Aku berfikir sejenak mengenangkan masa depan aku ini , mungkin Syazril telah bahagia kerana mencapai kejayaannya sebagai doktor , aku telah maklum , Emak dan ayah Syazril mempunyai latar belakang keluarga yg sama , emak dan ayahnya berwariskan keluarga yang hampir ke semua menjadi doktor , jadi itu lah yang sebabnya kenapa aku di tinggalkan begitu sahaja.
Telefon aku berdering di sebelah ku , nombor yang aku tidak aku ketahui "assalamualaikum , siapa ini?" , " aku , emak Syazril" nada suara yang tegas "aku mahu engkau datang ke mahkamah pada petang esok dalam pukul 2.00 , Aku tak mahu kau terlambat pada esok hari tu ! , walaupun Syazril tak nak mahu ceraikan kau mahupun dengan lafaz cerai , kamu berdua akan cerai fasakh ! Kau tentukan sahaja berapa bayaran yang engkau nak !" aku diam seketika , air mata mulai berderai " saya tak nak apa apa pun dari emak , tapi tolonglah beritahu di mana abang Syazril sekarang ni?" aku mulai menangis , "kau tak perlu tahu di mana dia berada sekarang, tetapi aku nak kamu datang ke mahakamah petang besok, sebelum Syazril pergi ke UK ahad ini . Aku nak semuanya selesai, supaya hidup aku aman daripada mempunyai menantuu sial yang macam engkau ini!" bunyi telefon terus dimatikan sebelum aku membuka bicara. Ya allah, ujian yang kau berikan kepada hambamu ini cukup mencabarkan berikan aku jalan untuk menyelesaikannya.
Aku mulai jatuh dan rebah duduk seketika , aku menangis teresak-esak bagaimana dan dimana aku mencari Syazril supaya memohon jangan ceraikan aku. Berkali-kali aku menelefon Syazril tetapi tidak di angkat malah di matikan.
"Eh ! Kakak nak ke mana awal pagi ni ?" . "akak nak ke flat yang akak diami dulu nak cari barang sekejap" Fisya hanya mengangguk , untung tak banyak tanya.
Aku memandu kereta emak , apabila destinasi aku sampai . Aku terus pergi naik dan menekan butang lift , tiba di hadapan pintu aku menekan kod pintu iaitu tarikh hari persandingan kami , lalu ianya terbuka. Apabila aku masuk , masih ada sisa sisa perkelahian aku dengan Syazril yang berhempaskan ke lantai sehingga kami hilang kawalan dan terlalu emosi ketika itu. Frame yang menunnjukkan gambar perkahwinan kami jatu ke latai kaca bertebur-teburan apabila Syazril menghempas beberapa pinggan kaca ke lantai dan alat kawalan suara speaker masih bergantungkan screwdriver yang aku cucuk cucukkan ketika dalam perkelahian kami itu .
YOU ARE READING
Sentuhan Hati Yang Lara
RomanceSentuhan Hati Yang Lara. " kau tersalah pilih cita-cita hendak menjadi seorang doktor lah , menjaga suami sendiri pun tak reti nak jaga , apa tah lagi menjaga pesakit yang keluar masuk di hospital ni , lebih baik kau pergi berambus dari hospital ni...