11

111 19 15
                                    

A/N: Update kedua untuk hari ini 😥 update ketiga menyusul 💗

Tanpa mereka sedari. Perlakuan Junghyo bersama enam jejaka itu diperhati oleh seorang lelaki misteri.

Namun, tanpa lelaki itu juga sedari dia dari tadi diperhati oleh Suga, dahi suga berkerut memandang lelaki itu. silih ganti kepalanya menoleh ke arah stage dan ke meja yang diduduki lelaki misteri tersebut.

Suga lantas bingkas bangun dari duduk dan menghampiri stage. Tubuh Hoseok ditarik kasar sebelum bibirnya didekatkan pada telinga sahabatnya itu.

Hoseok mengangguk faham. Suga tersenyum senget seraya melangkah ke arah lelaki misteri itu.

Hoseok hanya menghantar pemergian Suga melalui ekor matanya. Sesaat kemudian Namjoon ditarik. Pesanan Suga disampaikan. Kemudian beralih para Jungkook.

" Suga hyung cakap ada yang tengah perhatikan Junghyo daritadi, Baik kau bawa dia pergi dari sini " bisik Jung Hoseok ditelinga Jungkook.

" Biar aku dan Suga hyung alihkan perhatian lelaki itu, lepastu kau bawa Junghyo keluar " arah Namjoon. Dia juga turun dari lantai stage itu dan membawa diri ke arah Suga.

Jungkook akur. Lengan Junghyo dipegang erat. Junghyo yang ralit menari terus terhenti. Matanya terkebil kebil memandang Jungkook.

" Kita kena pergi dari sini. Dah lewat malam. Aku takut Chanyeol dan Ibumu cari kau nanti " ujar Jungkook.

Dia terpaksa menipu agar gadis itu tidak merasa risau.

" Alah. Kejap lagi lah. Saya masih tak puas nak enjoy " Pegangan tangan Jungkook di lengannya dilepaskan. Jungkook menghela nafas berat.

" Sorang je? Tak nak pergi menari? " soal Suga yang sudah melabuhkan duduk dihadapan lelaki itu, serta merta menghalang lelaki itu dari memandang ke arah stage.

" errr? What are you talking about? I didn't understand " kata lelaki itu. Suga tersengih. Menggaru kepala yang tidak gatal.

" Ohh... jadi kau bukan orang korea. Patut lah nampak bodoh. Cakap bahasa yang entah bahasa apa ni. Aku tak faham "

" Woi namjoon!! bahasa apa dia cakap ni! " jerit Suga saat melihat Namjoon menghampiri mereka.

" English Hyung " ujar Namjoon. Kerusi ditarik, punggung dilabuhkan sebelah Suga.

Suga membulatkan bibirnya " You know BTS? " soal Suga. Namjoon menepuk dahi dan meraup mukanya.

" Sorry i did not know " kata lelaki itu mendatar. Suga mencebik

" Kau lah manusia paling bodoh sebab tak kenal BTS " Suga menggelengkan kepala perlahan. Raut wajah lelaki misteri itu berubah dari dingin ke raut wajah keliru.

Jelas sekali dia langsung tidak memahami apa yang dikatakan oleh Suga.

__

Tawa Junghyo meletus saat melihat Seokjin menari seperti seorang Robot. Tiba tiba Tubuhnya berasa seperti diawangan

" Yahh! Jungkook turunkan saya! "

" I'm sorry, aku kena hantar kau pergi bilik sekarang. Ada orang yang daritadi perhatikan aku, aku syak dia orang suruhan tunang kau " jujur Jungkook. Junghyo membulatkan mata. Terkejut mendengar.

" Turunkan saya " pinta Junghyo. Tanpa banyak cakap Jungkook menurunkan tubuh kurus itu. Dengan cepat tangannya menyambar lengan gadis itu.

Jungkook pun menarik Junghyo dan membawa gadis itu keluar melalui pintu belakang.

