26 September 2013 -5:00 ptg-

132 6 0
                                    

Sebelum sampai rumah Zarinna... Pukul 3petang tadi.....

Aku hendak keluar kerumah Zarinna. Seperti biasa aku akan meminta izin mama.. "Mama, Rania nak pergi rumah kawan sekejap boleh??". Aku senyum melihat mama yang sedang melayan sinetron. Cuma hari ini, lain sikit dari biasa. Aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang... Tak mengapalah. Mama memandang aku dengan pandangan biasa. Pandangan tajam dan penuh sinisnya. "Kau nak pergi! pergilah! tak balik pun aku tak kisah dah! aku halau kau dari rumah ni!! keluar kau! keluar!!". Mama menjerit-jerit mengahalau aku keluar, seakan-akan aku ni...tiada hati dan perasaan.. Ketika ini, masih terngiang-ngiang suara mama menjerit dirumah tadi... Aku rasakan bagai halilintar yang membelah bumi! seperti kaca terhempas ke batu dari tempat yang sangat tinggi, umpama KLCC. Mama tak pernah dan tak mungkin dapat terima aku sampai bila-bila!! Ya Allah! berat ujian dan dugaan dariMu ini... Mutiara jernih masih setia walaupun dua jam telah berlalu dari kediaman mama dan papa.. Zarinna baru sahaja pulang kerumah..

Sebulan Yang Takkan BerulangWhere stories live. Discover now