Bab 9
Seorang doktor telah membolehkan aku untuk balik pada pagi esok. Alhamdulillah , sekarang aku dalam keadaan sehat dan stabil. Aku belum memaklumkannya kepada emak dan Fisya , jam menunjukkan dalam pukul 9.30 malam , tiba - tiba tadi doktor datang membolehkan besok aku sudah boleh keluar , mungkin aku akan memaklumkannya pada emak dan Fisya esok pagi kerana malam ini sudah larut malam.
Seorang doktor lelaki bersama nurse perempuan menghampiri aku,
" NurAlisya binti Halim ? " tanya nya.
" Ya, saya Alisya" aku hanya menjawabnya acuh tak acuh lalu senyum.
Doktor itu membalas senyumku , " ini surat cuti awak, " ia menghulurkan sepucuk surat itu , aku ternganga
" eh , saya tak kerja dan belum masuk kolej lagi pun " , doktor itu mengerut dahi "oh , haha mungkin awak tak tahu agaknya , dalam daftaran yang adik awak isi tadi tu dia telah mengesahkan awak seorang penuntut kolej " jawabnya .
Aku hanya mengangguk " oh , terima kasih "
Bila masa pulak aku sudah sah masuk kolej sambil memandang surat cuti yang doktor bagi tadi, lalu aku mencapai telefon yang tidak jauh dari jarak ku , aku mencari nombor Fisya yang terpapar d skrin telefon lalu mendailnya . Alhamdulillah , Fisya belum tidur lagi dan talian ku di angkat.
" Hello Fisya " aku mula menyahut.
" Ih akak , dah akhir dah ni . Kan Fisya dah cakap mesti awal tidur jaga kesihatan tu. Ini kalau emak tahu lagi membebel ni " jawabnya , dia dah mula membebel lah tu .
" yelahtu , Fisya belum tidur ni kenapa ? Kan esok lusa nak berlangsung pertunangan kenalah jaga mata tu supaya tak jadi panda " aku dengar Fisya tergelak .
" yelah yelah akak ni.... Ni hah! Fisya uruskan bunga ni entah bunga apa yang emak suruh letak kat pelaminan yang serba putih ni " aku tergelak mendengar keluhannnya ada2 je si Fisya ni.
" ni, akak ada hal sikit nak cakap ni. Akak sudah kena terima masuk kolej Fisya ke?" aku bertanya , Fisya hanya terdiam.
" Lahhhh!!! Mana akak tahu niii... " dia menjerit , terkejut aku dibuatnya cheh !
" Fisya ingat nak suprise akak lah ni! Selepas akak boleh keluar dari hotel lima bintang tu... Tetapi tak menjadi pulak plan Fisya dan emak ni..." dia mengeluh . Aku hanya menggeleng
" Jadi akak sah lah ni ye masuk kolej? Tak payah nak suprise suprise lah , masuk kolej jee , bukannya graduate pun " dengus ku
" Kakak ni kan ! Beribu2 orang Malaysia nak masuk kolej tu tau , untung akak yang dapat , mun tak dapat entah kolej mana yang akak tuju " Fisya merungut , aku hanya tergelak mendengarnya . Comel loteh tau adikku ni kalau dia marah .
" ah sudah lah tu Fisya , benda dah jadi. Ah , akak nak maklumkan ni, esok akak sudah dibolehkan balik pagi , jemput akak yeee...." aku tergelak terasa pulak aku ni macam puteri .
" yake ?! Syukur alhamdulillah , Fisya dan emak akan jemput akak tetapi urus barang tu sendiri lah yee... " aku hanya tergelak , " yelah yelah.. " baru tadi aku berangan jadi puteri hahaha !.
Jam menunjukkan pukul 1.30 malam, aku masih berada di katil dan mata aku masih belum terlelap. Hati aku mula sayu apabila mengenangkan Syazril yang sudah terbang ke UK, mengenangkan pertama kali aku datang kepadanya di Airport pada minggu lepas, tak sangka pulak aku berada di Hospital ni selam 6 hari. Talian aku berbunyi di dalam beg , aku hairan siapa pulak yang telefon aku malam-malam buta ni. Aku mengeluarkan telefon ku dari beg , Nombor yang aku tak ketahui sedang menelefon ku... Akhirnya aku menjawabnya
" Assalamua'alaiku , siapa ini ?" aku mula memulakan suara
" Syazril" seperti biasa salam ku tidak di jawab. Hati aku mula rasa gugup . baru dia memulakan bicara , aku menutup telefon dengan laju. Aku tak mahu apa yang dia mahu hendak bicarakan , apa yang dia nak. Tentang hal perceraian yang dia hendak bicarakan pun aku masih belum bersedia. Air mata ku mula gugur , Ya allah aku rindu sangat pada suamiku yang telah jauh meninggalkan aku.
Aku senghaja menutup telefon dan memblock nombor Syazri dengan pantas supaya aku tidak dapat dihubung lagi.
Pagi telah menjelma , aku memanyap barang baju ku seperti biasa. Hati aku mula resah apa yang Syazril hendak bicarakan malam tadi. Ah sudahlah otak ! Berhentilah untuk memikirkannya. Akhirnya , emak dan Fisya datang juga tepat pada pukul 9.00 pagi. Mereka menjemputku dengan muka yang tersenyum riang.
Emak memelukku dengan erat dan aku pulak membalas pelukan emak dengan erat .
YOU ARE READING
Sentuhan Hati Yang Lara
RomanceSentuhan Hati Yang Lara. " kau tersalah pilih cita-cita hendak menjadi seorang doktor lah , menjaga suami sendiri pun tak reti nak jaga , apa tah lagi menjaga pesakit yang keluar masuk di hospital ni , lebih baik kau pergi berambus dari hospital ni...