PROLOGUE

9K 100 15
                                    


PHOENIX HOUSE ialah pusat pemulihan bagi penagih dadah serta pesakit yang mempunyai masalah mental. Kebanyakan pesakit yang dimasukkan di sini ialah remaja bawah umur. Oleh kerana mereka terlalu ramai, maka beberapa orang doktor dan pembantu telah ditugaskan di sini untuk memeriksa mereka.

10 hari yang lalu, MICHELLE LINDH telah berjaya diselamatkan oleh anggota keselamatan di Florida. Kisah tragisnya yang menyedihkan itu telah diketahui umum. Namun, kerana terlalu tertekan dengan keadaan diri serta perkara yang telah dialaminya, Michelle menjadi salah seorang dari pesakit mental. Dia masih ingat tentang siapa dirinya, tetapi bayangan hitam Vicky membuatkan dia tidak dapat meneruskan hidup dengan tenang.

Jeritan dan suara bisikannya sendiri selalu Michelle laungkan. Dia ditempatkan di sebuah bilik pusat pemulihan yang berada di hujung bangunan. Doktor berpendapat, dia harus berada dalam keadaan yang tenang dan tidak dipengaruhi dengan bunyi bising.

Hari pertama Michelle dihantar ke situ, ibu bapanya dan juga Leona menemaninya. Michelle tidak mahu disentuh oleh sesiapa kecuali ibunya. Ubat penenang adalah satu-satunya cara untuk dia diperiksa oleh doktor yang bertugas, itupun dengan cara menyuntik secara paksa di bahagian punggung.

"Mich.. mama akan datang melawat lagi minggu depan ya..? Hari ni, awak tinggal dulu di sini.." ibunya berbisik di tepi telinga Michelle yang sedang terbaring kaku di atas tilam.

Kelopak mata Michelle semakin kuyu, jari jemarinya mengenggam erat tangan ibunya seperti tidak mahu ditinggalkan. Melihat keadaan sedih itu, bapa Michelle segera memeluk badan anaknya dan mengucup dahi.

"Maafkan kami Michelle.. kami janji akan bawa awak pulang," ucap bapanya pula.

Leona yang berada di tepi katil, menekup mulut kerana terlalu sedih melihat kawan baiknya yang tidak seceria dulu lagi.

Michelle tidak bersuara. Ubat penenang telah menyerang dan menghentam urat-urat dalam badannya sehingga dia terkulai layu di atas katil pesakit di dalam bilik persendirian khas untuk pesakit mental sepertinya.

**Satu jam yang lalu sebelum Michelle disuntik...

"Saya tak nak tinggal sini!! Ma.. saya nak balik.. balik.. balikk...!! Arrgh...!!" Jeritan bercampur tangisan yang keluar dari mulut Michelle bergelombang di dalam dewan pesakit.

Ibu bapanya tidak dapat mengawal anak mereka yang meronta-ronta dari dalam pelukan mereka! Michelle bergelut dengan beberapa orang doktor yang mahu membawanya ke bilik pesakit.

"Michelle! Awak tak sihat..! Dengarlah cakap mama..!" Ibunya terpaksa melantangkan suara bila Michelle seperti dirasuk roh jahat.

"Ahhh!! Vicky dah datang, mama!!" Jerit Michelle lagi dan terus merangkak ke arah ibunya. Dia memeluk erat kaki ibunya sambil matanya terbeliak memandang kiri dan kanan.

Badannya menggeletar, kulit tubuhnya menjadi pucat sekali!

"Huh..! Huh..! Huh..!!" Dengusannya semakin kuat.

Seorang doktor bertubuh tinggi bersama dengan pembantunya datang ke arah mereka sambil memegang jarum penyuntik. Bila Michelle terlihat benda itu, dia terus berdiri dan cuba untuk melarikan diri!

"Michelle..!" Ibu bapanya menjerit dan cuba untuk mengejar. Tetapi Michelle terlalu laju berlari, menyebabkan mereka tidak dapat mengejarnya!

Beberapa orang sekuriti yang bertugas telah berjaya menangkap Michelle yang hampir keluar dari pintu masuk bangunan itu. Badannya diangkat, tetapi dia menggeliat dan cuba untuk melawan lagi!

REHAB 🔞 (Hold)Where stories live. Discover now