" Diorang nak kemana? " Soal Seokjin kepada Hoseok

Hoseok tidak menjawab. Malah turun dan menapak ke arah meja yang diduduki Namjoon dan Suga. Dari jauh Hoseok terdengar suara Suga yang masih lagi tidak berhenti menanyakan sesuatu pada lelaki misteri tadi

" Bodoh betul lelaki ni Joon. Bisu agaknya. Tak pandai jawab soalan aku "

" Aduh Hyung.. macam mana dia nak jawab kalau dia tak faham apa yang Hyung cakapkan "

" Diorang dah blah " ujar satu suara. Suga dan Namjoon pantas menoleh.

" Kenapa tak bagitahu dari tadi! Buat malu aku je jadi bodoh semata mata nak alihkan perhatian lelaki bodoh ni " bentak Suga lalu berdiri. Setapak dua dia berjalan kakinya berhenti. Badan dipusingkan memandang lelaki misteri itu

" Bodohh!! " hambur Suga. Kemudian meneruskan langkahnya.

Hoseok dan Namjoon serentak melepaskan tawa. " Hahahahahahaha "

___

-Pagi-

Pancaran matahari dari jendela langsung tidak mengganggu dua pasangan itu menjamu selera diruangan peribadi. Chanyeol awal awal sudah mengajak Junghyo untuk bersarapan dengan dia di bilik yang hanya dihuni oleh mereka berdua.

" Saya harap sangat dapat jumpa awak semalam sebelum awak tidur " Ujar Chanyeol tiba tiba. Junghyo mengangkat wajahnya.


" Maaf. Saya penat sangat semalam. " wajahnya ditundukkan semula memandang makanan yang ada diatas meja

" Dah tentu lah awak penat. Sebab menari di tingkat bawah kan? " Kata Chanyeol. Junghyo sudah terkedu, tak lama kemudian senyuman sinis ditayang buat tunangnya

" Nampaknya awak hantar orang untuk ekori saya. " Chanyeol dipandang dengan tajam. Dari semalam dia berasa geram dengan lelaki itu. Disebabkan lelaki itu lah kebahagiaan yang dirasakan semalam musnah sekelip mata.

" Kali ni saya maafkan. Tapi lain kali jangan cuba cuba nak buat lagi " tutur Chanyeol tanpa mempedulikan renungan tajam gadis itu.

" Saya ni tunang awak, bukannya orang suruhan awak yang akan patuh dengan arahan awak Chanyeol! " jerit Junghyo kuat. Dia sudah tidak mampu menahan perasaan marahnya terhadap tunangnya itu. Chanyeol sudah menarik nafas panjang.

" Saya. Tunang. Awak.!! " terang Junghyo lagi. Merah padam wajah gadis itu akibat terlalu marah.

Chanyeol lantas berdiri meja makan yang bersaiz kecil itu ditolak ketepi menggunakan sebelah tangannya sahaja. Bunyi pinggan dan cawan pecah memeranjatkan Junghyo.

" Ya! Tunang!! Sebagai seorang tunang. Awak kena patuh dengan saya, bakal suami awak! " jerit Chanyeol kembali, kedua tangannya memegang bahu Junghyo dengan kuat.

Junghyo tergamam, itulah pertama kali dia melihat Chanyeol mengamuk. Air mata mula membandel dikelopak mata. Ditahan sebaik mungkin agar tidak mengalir.

" Saya akan bunuh diorang kalau saya nampak awak masih bergaul dengan diorang! "

" Faham?!! " bagaikan seorang kanak kanak Junghyo mengangguk laju.

Chanyeol meraup wajahnya kasar sebelum meninggalkan Junghyo disitu. Empangan air mata mula jatuh ke pipi. Dia menangis bukanlah kerana takut dengan ugutan Tunangnya itu, tapi disebabkan dia terkejut dengan sikap Chanyeol yang berubah menjadi ganas.

💖⛵

Komen anda? Letakkan disini!

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now