Anemia

94 3 0
                                    

Menjalani ujian air gula memang memeritkan. Tapi perit lagi bila bilangan sel darah merah turun mendadak sewaktu mengandung. 

Masa trimester kedua, aku mengalami anemia. Kata nurse, itu perkara biasa berlaku. Tapi kadar bilangan darah merah aku semakin menurun setiap kali tiba waktu check up. Nurse dan doktor syak penurunan darah merah aku tu, selain janin yang semakin membesar, mungkin juga disebabkan penyakit lama aku. 

Aku pernah menjalani pembedahan di kaki kanan aku disebabkan darah yang terkumpul di pergelangan kaki aku. Kata doktor, tekanan darah aku tidak sekata, terutama sekali di bahagian kaki. Aku pun tak berapa nak ingat nama penyakit dan penjelasan doktor itu disebabkan aku masih anak-anak lagi waktu itu. Jadi, itu sajalah yang aku ingat. Yang lain, mak aku yang dengar. 

Berbalik kepada masalah anemia, doktor menyarankan aku untuk mengambil pil tambah darah extra. Jadi, pada waktu itu, aku kena ambil dua jenis pil: Zincofer dan Ferrous Fumarate. 

Nak makan ubat tu memang perit, sebab kalau salah cara makan, aku akan termuntah semula ubat tu. Jadi, semasa kena hadirkan diri untuk sesi kaunseling, doktor menyarankan kami yang mengalami anemia semasa mengandung untuk memperbanyakkan pengambilan vitamin C. Ini juga adalah cara yang terbaik untuk mengambil pil tambah darah tu memandangkan kadar penyerapan zat besi adalah tinggi jika kita ambil bersama vitamin C. 

Jadi, setiap kali aku telan pil tu semua, aku akan telan dengan air jus. Selalunya air oren ataupun epal. Bila aku telan dengan air jus ni jelah aku takkan muntah. Kalau telan dengan air masak, tunggulah lagi setengah jam, mesti pastu bluerkkk~ 

Bagi aku, bau dan after-taste pil tu yang membuatkan aku termuntah. Okey, korang bayangkan, pil tu adalah pil zat besi, baunya pun macam bau besi, dan bila masuk mulut dan kena kat lidah, akan rasa besi. Tapi bukan rasa besi macam hisap darah! Rasa besi yang meloyakan. Dan kau kena telan besi tu! Untuk menghilangkan rasa tu, air jus lah yang sesuai sangat. 

Fuh, lap peluh! Ngeri kalau diingatkan balik semua tu. 

Selain amalkan makan pil yang diberikan doktor, kena jaga diet la jugak. Geram pulak aku masa tu sebab aku tak boleh makan sembarangan makanan yang boleh menghalang zat besi daripada terserap ke dalam tubuh aku. Dan kebanyakan makan-minum yang menghalang zat besi daripada terserap tu adalah makan-minuman favourite aku, antaranya coklat dan teh. Telur dan susu pun kalau boleh kena elak juga sebab ia mengurangkan penyerapan zat besi, tapi dalam masa yang sama, ia baik untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Nak ambil pun kena selang dua jam sebelum dan selepas makan ubat. Bagi penggemar kopi pula (nasib aku bukan!), minuman ini juga korang kena ban dulu tau!  

Keluarga pulak sarankan aku makan makanan laut, lebih-lebih lagi kerang. Masalahnya, aku tak makan benda tu. Diorang suruh makan hati lembu, pun aku tak makan. Setelah semua tangga teratas makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi yang aku tak makan, nasiblah yang seterusnya tu adalah sayur bayam merah dan daging merah. Lega jugak la sebab tak payah nak pening-pening dah lepas tu. 

Apa yang boleh dimakan, makan. Yang kena kawal, kawal. Yang jangan diambil, tolak jauh-jauh. Bukan selamanya pun, habis beranak dan berpantang semua, taram la semuanya pun kalau nak sangat. Lepas mengidam la konon tu, hehe. 

ParacetamolWhere stories live. Discover now