Seminggu selepas register pregnancy, aku buat check gigi.
Masa ni, aku dah start rasa morning sickness. Kau bayangkan, bau karipap yang patutnya sedap tu aku boleh bau macam bangkai kucing. Deria aku jadi makin tajam. Aku boleh hidu bau mulut setiap orang dalam klinik tu. Dalam kepala aku, aku nak muntah la tu jugak!
Tapi nasib baik aku pregnant, jadi aku boleh potong queue!
Oh ya, check gigi ni wajib dilakukan pada awal kehamilan. Waktu mengandung kan hormon tak stabil, jadi macam-macam boleh jadi, termasuklah di kawasan gigi dan mulut. Sepanjang aku mengandung, aku mengalami gusi berdarah, tapi tak teruk sangat. Tu pun masa hujung-hujung waktu. Bila tanya antara puncanya, boleh jadi aku kekurangan kalsium. Maklumlah, bila mengandung ni, janin tu bagaikan parasit yang mengambil nutrient daripada si ibu. Bila dah jadi hos ni, kena la jaga segala pemakanan jugak.
Okeh, kita sambung cerita balik!
Masa aku masuk dalam bilik rawatan, bau ubat pulak yang buat aku pening. Tapi tak sepening kat luar sana. Sini lebih tenang. Kalau boleh, aku nak berlama-lama sikit kat sini. Lepas siap check gigi untuk diisi dalam buku pink, doktor offer aku untuk buat scaling sekali. Aku pun okey jelah sebab dah lama jugak tak buat.
Masa start scaling tu, aku okey lagi. Bila dah lama-lama tu, aku rasa macam nak termuntah. Dalam hati aku dok berdoa la, mintak jangan muntah kat doktor tu. Aku risau betul. Siap perhati dalam ruang tu, kat mana singki, wayar-wayar kat lantai berselirat tak, tong sampah ada kat hujung sana... ah, apa lagi yang aku kena fikir ni?
Rasa macam muntah dah start naik! Aku pejamkan mata. Nak kemam bibir, tak boleh. Aku pejam mata aku rapat, air mata nak menitis dah ni! Cepatlah siap... muntah makin naik ke tekak. Jangan... jangan!
"Puan, dah siap!"
Aku tarik nafas lega. Rasa nak muntah tadi terus hilang! Doktor tu hulurkan satu cup berisi air. Aku terus kumur-kumur pastu ludah kat dalam singki tepi tu.
Masa nak balik tu, aku cepat-cepat keluar dari klinik. Bau mulut, bau klinik, bau ubat... bercampur-aduk. Aku pening gila. Lambat keluar nanti, aku yakin aku akan termuntah kat situ jugak.
Masa dalam perjalanan balik, laki aku ajak makan. Aku orait je sebab perut pun lapar. Tapi sekarang ni, aku rasa tak selesa dengan dalam mulut aku. Bukan sebab gigi aku dah makin bersih, tapi aku dapat rasa macam rasa besi kat dalam mulut ni.
Masa untuk tahan muntah dengan cara mengunyah chewing gum!
YOU ARE READING
Paracetamol
Short StoryTahun 2018 adalah sebuah tahun yang 'tidak dirancang' bagiku. Bayangkan, tahun sebelumnya, aku tidak merancang untuk berkahwin. Tapi untuk tahun ini, aku tidak merancang untuk menimang cahaya mata. Aku dan suami pernah bersembang dan bertukar fikira...