rehab 6

5.4K 93 44
                                    


'Patutkah saya masuk!? Apa nak buat ni!? Ahh! You're so stupid Frank! Kalaulah ada handphone saya masa ni, tentu saya akan rakam kejahatan yang mereka lakukan terhadap Michelle!'

Hatinya berbicara lantang. Berdegap-degup jantungnya ketika ini! Matanya masih menonton kelakuan kurang ajar doktor-doktor tersebut terhadap si gadis malang. Sungguh biadap sekali!

Peraturan pusat pemulihan itu ialah, para pekerja tidak dibenarkan membawa alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dan komputer riba ketika bertugas. Begitu juga kamera. Sebenarnya doktor Jason ialah ketua doktor yang berkuasa di situ, maka peraturan bodoh itu diwujudkannya sendiri. Ia kononnya supaya mengelak para pekerja dari menularkan video atau gambar para pesakit mental ke media sosial. Jika ia tersebar, maka reputasi pusat pemulihan tersebut dan kariernya sebagai doktor ternama akan terjejas.

Frank buntu.. kalau dia melaporkan hal itu kepada pihak atasan, percayakah mereka dengan ayat yang keluar dari mulutnya tanpa bukti?

'Rasanya.. semua orang yang bekerja dalam pusat pemulihan ni berkomplot menutup mulut tentang hal ni.. pasti doktor Jason merasuah mereka semua!'

Sekali lagi Frank berbicara melalui fikiran matangnya. Pada masa ini juga doktor Matt lantas memandang ke arah pintu!

Dup!

Frank tersentak lalu menutup pintu dan berlari meninggalkan kawasan bilik itu dengan nafas tercungap-cungap! Bukan kerana dia takut, tapi pasti mereka akan menyahkannya dari pusat pemulihan ini jika mereka tahu Frank telah melihat segalanya.

Pak! Pak! Pak!

Kakinya berlari pantas menuju ke arah pintu keluar. Kedengaran beberapa tapak kaki juga mengejarnya dari belakang!

"Shit!" Cemuh Frank ketika bunyi kaki berlarian dari belakang semakin menghampirinya.

Dengan hati yang berdebar-debar, dia pun masuk ke dalam sebuah stor penyimpanan alat-alat pembersihan. Pintu ditutup perlahan agar doktor Matt tidak tahu dia berada di situ. Dia sangat berharap doktor sialan itu tidak akan mencarinya di sana!

Namun apa yang dia harapkan tidak berlaku, malah doktor Matt memulas tombol pintu stor tersebut secara tiba-tiba saja!

Krakk..!

Mata Frank terbungkam, jantungnya bagai dihentak batu akibat terkejut. Dia yang bersembunyi di belakang pintu menggenggam jari jemari. Keringat deras membasahi seluruh tubuhnya!

"Frank, i know you're here.. keluar sekarang," suara garau lelaki bertubuh lampai itu menyeru namanya ketika melangkah masuk ke dalam mencari Frank. Dia seperti dapat menghidu jejak si pembantu!

Frank tidak menyahut apatah lagi ingin menghembuskan nafas cungapnya. Apabila dia teringat semula peristiwa yang baru saja berlaku tadi, hatinya mula terbakar! Jiwa baiknya seperti hilang! Tidak semena-mena, dia mencapai tuala kecil yang bergantungan pada dinding tanpa bunyi, lalu dia menjerut leher doktor miang itu dari arah belakang!

"Uhuk..!"

Doktor Matt yang tinggi lampai terbongkok ke belakang sambil tangannya cuba menghalang perbuatan Frank itu!

Kekuatan Frank melampaui batas akibat fikiran yang dibelenggu dendam! Dan hari ini dia akan menamatkan riwayat doktor itu! Sudah pasti dua orang rakan doktor Matt juga akan dibunuhnya nanti!

REHAB 🔞 (Hold)Where stories live. Discover now