rehab 4

6.4K 100 38
                                    


              Tengah hari.. Michelle masih terkulai layu di atas katilnya. Perasaan lapar tidak timbul langsung di dalam diri. Dia hanya mahu bebas dari neraka yang dibuat oleh manusia-manusia jahanam ini! Michelle tidak menyangka bahawa nasibnya terlalu malang. Dia menyesal kerana tidak mengakhiri hidupnya setelah menamatkan riwayat Vicky dahulu. Mati ; lebih baik dari hidup sengsara seperti ini. Fikir gadis asia itu.

Air mata yang kering pada pipi, menyebabkan kulit mukanya berkerut. Waktu ini adalah waktu rehat bagi para petugas pusat pemulihan. Dan masa inilah juga Frank mencuri masuk ke dalam bilik Michelle! Dia membawa makanan dan tuala serta pakaian pesakit baru untuk si gadis.

Tanpa Michelle sedari, Frank yang berada di tepi katil lantas menegurnya.

"Cik Michelle.." suaranya perlahan saja.

Kelopak mata Michelle membesar, dia terus mengerengkan badannya memandang Frank.

"Erm.. saya bawa awak ke bilik air untuk bersihkan diri, lepas tu awak makan. Ok?" Kata si lelaki.

"Buka pasung ni.." sahut Michelle.

"Ba.. baik. Tapi.. tolong jangan lari, boleh tak? Erm.. dan jangan serang saya." Frank memberi syarat.

Michelle bermuka sedih dan hanya menganggukkan kepalanya tanda akan menuruti syarat itu.

"Ok.. i open it now.." sambung Frank.

Dengan jari jemari yang menggeletar, Frank membuka satu persatu tali pasung yang diikat pada belakang Michelle dalam keadaan gadis itu duduk pada tepi tilam. Sesudah baju itu dibuka, Michelle menarik nafas lega kerana dia kini dapat bernafas dan menggerakkan tangannya. Tulang belulangnya lenguh akibat dipasung selama beberapa hari, sakit pada badan juga terasa.

"Mari.. pergi bilik air?" Ajak Frank. Dia menadahkan tapak tangan untuk membantu gadis itu bangun.

Michelle mendongak semasa melihatnya, tangan itu tidak disambut apatah lagi mengucapkan terima kasih. Dia pun bangkit dari katil dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan Frank.

Bilik itu disertakan tandas serta kamar mandi. Michelle bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bilik air diikuti oleh Frank dari belakang.

"Te.. temankan saya di dalam.." tiba-tiba Michelle membuat permintaan.

Frank tersentak bila ia terjadi.

"Err.. saya temankan awak di luar pintu saja." Dia menjawab.

Michelle menoleh ke belakang lalu berkata.

"Saya tak nak.. doktor tak guna tu masuk. Dia pasti akan rogol saya lagi,"

Sekali lagi Michelle menyebut perkataan yang sama seperti pagi tadi. Frank semakin curiga!

"Dia buat.. macam tu pada awak ke?" Soalnya.

"Tentu awak tak akan percaya.. tapi apa yang saya cakap ni.. benar. Saya tak tipu.." kata Michelle. Pintu tandas dipegang erat bagaikan musuh.

Wajahnya yang kusam dan pucat ditenung sejenak oleh Frank. Lelaki itu mengalihkan pandangan lalu bertanya.

"Sejak bila?"

Michelle tersengih. Tanpa menjawab, dia terus menarik tangan Frank masuk ke dalam bilik air! Frank terkejut sekali!

"Cik!" Bentaknya.

REHAB 🔞 (Hold)Where stories live. Discover now