3

152 35 18
                                    

A/N: Author terharu sebab ramai yang letak cerita ni dalam Rl. Terima kasih author ucapkan. Author hargai sangat 😍

___

Seorang lelaki yang lengkap berseragam hitam berdiri dipertengahan kapal Titanic. Dia memandang laut yang terbuntang luas dihadapannya.

Dia selaku kapten kapal Titanic memberi arahan kepada semua anak buahnya agar mempercepatkan pergerakan kapal

Bibirnya menguntum senyuman gembira selepas melihat kapal Titanic meluncur laju diatas permukaan air laut.

__
Akhirnya impian ingin menaiki kapal Titanic sudah termakbul. Tinggal menjejakkan kaki sahaja di negara New York.

Senyuman sentiasa menghiasi wajah tujuh pemuda itu. Jungkook dan Taehyung memanjat pagar bahagian depan kapal. Manakala yang lain hanya berdiri dibelakang Jungkook.

Disebabkan takut dengan ketinggian mereka hanya mampu berdiri disitu seperti patung cendana.

Tangan Jungkook memegang kejap tiang disitu, badannya dibungkukkan melihat air laut yang memercik dari bawah kapal.

" Hyung tengok tu ada dolphin " Jari telunjuk dihalakan pada air laut.

" Mana? " Suga bertanya seraya menbungkukkan badannya melihat kebawah. Hoseok yang melihat Suga seperti itu hanya mampu mengusap dadanya.

" Wah comelnya diorang bermain " Taehyung menepuk tangan dengan laju persis kelakuan kanak kanak yang mendapat aiskrim

Jimin yang rasa menyampah dengan sifat Hoseok yang begitu penakut terus menarik lengan Hoseok agar menghampiri sahabatnya  yang lain.

Terdapat tujuh ekor Dolphin sedang melompat lompat dihadapan kapal. Ada yang berenang, ada yang cuba melompat tinggi sambil memusingkan badannya ala ala penerjun antarabangsa.

Bts begitu terhibur. Perasaan mereka ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Jungkook menaiki satu anak pagar kedua tangannya di angkat ke udara

" Kami lah raja dunia! " Jerit Jungkook sekuat hati.

" Ya. Kami lah raja dunia, yahoo!! " Jerit mereka serentak diakhiri dengan gelak tawa.
--

Bosan. Ya itu perkataan yang sesuai dengan aku sekarang. Duduk semeja dengan golongan orang kaya raya sambil menceritakan tentang perihal kapal Titanic.

Sudah hampir dua jam aku duduk disini, punggung aku dah terasa kebas, mulut mereka dari tadi tak berhenti henti memuji keutuhan kapal ini.

Alang alang mereka dah bahas tentang kapal ada baiknya aku tanya soalan yang sudah lama aku ingin tanyakan.

" Excuse me? Boleh saya tahu siapa yang namakan kapal ini? " Tanyaku kepada lelaki yang sebaya dengan ibu.

Dia tersenyum sebelum memandang Chanyeol.

" Tuan Chanyeol yang memberikan nama pada kapal ini. Cik muda. " Kepala aku anggukkan. Dah memang kapal ini milik dia dah tentu lah dia yang bagi nama.

Terlebih pandai juga aku pergi tanya. Hish..

Chanyeol disebelah sudah tersenyum nakal. Mengutuk aku lah tu. Tsk.

Perbualan yang tergendala sebentar tadi diteruskan. Aku mula kebosanan tahap tak boleh bawa bincang.

Mata aku tertancap pada sebatang rokok yang masih utuh diatas meja bersama pemetik api.

Lantas aku capai dan letakkan dimulut kemudian nyalakan.

Ibu disebelah sudah memandang aku tajam.

" Junghyo tahu kan? Ibu tak suka Hyo merokok " Ujarnya dengan nada menahan marah. Matanya dijegilkan memandang aku.

" Haram ke? " Soalku tanpa nada, asap rokok ku hembus kuat dari mulut.

" Ya. Haram bagi perempuan cantik macam awak " Rokok aku sisip ditangan diambil oleh chanyeol.

Hati aku panas. Suka suka dia aje nak larang aku. Tak jadi suami aku lagi dah mula kongkong aku.

" Saya minta diri dulu " Aku bungkukkan badan kepada orang orang yang duduk semeja makan dengan kami.

Kalau aku berlama lama dekat situ boleh mati kebosanan aku nanti. Baik aku keluar ambil angin.
__
Tangan Jungkook ralit melukis dua anak beranak yang sedang bermesra dihadapannya. Jungkook pantang sekali nampak sesuatu pasti dia akan lukis.

Hyung-hyung nya yang sedang bercerita disitu diendahkan saja. Janji lukisannya segera siap.

" Jungkook. Daripada kau lukis orang tua tu. Baik kau lukis worldwide handsome ni " Seokjin mula bersuara. Jungkook hanya mendiamkan diri.

" Tak sedar diri. Muka dah berkedut ada hati nak gelar diri dia worldwide handsome "

Meletus tawa Ahli yang lain mendengar perlian Suga. Begitu juga Jungkook. Kepala terus diangkat memandang Seokjin yang sedang berdiri disebelah Namjoon.

Namun pandangannya teralih pada belakang Seokjin. Dari jauh seorang gadis berpakaian gaun putih hijau dengan rambut disanggul ala puteri. Gadis itu memegang kemas pagar kapal dan lontarkan pandangannya pada laut.

Jungkook terpaku melihat kecantikan gadis tersebut. Hati berbisik  meminta dia untuk dekati gadis itu. Lama dia memandang gadis itu.

Seokjin pelik dan memusingkan badan nya melihat ke arah yang dipandang Jungkook.

" Jangan bermimpi nak dapatkan dia Jungkook level kita dengan dia tak sama " Ujar Seokjin. Dipandang Jungkook dengan kasihan.

" Aku tahu. Tapi tak salahkan kalau aku cuba untuk berkawan dengan dia? "

💖⛵

Bab seterusnya pertemuan pertama antara Jungkook dan Junghyo. Nantikan!! ❤

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now