16 September 2012 -3:00 ptg-

237 7 0
                                    

Petang ni.. macam biasa, aku duduk termenung seorang diri. Bagaikan orang putus cinta. Tapi hakikatnya, aku tidak pernah merasai cinta itu.. Cinta yang dimiliki oleh ramai anak-anak diluar sana bersama ibu bapa mereka. Apapun, Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-16 Tania Ra'insyah. Sambutan yang tidak pernah mama dan papa ingat lagi.. Aku sambut dengan beberapa kek cawan yang dihadiahkan oleh Zarinna dan Alif.. Mujur ada dua orang rakan aku yang amat memahami. Sebagai hadiah ulang tahun aku, Zarinna ucapkan sesuatu yang pelik dan agak menjengkelkan kerana aku tidak suka apa yang diucapkannya di sekolah tadi..

*Di sekolah*

Zarinna: "Rania!! Happy Birthday. May Allah always bless you my dear"

Rania: "Thanks Rinna, sebab ingat birthdate aku" :)

Alif: "Rania! Rania! Happy Birthday too my dear!"

Zarinna: "Haihh...Alif. Jaga sikit Rania ni bukan girlfriend kau.. No no no word 'dear' ok!"

Alif: "Suka hati aku lah..kau bising kenapa? Honey aku pun tak bising.."

Rania: "Apalah kau orang berdua ni.. macam budak-budak. Dah, tak payah gaduh dah"

Zarinna: "Rania...kau untung kan. Dahlah kaya, cantik, baik hati, lemah lembut... macam-macamlah kelebihan kau ada. Lagi satu, kau pun ada ramai peminat tau! Aku cemburu dengan kau.."

Ya.. itulah ayat yang aku tak suka tu.. 

"Rania...kau untung kan. Dahlah kaya, cantik, baik hati, lemah lembut... macam-macamlah kelebihan kau ada. Lagi satu, kau pun ada ramai peminat tau! Aku cemburu dengan kau.."


Biarpun Zarinna kata, aku ada banyak kelebihan. Aku ada satu kekurangan yang dimiliki oleh Alif dan Zarinna, iaitu Kasih Sayang.. Mereka ada keluarga yang bahagia. Aku? Tak mengapalah..aku redha dengan ketentuan Ilahi.. Aku juga tersedar tentang satu perkara, mama benci aku oleh kerana aku bukan anak lelaki, seperti yang mama mahukan.. Tapi, aku lihat papa tidak berapa kisah..Tidak seperti mama yang agak 'anti' dengan aku. Papa banyak tinggikan suara dari beremosi seperti mama bila berbicara denganku..

Sebulan Yang Takkan BerulangWhere stories live. Discover now