rehab 1

8.9K 95 16
                                    


Tik.. Tik.. Tik..

Jarum pada jam dinding berdetik-detik. Ia jelas kedengaran pada gegendang telinga Michelle. Dia duduk di tepi tilam sambil merenung tingkap yang dipagar jeriji besi. Wajahnya pucat lesu, bibirnya kering dan rambutnya tidak kemas lagi. Fikirannya melayang jauh. Suasana sunyi di persekitaran biliknya menenangkan jiwa raganya. Jika dia bersendirian, dia tidak akan membuat bising. Tetapi bila doktor masuk ke dalam, pasti dia akan memberontak seperti hari kemarin, pada hari pertama dia dimasukkan ke pusat pemulihan itu.

Dia berdiri dan mundar mandir di dalam bilik. Kepalanya menunduk, rambut panjangnya menutup wajah. Tapak kakinya yang luka dikelar oleh Vicky masih terasa sakit. Jari jemarinya bergerak-gerak seperti tidak keruan.

Pak..

Kakinya berhenti di tengah-tengah ruang bilik yang kecil itu. Dipandangnya semula ke arah tingkap, lalu dia menuju ke arahnya. Jeriji dipegang, matanya melihat para pesakit mental yang sedang bersantai di taman.

"Kenapa saya tak dibenarkan keluar?" Bisiknya sendirian.

"Ini kan tempat orang gila? Tapi saya tak gila.." katanya lagi. Jeriji itu semakin digenggam kuat.

"Siapa kata saya gila?" Dia menyoal diri sendiri.

Krakk..

Kedengaran pintu bilik itu dibuka perlahan, dia terus menoleh ke arah pintu tersebut. Doktor Jason bersama seorang pembantu wanita masuk ke dalam dengan membawa beberapa pil untuk Michelle.

"Hello.." sapa doktor Jason. Michelle memandang tajam ke arahnya dengan muka bengis.

"Cik Michelle, awak kena makan ubat," kata pembantu itu.

Tapi, Michelle masih berdiam diri dan berdiri kaku di tepi tingkap.

"Come here, Michelle." Panggil doktor Jason sambil mengorak langkah perlahan-lahan ke arah gadis itu.

"No," Michelle menjawab.

Doktor dan pembantunya berpandangan sejenak. Michelle berundur ketika doktor Jason cuba menghampirinya lagi.

"Jangan dekat.." suara Michelle perlahan saja. Renungan tajam diacukan pada doktor Jason.

"Awak kena tidur, Michelle. Dah lama awak bangun," kata doktor itu lagi.

Michelle tidak mahu mendengar kata, lalu dia serta merta menyerang doktor Jason!

"Yahh..!!"

Doktor Jason terkejut bila gadis itu menerkam dan terus mengigit lengannya!

"Ahh..!!" Doktor Jason menjerit kesakitan. Gigi Michelle masih melekat pada kulitnya!

"Hurmm..!!" Michelle mengaum bagaikan singa. Dia tidak mahu melepaskan gigitan itu!

Pembantu doktor Jason memeluk badan Michelle dari belakang dengan tangkas!

"Cik Michelle, bertenang!" Jeritnya.

"Stop it! Arghh..!!" Doktor Jason merayu paksa sambil menolak-nolak kepala Michelle.

Namun ia masih tidak dilepaskan. Kerana sudah tidak tahan digigit, doktor Jason menarik rambut Michelle sehingga kepala gadis itu terdongak!

"Ahh..!"

"Sialan!" Bentak doktor itu dan terus menghayunkan penamparnya ke muka Michelle dengan kuat!

REHAB 🔞 (Hold)Where stories live. Discover now