13

137 15 5
                                    

Usai makan tengah hari Junghyo dan Ibunya melawat kapten Kang Daniel yang berada dibilik khas untuk pemandu. Junghyo terpegun melihat kemudi kapal yang unik serta alat pemantau dan juga peta yang begitu besar didalam bilik itu.

Sedang Junghyo sibuk memerhati sekeliling bilik itu tiba tiba seorang lelaki yang berada dibilik itu bersuara.

" Tuan. Dari hasil pemantaun saya beberapa kilo meter dari sini ada ketulan ais berg yang banyak tuan macam mana ni ? " Kata lelaki itu. Kapten Daniel sedikit cuak namun riak wajahnya di kawal. Tidak ingin membuat Junghyo dan Puan Kim risau.

Kapten daniel tidak menghiraukan anak buah nya itu. Kepala ditoleh memandang dua wanita yang sudah berubah raut wajahnya. Memandang dia menunggu penjelasan

" Woh Woh. Jangan risau. Tidak ada yang puan berdua perlu risaukan. Kapal ini sudah dilajukan kelajuan nya dari kelajuan yang luar biasa. " Mendengarkan penerangan dari Kapten Daniel. Junghyo dengan Ibunya menarik nafas lega dan tersenyum manis.

" Kapten. Boleh saya lihat bot kapal ini? " Soal Junghyo berminat. Kapten Daniel lantas mengangguk.
___

Jungkook melihat susuk tubuh Junghyo yang semakin dekat dengannya, lelaki itu bersembunyi didalam sebuah bilik kosong yang tidak jauh dari tempat bot disimpan.

Dari tadi dia hanya mengekori gadis itu dari jauh. Dia betul betul teringin nak berjumpa dan menyampaikan hajatnya pada Junghyo.

Chanyeol, Kapten Daniel dan Puan Kim meninggalkan Junghyo yang sibuk menilik dan mengira bilangan bot disitu. Jungkook dengan cepat menarik Junghyo agar masuk ke bilik itu, terjerit kecil gadis itu akibat terkejut.

Mujur sahaja tiada yang mendengar.

Junghyo lantas membulatkan matanya melihat Jungkook yang sudah berada didepan matanya. Tangan Jungkook yang berada dilengannya segera ditepis perlahan. Kakinya berlari anak ingin ke pintu. Namun dengan kudrat yang Jungkook ada.

Tubuh kecil Junghyo ditarik dan dipeluk dari belakang.

" Aku rindukan kau Junghyo " spontan ayat itu keluar dari bibir Jungkook. Junghyo kaku tidak bernyawa didalam pelukan Jungkook.

Terkejut dengan ayat yang baru sahaja dilafaz oleh lelaki itu.

Bibir Jungkook mendarat dibahu Junghyo yang terdedah. pelukan pada pinggang Junghyo dieratkan. Jungyo memejamkan mata.

Tiba tiba wajah Chanyeol yang sedang mengugutnya mula menjelma di bayangan nya. Segera tangan Jungkook dilepaskan dari pinggangnya tubuh Jungkook ditolak perlahan

" Jungkook apa yang awak buat ini salah. Saya tak boleh berjumpa dengan awak "

" Aku perlu bercakap dengan kau " Jungkook memaut lengan Junghyo erat.

" Tak jungkook " Junghyo menggeleng, tubuhnya disandarkan bersebelahan pintu. Jungkook mendekatinya

" Jungkook aku dah bertunang. Aku akan khawin dengan Chanyeol. Aku cintakan Chanyeol " Jungkook tersenyum nipis. Tahu sangat yang gadis itu menipu.

" Junghyo. Sedar lah. Kau memang gadis kecil yang manja. Tapi disebalik itu kau sangat menakjubkan, mengagumkan. Luar biasa. Gadis yang pernah aku kenal " Kata Jungkook anak matanya saling menatap dalam mata Junghyo.

" Jungkook. Saya... "

" Tak. Biar aku jelaskan. Kau sebenarnya.. " Jungkook tidak dapat meneruskan ayatnya, dia diam seketika.

" Aku bukan orang. Aku tahu bagaimana dunia bekerja. Ada 10 dolar dalam poket seluarku, aku tak ada apa apa untuk ditawarkan pada kau. Aku tahu itu, aku mengerti "

" Tapi aku sudah jauh terlibat dalam masalah kau. Kau lompat aku lompat, kau ingat ayat tu? "

" Aku tak boleh pergi tanpa dapat memastikan bahawa kau akan baik baik sahaja. Cuma itu yang aku inginkan " Pipi gadis itu diusap manja.

" Saya tak apa apa. Tak akan apa apa. Betul "

" Betul ni? Tapi kenapa aku tak rasa begitu? " Soal Jungkook. Junghyo diam. Menyepi. Namun matanya sudah mula berkaca.

" Mereka buat kau terperangkap Hyo mereka sengaja buat kau terperangkap dan kau akan mati jika tak melepaskan diri. " naik seoktaf suara Jungkook namun masih lembut nada dia berbicara. Dia meraup wajahnya kasar.

" Mungkin sekarang kau masih kuat dan cakap akan baik baik sahaja. Tapi cepat atau lambat semangat yang aku suka dari kau. Semangat itu akan hilang Hyo " Jungkook kembali mengusap pipi gebu itu. Air mata Junghyo ditahan agar tidak jatuh.

" Awak tak boleh selamatkan saya dari penyiksaan ini Jungkook " perlahan sahaja ayat itu diluah.

" Betul. Hanya kau yang boleh lakukan. "

Mata saling bertatapan. Jungkook mula mendekatkan bibirnya ke bibir Junghyo. Debaran didada terasa kuat. Belum sempat bibir itu mendarat Junghyo bersuara

" Saya akan kembali. Jangan kacau saya dulu " Ujar Junghyo lalu keluar dari bilik itu dengan cepat.

Junghyo pergi begitu sahaja tidak sempat dia menghalang. Hampir sepuluh minit dia termenung didalam bilik itu. menghadam kata kata Junghyo tadi.

Kuakan pintu dari luar menyedarkan Jungkook. Ke enam enam wajah Hyung nya mula kelihatan.

" Disini rupanya kau. Patutlah aku nampak Junghyo keluar dari sini tadi " Ujar Jimin.

" Wuu. Apa yang kau orang buat didalam bilik ni tadi " Soal Taehyung sambil tersenyum nakal. pinggang Jungkook dicucuk cucuk. Tergelak adik bongsu mereka itu

" Ayokk cuba cakap. " Jhope turut sama mengusik. Kedua keningnya dijungkit ke atas bersama senyuman dibibir.

" Manaada buat apa apa. Kookie cuma ajak Junghyo berbincang lah " Jungkook menjawab sambil tersipu sipu malu.

" Betul kah ni tak ada " Giliran Namjoon mula mengusik. Semakin merona pipi adik bongsu mereka itu.

Seokjin dan Suga serentak mengeluh.

" Dah. Jom blah. Kalau ada yang nampak kita kat dalam ni. Mampus kita kena tuduh menceroboh nanti. " Arah Seokjin. Mereka hanya akur dan mula keluar dari situ.

⛵💖

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now