21 September 2013 -10:30 pg-

143 7 0
                                    

Hari ni,aku ingat nak pergi ke 'shopping mall' untuk membeli sedikit barangan keperluan. Memandangkan kedua-dua orang tua aku tak ada yang nak belikan barang-barang dapur. Jadi,aku kena juga beli. Aku minta izin mama untuk keluar. Mama menjegilkan mata kemudian, dengan marah mama kata "Kalau kau nak keluar silakan. Jangan minta izin aku pun. Kau boleh jaga diri kau sendiri kan?! Aku percaya kau..kau tak nak balik pun tak apa.. Aku tak mahu ambil kisah pasal kau! Asalkan kau pandai jaga maruah kau! Jangan kau canang muka keluarga kau ni!" Aku cukup sedih mendengarkan kata-kata nista itu terpacul keluar dari dua ulas bibir orang yang aku sayang... 'Mama...maaf kalau Rania betul-betul dah tak balik kerumah ni lagi. Selamat tinggal mama..Rania faham..suatu hari nanti, mama mesti sayangkan Rania. Sekarang mama tengah ego mungkin. Rania sayang mama sangat-sangat.' Aku mencapai kunci kereta dan masuk kedalam perut kereta untuk menuju ke destinasi aku. Mama memang tak mahukan aku!

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

*air mataku menitis buat pertama kalinya* T_T

Sebulan Yang Takkan BerulangWhere stories live. Discover now