yang di sebelahnya mengganguk. Tidak mahu berkata banyak kerana tahu akan tekanan Jungkook ketika ini.
Stereng kereta dipusingkan sekali lagi. Kaki menekan pedal minyak. Break dilepaskn supaya kereta bergerak. Selepas itu, baru Jungkook menghantar Taehyung pulang sebelum dia juga pulang ke penthouse.
💛💛💛💛
Badannya dihempaskan ke sofa. Sakit seluruh badan akibat memandu terlalu lama. Mengeluh lagi akibat kesal.
Menyalahkan diri sendiri. Berfikir jika dia menemani Hana sehingga pulang, pasti gadis bergelar isterinya itu tidak akan hilang tanpa jejak. Satu bukti pun tidak ditemui.
Baru saja matanya hendak dilelapkan, fikirannya terlintas tentang kereta yang memotonginya sewaktu hendak balik ke penthouse.
Semasa membawa kereta, ada juga rasa di benak hatinya tidak selesa. Semasa kereta itu memintas pula, semakin tidak sedap pula rasa dihati. Segera dibuang sejauhnya dengan mengatakan benda yang karut.
Tanpa berlengah, dia menuju semula ke keretanya bersama kunci. Ditekan punat untuk membuka keretanya. Kemera kecil yang diletakkan dibelakang cermin pantas diambil.
Ambil saja, kereta dikunci semula sebelum masuk ke dalam penthouse. Cip kecil yang diletakkan di dalam kemera tersebut diambil dan diletakkan di dalam laptopnya.
Video yang baru diambil pada hari ini, dimainkan. Disebabkn tidak mahu membuang masa, video tersebut dipercepatkan.
Paparan video dimainkan semula sewaktu kereta tersebut memotongnya. Diberhentikan sewaktu kereta tersebut betul-betul berada di hadapannya.
Video tersebut di zoom sedekat yang mungkin melihat nombor siri kereta tersebut. Setelah dapat, dicatat pula ke buku.
Dilihat video yang diberhentikan olehnya itu. Kereta tersebut diperhatikannya betul-betul sebelum matanya tertacap pada sesuatu.
Terlihat seorang perempuan yang pastinya sedang bergelut bersama seorang lelaki bertubuh sasa. Hatinya mulai tidak sedap sekali lagi. Dia merasakan bahawa gadis tersebut adalah Hana.
Hatinya sekali lagi mulai resah. Phone yang berada di tepinya digapai. Nombor Hana dicari lalu ditekan. Dia tahu, pasti gadis tersebut tidak akan menggangkat panggilannya.
YOU ARE READING
My Baby || JJK
Fanfiction『 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆𝒅 』 ੈ♡‧₊˚➵ semuanya bermula bila aku terjumpa budak ada syndrome ni kat tepi jalan kena kacau dengan gangster jalanan. ❁ཻུ۪۪⸙͎ 𝙬𝙖𝙧𝙣𝙞𝙣𝙜; 15+ 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 : 06/11/18 𝐞𝐧𝐝 : 06/07/19 ↬𝒽𝒾ℊ𝒽ℯ𝓈𝓉 𝓇𝒶𝓃𝓀𝒾𝓃ℊ↫ ♕#1 in fanfi...