Bab 7

77 2 3
                                    

  Mata aku pejam erat, rasa sakit di kepala aku. Aku gagahkan untuk bangun juga dari birai katil , sempat juga aku melirik mata pada jam yang menunjukkan 8.00 pagi. Aku menekan tombol pintu tandas , pening sangat yang aku rasa. Mata aku kabur dan terasa hendak pitam. Akhirnya aku jatuh ke lantai juga.

Fisya POV

  Emak mengarahkan aku  memanggil kakak untuk sarapan bersama, entah kenapa pula aku rasa tak sedap hati biasanya akak bangun awal  dalam pukul 8 pagi , tapi hari ini tak. Aku mula mengetuk pintu biliknya yang berkunci , tiada suara . Akhirnya , nasib baik ada spare kunci untuk biliknya ni , ketika aku memulas tembol pintu. Aku melihat akak telah jatuh pengsan!

" Emak emak! Akak pengsan ! " jeritku. Lalu emak pun sampai secepat mungkin. Aku merasai tubuh badan akak yang panas. Air mata mula mengalir, risau apa akan terjadi kepada akak ni nanti. " Ya allah, Fisya! Cepat telefon ambulance sekarang, mungkin Alisya dah lama pengsan ni! " aku menurut , tangan menggeletar menekan nombor ambulance. Alhamdulillah akhirnya terjawab jugak.

   Ambulance tiba ke rumah dalam 15 minit, Akak mula di angkat ke dalam kereta ambulance. Ada juga jiran yang melihatnya tetapi aku dan emak buat macam derr jee . Ambulance laju memandu untuk menuju ke hospital yang bedekatan, aku melihat emak menangis teresak-esak sambil memegang erat tangan akak. Seorang jururawat yang memeriksa akak menyatakan bahawa oxygen akak hanya separuh.

Ya Allah , aku tak tahu akak selamah ni hanya memikirkan perkara subuh pagi tadi.

  Akhirnya, kami selamat tiba ke Hospital yang berdekatan. Akak di masukkan ke dalam bilik kecemasan , Untung bilik kecemasan ni pintu nya kaca yang tutup buka bagi memudahkan doktor masuk,  aku melihat jururawat sedang dalam kecemasan menyediakan peralatan pernafasan akak.

Doktor mula masuk dengan pantas untuk memeriksa akak. Aku melihat mereka dalam kecemasan untuk menyelamatkan pernafasan akak yang hanya tinggal separuh, doktor sudah mula menggunakan tangannya ke dada akak untuk menimbulkan pernafasan akak supaya menjadi stabil. Aku memeluk erat emak yang sudah menangis teresak-esak. Seorang jururawat mengarahkan  kami untuk duduk di bangku yang berada di sebelah bilik kecemasan kerana takut mengganggu konsentrasi doktor dalam memeriksa akak,  emak sudah meraung dan menangis sekuatnya kuatnya meminta supaya akak di selamatkan daripada pengsannya. Jururawat itu hanya mengangguk tanda faham dan mengusap bahu emak.

Sentuhan Hati Yang LaraWhere stories live. Discover now