2

157 41 24
                                    

A/N: Maafkan saya sebab tak dapat update semalam. Saya busy sikit. Teruskan menyokong saya ❤❤
---

Selesai sahaja mengisi tangki perut. Belakang badan disandarkan pada kerusi. Jungkook memandang keluar cermin kaca restoran, jarak 10 kilometer dari restoran.  kapal titanic itu ditatap dengan penuh perasaan.

" Jom gerak sekarang. kita dah tak ada masa ni, lagi lima belas minit.  " Ujar Seokjin. Menyedarkan Jungkook dari terus termenung.

" Tapi sebelum tu. Periksa dahulu tiket masing-masing. Samaada ada atau pun tiada " arah Namjoon. Cuba mengingatkan sahabat nya.

Lantas mereka memeriksa saku jaket. Takut juga sekiranya tertinggal dekat rumah atau tercicir. Mereka berenam menarik nafas lega sambil memegang tiket ditangan.

Jungkook memandang Jimin hairan. Kelihatan temannya itu gelabah meraba poket seluar dan saku jaketnya.

" Ada apa hyung? Cemas semacam aje aku tengok " soal Jungkook. Membuatkan yang lain turut memandang Jimin

" Tiket aku hilang. Aku letak dalam saku jaket ni " Terang Jimin. Ahli yang lain membuntangkan mata terkejut.

Diakhir akhir masa begini boleh pulak mereka dilanda masalah. Seokjin memandang hoseok dan yang lain silih ganti

" Habis tu macam mana ni? Kau tak boleh ikut kitaorang kalau kau tak ada tiket "

Jimin memandang Namjoon tidak percaya.

" Takkan lah korang sanggup tinggalkan aku? "

Berkaca kaca mata Jimin menyoal. Ahli lain menghembuskan nafas berat. Mereka pun tidak sanggup meninggalkan Jimin. Tapi kalau mereka tidak pergi. Usaha mereka selama ni akan jadi sia sia.

Sudah lama mereka bermimpi ingin menaiki kapal tersebut memandangkan kapal itu akan menuju ke new york. Teman kegemaran mereka semua.

Peluang emas hanya muncul sekali dalam hidup. Jadi harus digunakan sebaik mungkin

" Dah tak ada cara lain jimin. Kami terpaksa "

Kata kata yang meluncur keluar dari bibir Namjoon membuatkan kesemuanya cuak.

" Tak! Kalau Jimin tak dapat ikut. Aku takkan pergi " selamba Suga

bercakap lalu memimpin tangan Jimin.

" Hyung! " Jungkook hentakkan kaki tanda protes dengan sikap Suga.

" Wait. Tadi masa kita gaduh ada seorang lelaki yang rempuh kita kan, kau tak rasa ke dia yang ambil tiket kau. Yelah mustahil tiket boleh hilang begitu aje kalau tak ada yang curi." Taehyung membuat spekulasi sendiri.

" Aku pun perasan juga. Badan aku berlanggar dengan dia tadi. Sekejap. lelaki tu aku nampak tadi masuk sini. Mana ea? " Mata jimin melilau sekeliling dalam kedai.

Matanya tertumpu pada susuk tubuh lelaki yang dia kenali, lelaki itu berumur lingkungan 30an sedang sibuk berjudi di salah satu meja yang tidak jauh dari  meja mereka duduki.

" Tu dia! " Jimin menghalakan jari telunjuk ke arah lelaki tersebut.

Suga berdiri. Tangannya dikepal penumbuk saat mendengar lelaki itu ingin mempertaruhkan tiket nya untuk berjudi.

Lelaki berkulit putih pucat itu terus menerpa ke arah lelaki itu, kolar bajunya dicengkam kuat oleh Suga.

" Kembalikan tiket yang kau curi tadi "  jerkah Suga membuatkan wajah lelaki itu berubah cuak

" T-tiket apa? " soal si pencuri. Suga tersenyum sinis. Tangannya mula menyeluk saku jaket yang dipakai si pencuri.

Semua orang didalam restoran itu memandang perlakuan Suga. Begitu juga ahli Bts yang lain tercengang dengan tindakan sahabat mereka yang satu itu.

"  Sial kau! Jadi ni apa? " Tiket itu ditampar kuat pada permukaan pipi si pencuri.

Baru sahaja Suga hendak melayangkan penumbuk mautnya.

Seorang lelaki tua bersuara " Titanic akan bertolak dalam masa lima minit lagi "

Suga memandang ke arah Bts.

Bts menggelengkan kepala. Dengan cepat Suga melepaskan tangannya dari kolar baju si pencuri tersebut. Dengan gaya swag nya dia berjalan menghampiri Bts.

Tiket itu diberikan pada Jimin, tali beg mereka disangkutkan dibahu.

Mereka lantas berlari sambil bersorak kegembiraan. Disebabkan terlampau gembira mereka langsung tidak pedulikan bahu manusia yang mereka langgar.

__

" Sekejap! tunggu kami. Kami pun penumpang kapal mewah ini " jerit Jimin sambil terkedek kedek berlari diatas jambatan

Tiket diserahkan kepada dua orang lelaki yang menjaga pintu kapal. Setelah mengecek tiket itu, mereka dizinkan masuk.

Tapak kaki dibawa laju menuju ketingkat paling atas. Sampai sahaja ditingkat atas. Beg mereka dibiarkan sahaja diatas permukaan lantai.

Tangan kiri mereka menggenggam erat pagar tersebut. Tangan kanan dihayun kepada manusia yang sedang melambai pada kapal.

" Selamat tinggal " Ujar Jungkook dengan nada kuat.

" Kau lambai dan ucap dekat siapa kook? " Soal Hoseok

" Tak ada siapa, aku saja je sebenarnya " Gigi arnabnya ditunjukkan pada Hoseok. Hoseok tergelak kecil lalu mengelus rambut Jungkook kasar

" Pabo (bodoh) "

" Selamat tinggal! Aku takkan lupakan korang semua jumpa lagi " Jerit Hoseok dan melambaikan tangannya. Begitu juga yang lain.

Perlahan kapal memulakan perjalanannya diatas air laut. Namun tidak menghentikan perbuatan ketujuh lelaki itu dari terus melambai kepada manusia dibawah sana, seolah olah sedang melambai kepada keluarga mereka.

__
Titanic adalah kapal impian untuk orang lain. Bagiku ianya hanya lah kapal budak yang membawaku ke New York untuk dipenjara.

Pada pandangan orang luar, aku seorang gadis yang normal dan sangat bahagia. Namun didalam hati aku menjerit seperti orang kurang siuman.

" Jadi ini kapal yang kau katakan tidak akan karam " Soalku pada Chanyeol tanpa memandang wajahnya.

Mataku hanya fokus memerhatikan ruang bilikku. Pembantu ku masih sibuk mengeluarkan lukisan lukisan yang aku bawa bersama.

" Ya " Dengan yakin dia menjawab

Aku berjalan menuju ke meja lampu, bunga yang terletak disitu aku usik guna tangan.

" Kau yakin? " Soalku lagi, sekadar ingin memerli.

" Sudah tentu! Tuhan sendiri tidak mampu menenggelamkan kapal ini "

Nampak gaya dia terlalu angkuh dengan kapal Titanic ini sampaikan membabitkan nama tuhan.

💖⛵

Apa komen anda tentang cerita ini?

Maaf kalau hambar. Cerita ini sedang dalam perjalanan hendak memanaskan emosi anda 😂

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now