Daftar

130 5 0
                                    

Seperti yang doktor di klinik suruh, aku pergi ke klinik kerajaan untuk buka buku pink bila kandungan dah masuk usia 2 bulan, paling kurang. Setelah siap semua kerja, dan mental pun dah boleh terima keadaan, aku bergerak ke klinik. 

Orang tak ramai pada waktu tu, mungkin sebab masih awal lagi. Aku tanyakan nurse di meja depan, bagaimana untuk buka buku pink. 

Dari apa yang aku baca dari pengalaman orang di internet, mereka kata kena bawa kad atau sijil nikah. Kalau tak, tak boleh register. 

Aku tak bawa menatang alah tu semua. Kalau betul kena bawak, macam mana dengan pasangan yang tak pernah buat sijil atau kad nikah tu? Sebab aku ada je beberapa rakan yang tak buat benda tu. 

Ternyata, semua tu tipu. Nurse tu cuma minta IC je, tak ada pun petik nak sijil atau kad nikah. Dasar orang yang suka menyusahkan orang! 

Lepas nurse hulur buku pink dan beberapa helai kertas untuk diisi, nurse juga bagi aku satu cawan kertas dan strip untuk uji apa entah. Lepas kencing dan tunjuk keputusan strip tu kat nurse, aku duduk menunggu giliran. 

Aku tak tahu nak bereaksi apa. Sepanjang menunggu, fikiran dalam kepala kembali jadi macam sabut dawai. Aku tengok perut-perut wanita yang menunggu. Ada yang dah sarat, ada yang setakat nampak bump, ada yang leper lagi. Semua tu aku bakal hadap nanti. 

"Puan Hani!" 

Aku pun terkedek pergi. Aku timbang berat dan ukur tinggi seperti yang disuruh nurse. Lepas tu, kena ambil darah dan check tekanan darah sekali. Aku ikut saja apa yang disuruh. Selepas diberi rawatan dan ditanya beberapa soalan berkenaan kesihatan untuk diisi dalam buku tu oleh nurse dan doktor, aku dibenarkan pulang setelah diberi tarikh untuk temujanji yang seterusnya. Aku juga dinasihatkan untuk pergi membuat pemeriksaan gigi. 

Senang gila! Kenapa bila aku baca pengalaman orang di internet, cara diorang cerita tu macam susah sangat nak buat urusan pendaftaran? Nampak sangat diorang suka exaggerate je. 

Masa balik, aku tengok semula gambar scan yang baru diberi oleh nurse tadi. Kali ni, gambar scan semasa usia kandungan mencecah 9 minggu. Juga beberapa jenis pil: satu pil untuk tambah darah, pil vitamin, dan satu lagi pil folic acid. 

Masih jauh perjalanan, tapi makin dekat masanya. 

ParacetamolWhere stories live. Discover now