Bab 1

168 2 0
                                    

Semenjak kejadian perkelahian besar aku dengan Syazril itu berlaku , kami bercerai berai dan tidak tinggal sebumbung lagi . Kami suami isteri sudah tidak bersefahaman kerana sebab dan alasan yang tidak munasabah , "NurAlisya bte Halim , encik di dapati keguguran mengandungkan janin dalam 3 bulan". Satu per satu ayat perih itu bermain di fikiranku , betapa bergunanya jika anak itu aku lahirkan ku didik dengan baik. Rumah tangga yang ku bina hanya dalam 1 tahun 5 bulan menimpa celaka hingga aku terpaksa menimpa segala bebanan dalam hidupku ini. Bodohnya , aku mencintai dan mempercayai seorang lelaki yang kini akhirnya meninggalkan aku , air mata mula gugur apabila mengenangkannya .

"Renungkan apa Alisya?" tanya emak , renunganku di kejutkan oleh emak , aku hanya menggeleng dan senyum sambil mengesat air mata . "Biasalah mak , akak ni asyik termenung je fikirkan lelaki durjana syaitan tu , sudahlah tak bertanggungjawab langsung lepas tu pergi macam tu jee tinggalkan akak, Syazril dengan emak gile dia tu memang sama fikiran diorang. Itulah emak , beria-ria sangat nak akak ni kahwin awal....." emak potong ayat Fisya "Fisya ! Sudah , pergi masuk bilik" nada suara emak tinggi apabila mengarahkan Fisya . Aku hanya terdiam mendengar dan melihat gelagat si Fisya tu. Yelah , Fisya tu anak bungsu dan mulut dia memang laser tetapi laser lagi mulut mertua aku.

Sentuhan Hati Yang LaraWhere stories live. Discover now