Siapa saja yang tidak seronok bila dapat tahu waktu kelahiran anak sudah pun makin hampir, bukan?
Aku antara yang bernasib baik sebab dapat tahu bila anak aku akan dilahirkan disebabkan aku bakal menjalani prosedur c-section. Aku sudah pun dapatkan tarikh untuk lakukan pembedahan itu daripada doktor. Tapi nampaknya, anak aku seakan tidak sabar untuk melihat dunia.
Bangun pada pagi itu, aku dah bersiap bawa tuala untuk mandi. Bila aku buka je seluar dan semerta aku dapat lihat darah sudah pun turun. Nasib aku pakai pad!
Entah kenapa, naluri menyuruh aku untuk sarungkan pad pada panty sebelum aku masuk tidur malam tadi. Rupanya, itulah yang bakal berlaku. Aku terus sarung tuala ke badan dan dapatkan laki aku yang baru je nak tidur. Sepanjang malam membawa ke pagi dia menyiapkan skrip entah-apa-aku-pun-tak-tahu. Aku siap tunjuk pad tu bagi laki aku tengok.
Dia terus bangun bersiap. Tak fikir apa dah. Badan yang penat, mata yang mengantuk dilupakan buat sementara.
Masa aku register, nurse semua terus tolak aku masuk wad selepas pemeriksaan awal telah dilakukan. Aku kena ready untuk masuk ke dewan bedah selepas pembedahan yang sedang berlangsung pada masa itu selesai. Emergency, kata nurse. Aku ye-kan je sebab... pertama kali kan.
Pukul 11 lebih, aku dah ready. Nurse tolak aku lagi, tersadai kejap kat satu ruang sebelum masuk ke dewan bedah. Register lagi untuk pembedahan pulak. Masa tu, aku dah rasa sakit contraction, sejuk air-cond pun boleh tahan! Aku dah mula menggigil, aku rasa macam nak jalan-jalan kejap ambil haba tapi aku tak boleh nak buat apa sebab nak ready untuk bedah dah, katerer pun dah sambung ke saluran kencing dari tadi.
Bila masuk dalam dewan bedah tu, aku boleh nampak segala kelengkapan untuk jalani pembedahan nanti. Masa ubat bius dah masuk, aku jadi teruja. Doktor bedah dan bidan sudah bersedia untuk membelah perut dan mengeluarkan bayi.
"Huu~ kejap lagi baby keluar!"
Masa tu jugak, aku rasa macam sesuatu tertarik isi badan aku dari dalam. Rasa senak dari rusuk tapi bila dah lama tu, rasa tu hilang. Tahu-tahu je, aku dengar suara baby menangis. Aku tengok jam kat dinding masa tu pukul 1 tepat. Aku tak tau nak react macam mana. Dalam hati, Tuhan je tahu betapa aku gembira, takut, kalut... semua ni bercampur-baur!
Tapi sampai ke masa itu jugalah aku tak tahu apa jantina anak aku. Aku tak tahu nak panggil dia apa. Adakah dia Amani? Atau Akid?
Aku tak tahu jantina anak aku walaupun dah selesai pembedahan! Sampailah aku ditempatkan di bawah radiant warmer (aku menggigil teruk masa kat dalam dewan bedah, salah seorang nurse panggil bilik tu 'Bilik Artik'). Ada nurse bawa baby kat aku, nak tunjuk anak aku.
"Cuba puan tengok, anak apa?" Sambil tunjuk alat sulit anak aku.
Dalam hati, aku terus jawab, 'Akid!'
Nurse bagi Akid kat aku untuk sesi bonding, skin-to-skin. Tapi tak lama sebab diorang nak tempatkan Akid kat NICU. Akid dikenali ramai pada waktu itu sebab dia adalah macrosomic baby, atau bayi besar. Berat dia mencecah 4.3kg dan mereka perlu pantau gula Akid.
Sepanjang tiga hari dua malam aku di wad, aku sunyi. Aku tengok orang lain ada katil baby kat sebelah, aku tak ada. Aku tak tahu apa yang Akid buat. Aku jadi rindu kat dia. Sepanjang masa aku tatap wajah dia melalui gambar yang diambil oleh suami aku. Ada juga video dia dalam beberapa saat, itu pun dah buat aku happy bila tiba saat rindu menjelma.
Tapi aku bernasib baik sebab laki aku selalu ada. Dia selalu pantau Akid kat dalam NICU. Dia yang kepenatan tak tidur pada hari pertama kelahiran, pengsan pada malamnya, dan kembali datang menjaga kami di wad pada siangnya. Moga Tuhan jaga dan luaskan dan limpahkan rezeki buat laki aku (amin!).
Aku sempat menjenguk Akid pada hari kedua. Sedap betul dia tidur. Geram! Masuk hari ketiga, nurse dan doktor lepaskan aku untuk pulang setelah luka jahitan tiada masalah.
Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tengahari tu sepatutnya aku checkout wad bersalin, tapi Akid pula masih sangkut di NICU. Aku sedikit kecewa, aku cuma nak balik.
Dan aku dah mula rindukan Akid...
YOU ARE READING
Paracetamol
Short StoryTahun 2018 adalah sebuah tahun yang 'tidak dirancang' bagiku. Bayangkan, tahun sebelumnya, aku tidak merancang untuk berkahwin. Tapi untuk tahun ini, aku tidak merancang untuk menimang cahaya mata. Aku dan suami pernah bersembang dan bertukar fikira...