AMARAN! BAHAGIAN CERITA INI MENGANDUNGI KEGANASAN FIZIKAL. SILA ABAIKAN JIKA IA MENGGANGGU MINDA ANDA. TQ
*
*
*Bijak sekali doktor Jason dan Zachary memutar belitkan cerita tentang kamera litar yang tidak diaktifkan di dalam bangunan itu termasuk di dalam bilik Michelle. Mereka berdua mengatakan bahawa mereka baru saja mengetahui kamera itu telah rosak dan tidak diselenggara sejak beberapa bulan yang lalu kerana sekuriti yang bertugas tidak pernah memaklumkan perkara berkenaan kepada mereka. Sekuriti pula yang dipersalahkan, padahal itu semua kerja sang doktor-doktor jahanam. Disebabkan hal itu, anggota polis yang menjalankan tugas menyiasat semakin sukar mencari bukti atas salah laku keganasan seksual yang telah terjadi terhadap Michelle termasuklah kes pembunuhan doktor Matt yang dilakukan oleh Frank.
"Doktor Jason, awak tahu tak pusat ni boleh disaman sebab tak ikut piawaian? Hampir beberapa kamera litar tak berfungsi. Sekuriti yang bertugas pun pemalas!"
Kata salah seorang anggota polis ketika berada di dalam bilik kerja doktor Jason dan Zachary. Haba panas mula terjadi dalam dada si doktor. Soalan itu bagaikan soalan maut baginya. Cara percakapan polis itu juga kasar sekali.
"Kan kami dah cakap, kami baru saja tahu pasal benda tu rosak? Awak ingat seorang dua saja ke pesakit di sini? Siapa nak periksa mereka kalau doktor cuma 3 orang? Ha, sekarang doktor Matt dah tiada, tinggal kami berdua lagi." Ulas doktor Jason.
Gayanya setenang air di sungai padahal ribut melanda benaknya! Dia menahan dendam di dalam hati.. tapi luarannya sentiasa tersenyum paksa.
Polis berkenaan bercekak pinggang, dijelingnya doktor Jason dan Zachary. Dua rakan seperjuangannya turut berada di situ sebagai saksi perbualan.
"Kami dah periksa semua ruang bangunan ni, tapi satu bukti pembunuhan doktor Matt langsung kami tak jumpa. Sebab tu kamera litar tertutup amat dititikberatkan. Bukan itu saja, tentang dakwaan cik Michelle berkenaan dia dirogol pun susah untuk dibuktikan." Terang polis itu lagi.
Apabila bab itu dibuka, doktor Jason menelan air liur. Dia segera menafikan dakwaan Michelle.
"Heh, kami cuma sentuh pesakit bila perlu. Tak pernah terlintas pun dalam fikiran kami nak buat perkara terkutuk tu pada pesakit-pesakit mental. Lagipun cik Michelle kurang siuman, dia selalu menyerang orang tanpa sebab dan cakap sembarangan. Dia terlalu trauma, tuan.." panjang lebar doktor Jason mempertahankan diri.
"Saya sokong dengan apa yang doktor Jason katakan. Selama ni, kami cuma menjalankan tugas sebagai doktor.. kalau betul kami ada lakukan benda tu kepadanya, cik Michelle kena buktikan." Sambung doktor Zachary.
Apa saja ulasan rakannya akan disokong serta merta. Polis berseragam kemas itu lantas memandang doktor Zachary.
"Mungkin.. orang yang cik Michelle katakan tu bukan kami. Kemungkinan besar pelaku itu ialah orang yang selalu masuk ke biliknya. Siapa tahu?" Kali ini doktor Jason menokok tambahkan cerita.
Doktor Zachary tersengih. Dia sudah dapat menangkap keterangan kawannya. Pelaku yang dikatakan doktor Jason ialah.. Frank!
"Siapa yang selalu masuk ke sana kalau bukan kamu?" Tanya si polis.
"Frank.. dialah yang selalu menguruskan cik Michelle termasuk memandikannya. Sejak budak tu bertugas di sini seminggu yang lalu, cik Michelle kerap menjerit tak tentu pasal dan menuduh kami memperkosanya. Dia juga nak ugut bunuh! Tuan boleh soal siasat budak Frank tu. Sebab kami takkan mengaku bersalah atas kesalahan yang kami tak buat," ujar doktor Jason lagi.
YOU ARE READING
REHAB 🔞 (Hold)
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019/2020/2021 MATURE CONTENT!! 21SX ONLY!! 🔞🔞 P/S_ JANGAN BACA KALAU NDA BIASA CERITA MACAM NI. ADA FAHAM? BUDAK2 P MAIN JAUH2. 👉 PERINGATAN! CERITA INI HANYA REKAAN PENULIS TIDAK ADA KAITAN DENGAN YG MASIH...