4

150 38 26
                                    

A/N : Update terakhir untuk minggu ini. Sebelum membaca diminta jasa baik awak semua untuk tag kawan kawan yang korang rasa berminat nak baca cerita ini.

Tag sekurang kurangnya lima orang.

Tag disini 💞

__

Malam mula melabuhkan tirai. Jamuan makan malam bersama para golongan orang kaya sudah lama bermula.

Aku masukkan potongan daging kedalam mulut. Anak mata aku memerhatikan gelagat orang orang yang duduk semeja dengan aku.

Tidak lagi membincangkan perihal kapal tapi perihal bisnis yang aku sendiri tidak tahu. Jujur aku katakan aku cepat bosan bila duduk didalam ruangan yang dihuni ramai orang namun suasananya amat lah sepi.

Seakan akan membuat majlis kematian.

" Sampai sahaja di new york saya dengan Junghyo akan segera berkahwin " aku tergamam mendengar ayat yang dilafaz oleh makhluk bernama chanyeol itu

Tepukan gemuruh dari orang orang ramai membingitkan suasana ketika ini.

Apa semua ni?

Aku belum sedia nak menginjakkan diri ke alam perkahwinan.

Ibu disebelah aku pandang tajam.

Ni mesti rancangan ibu! Dia yang hasut Chanyeol agar mempercepatkan perkahwinan kami.

Ibu tak adil!

___

Junghyo berlari sepantas yang dia boleh, hatinya remuk berkecai. Dia betul betul kecewa dengan perangai ibunya.

Bunyi high heels bergema dipelosok kapal. Dia berlari sehingga terlanggar tubuh pasangan suami isteri yang sudah agak tua.

Hatinya memberontak ingin menamatkan riwayatnya, sungguh dia sudah tidak sanggup diperlakukan seperti itu. Dia juga ingin hidup seperti gadis lain.

Berkahwin dengan lelaki yang mereka cintai. Bukannya khawin paksa!

Ini sahaja cara agar dia dapat lari dari terus dikongkong oleh ibunya.
___

Jungkook berbaring dikerusi panjang yang terdapat di tingkat paling atas kapal titanic sambil termenung.

Jungkook memandang bintang bintang yang berkerlipan di atas langit. Bibirnya mengukir senyuman manis tatkala bayangan gadis petang tadi muncul di pandangan mata

Namun mendengar sahaja bunyi heels yang kuat berlalu ditempat dia berbaring tadi Jungkook lantas bangun.

Satu susuk tubuh berlari. Tanpa menunggu lama Jungkook mengejar gadis itu. Hatinya seakan akan menariknya mengikuti si gadis misteri.

__

Sampai sahaja diburitan kapal Junghyo memanjat dan keluar dari pagar kapal. Kedua tangannya memegang erat besi pagar tersebut.

Air mata nya suda kering. Nafasnya tercungap cungap memandang air laut yang ternyata gelap.

" Tolong jangan lakukan " Rayu Jungkook, Junghyo tolehkan kepala ke belakang. Mencari gerangan pemilik suara

" Pergi dari sini " Bentak Junghyo nada sengaja dikeraskan. Namun Jungkook degil. Setapak kakinya melangkah

" Jangan bergerak " Arahan Junghyo membuatkan kaki Jungkook melekat dipermukaan lantai.

" Hulurkan tangan mu. Aku akan pegang agar kau tidak jatuh "

Pinta Jungkook cuba memujuk Junghyo, tangannya dihulurkan pada Junghyo dari jauh.

" Jangan! Berdiri ditempat mu! Jangan maju selangkah pun " Sedar akan Jungkook yang cuba mendekatinya. Arahan tegas dilontarkan.

" Aku bersungguh sungguh nak terjun " Ujar Junghyo perlahan. Jungkook tersenyum sinis.

Muncul idea bernas diotak Jungkook ketika itu, dia menarik nafas berat. Harap keputusan dia buat tidak membuatkan gadis itu dari terus melompat ke bawah.

Perlahan langkah kaki diatur berserta lolipop yang ditayangkan. ingin dibuang.

" Kau takkan buat " ujarnya saat sudah berdiri disebelah Junghyo. Kata kata tadi cukup sedikit sebanyak membuatkan hati gadis itu membara.

" Apa maksud kau yang aku takkan buat? Kau tak kenal aku. Jangan ingat aku main main dan takkan lakukannya " Dijeling Jungkook bagaikan lelaki itu mempunyai dosa besar

" Kalau betul kau bersungguh sungguh nak bunuh diri, kau dah lama terjun " Junghyo terkesima. Namun ego nya masih meninggi ke langit

" Dah kau ganggu aku, macam mana aku nak terjun. Pergi! " Perli Junghyo. Namun nadanya sudah direndahkan.

" Tak boleh! Aku dah terlibat. Kau terjun aku akan ikut terjun selepas kau " Jungkook membuka tali kasutnya. Junghyo membulatkan mata terkejut

" Jangan jadi bodoh! Kau akan mati. " Bahu lelaki itu dijungkit.

" Jangan risau. Aku hebat berenang " Keningnya di angkat angkat membuatkan Junghyo mengalihkan pandangan ke depan.

" Kau terjun. Kau takkan mati dengan mudah. Dekat bawah tu kau akan dimakan oleh jerung. Pertama sekali yang dia nak makan. Kaki. kemudian tangan. badan. dan kepala. " air liur ditelan kasar. Kelopak mata dikedip berulang kali.

" Kau akan semakin tersiksa dan merasa sakit bila mati nanti "

" Rasanya tentu sakit. Aku tak tipu "

" Seberapa sakit? " soal Junghyo ragu ragu

" Sakit sangat. Mungkin rasanya seperti jutaan pisau menikam seluruh tubuhmu saat gigi jerung menggigit kulitmu "

Jungkook sudah selesai membuka kasutnya. Dengan kadar yang perlahan dia menghampir Junghyo

" Aku harap kau lupakan niatmu dan masuk kembali kedalam pagar " Tangannya dihulurkan. Junghyo menoleh sekali lagi saat sedar Jungkook sudah berada dibelakang.

" Kau pabo "

" Itulah yang hyung ku selalu katakan "

Junghyo terdiam

" Berikan tanganmu, come on. Jangan sesekali lakukan benda bodoh "

Perlahan tangan kanannya dihulur ke arah Jungkook. Badannya dipusingkan. Jungkook menghela nafas lega. Pegangan tangannya pada Junghyo tersangat erat.

" Aku Jeon Jungkook " Tutur Jungkook perlahan.

" Kim Junghyo " Jungkook senyum

" Nama yang cantik seperti orangnya " Terletus tawa kecil dari bibir munggil Junghyo.

⛵💖

Akhirnya bertemu jua mereka berdua. Mohon bawa bersabar, doakan saya ada mood nak update lagi ye.

Terima kasih sudi membaca 💜💜

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now