" Assalamu'alaikum Alisya, ini ayah syazril, Syazril akan bertolak ke UK besok pada pukul 4.00 subuh pagi. Ayah telah di beritahu oleh emaknya untuk menghantar Syazril besok."
Message aku baca daripada pesanan ayah Syazril , aku genggam erat telefon. Aku mula menekan butang hijau untuk menelefon nombor ayah terpapar di skrin telefon.
" assalamu'alaikum ayah "
" wa'alaikumsalam Alisya, Alisya sudah baca message ayah tadi? "
" Sudah , tu lah ada hal yang Alisya bincang sedikit , emak syazril datang besok ke ayah untuk menghantar Syazril ?" pertanyaan ku.
" Ayah rasa tak kot, pasal sekarang emak berada di Kuantan pergi bercuti , kenapa Alisya? " hati ku mula sedap apabila mendengarnya dapatlah aku jumpa Syazril walau beberapa minit sahaja.
" Alisya rasa, nak jumpa Syazril sekejap besok, Lisya mahu kembalikan sesuatu " , ayah terdiam seketika "Hello ayaah...".
" oh, haha baiklah Alisya tapi datang dalam pukul 3.00 pagi , sebab takut Syazril ketinggalan flight pula dann..... Ayah akan suruh Syazril tunggu Alisya kat atas beranda Airport tu ".
" Tapi... Boleh ayah jangan maklumkan yang Alisya bakal jumpa dia ya? Ayah beritahu sahaja dia , ada seseorang nak jumpa ". Aku mengetap bibir supaya ayah mempersetujuinya.
" Hmmm, kalau begitu yang Alisya mahu , ayah akan turuti "
"Terima Kasih ayah , Assalamu'alaikum ".
Jam menunjukkan masih dalam pukul 2.00 pagi , aku masih bangun di birai katilku dan tidak dapat tidur kerana memikirkan Syazril. Aku mulai melangkah ke almari untuk mengambil cincin perkahwinanku ,
Flashback....
" Aku nikahkan NurAlisya binti Halim dengan mas kahwin sebanyak $5000 ribu ringgit tunai ". Majlis aku di penuhi dengan saudara mara sebelah Syazril dan aku , Betapa indahnya hari yang aku mula di ijab qabulkan , di sarungkan cincin berlian putih yang berukir 3 bunga di atasnya. Emak Syazril ketika itu dalam keadaan murung dan geram kerana dia tak suka aku di kahwini oleh anak tunggal lelaki dia Syazril.
Aku tersenyum sendirian melihat cincin yang usap. Lalu renungan ku di kejutkan oleh Fisya apabila dia masuk , aku mula memasukkan kembali cincin ku ke dalam kotak yang kecil "Akak belum tidur lagi ke?" soalnya , "belum , akak nak bersiap sekejap" jawab ku acuh tak acuh , riak wajag Fisya mula mengerut " ya allah, akak nii kalau ya pun nak berjalan esok pagi kan ada" nada suaranya mulai meninggi , isyy budak ni kalau emak bangunn habislah aku "Shhhh! Akak nak pergi airport kejap nak jumpa....." Fisya mulai memeluk tubuhnya riak wajahnya berubah " Syazril , Sudah sudah lah tu kak..." dia mula mengeluh , aku tak tahu nak cakap apa lagi dah , jika ku panjangkan lagi melebar nanti cakap dia .
" Temankan akak " aku mengubah topik , dia hanya mengeluh dan mengganguk. Tanda menurut lah tu. Syukur alhamdulillah , aku turun perlahan2 supaya jejak ku tidak ku tidak didengar oleh emak yang lagi tidur , pintu aku buka perlahan dan menguncinya dari luar. Nasib baik Fisya sudah berada di dalam kereta.
Aku sampai di Airport Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi macam mana yang telah ayah beritahu tetapi aku lewat 15 minit. Aku memasuki pintu masuk airport aku pergi ke tempat orang awam yang selalu menghantar , lalu aku melihat kelibat ayah dari jauh , aku hanya melambaikan tangan dan ayah memberi signal kepada ku bahawa Syazril sudah berada di beranda atas airport. Fisya mula mengekoriku tetapi aku halang, dia buat muka menyebalkan kerana aku menghalangnya daripada mengekoriku.
Aku menaiki elevator , hati ku mulai rasa gugup. Lalu aku melangkah keluar beranda , terasa angin bertiup perlahan sejuk ku rasa . Aku melihat kelibat Syazril yang sedang memandang ke hadapan , hati mulai terasa ingin memeluknya sudah 5 bulan tidak bertemu dengannya rambut dia berubah berdiri , badan dia sudah panjang smart dengan pakaian jacket berwarna hitamnya.
Aku mula menghampirinya , " Assalamu'alaikum " dia hanya pandang ke hadapan " aku dah agak dah " dia bersuara juga akhirnya tanpa menjawab salam ku. " Alisya nak cakap sesuatu "
"cakaplah" jawabnya acuh tak acuh.
" sebelum abang pergi buat seketika, Alisya nak minta maaf banyak banyak sebagai isteri dan halalkan makan minum Alisya selama ni dan alisya janji........ " ayat ku di potong
" jangan ganggu hidup aku ", riak wajah nya masih memandang ke hadapan.
" Alisya mintak satu syarat " minta ku
Dia masih memandang ke hadapan
" Ketika awak sudah ada pengganti, tolong beritahu Alisya , Saya tak sanggup nakk ..." ayat ku dipotong lagi.
" tak sanggup nak di madu? " dia ketawa sinis " saya boleh buat apa apa je NurAlisya , awak tak boleh halangkan say daripada membuat sesuatu yang saya nak, ini kata terakhir saya jangan ganggu hidup saya dan keluarga saya , jika awak tak turutinya awak akan menerima akibatnya nanti", nada suaranya tinggi dia mulai memandang mataku dengan tajam. Aku cuba menahannya " jika itu yang awak nak, awak ambil cincin perkahwinan ni sebelum hati saya terbuka untuk membakarnya", dia tergelak "sanggup ke awak membakar cincin ni? Saya tahu awak lah Alisya , awak seorang perempuan pengecut yang hanya tahu nak ugut saya", dia terus meninggalkan aku tanpa mengambil cincin yang aku genggam, aku mula merasa geram dan marah serta terluka hati aku bila mendengar percakapannya. Air mata mula gugur aku duduk terjatuh dan menangis teresak-esak aku memegang dadaku yang sakit ini. Terasa perit apa yang aku rasa , sia-sia aku menjumpainya. Aku mengharapkan yang baik akan datang ketika menjumpainya tetapi malangnya buruk yang datang.
YOU ARE READING
Sentuhan Hati Yang Lara
RomanceSentuhan Hati Yang Lara. " kau tersalah pilih cita-cita hendak menjadi seorang doktor lah , menjaga suami sendiri pun tak reti nak jaga , apa tah lagi menjaga pesakit yang keluar masuk di hospital ni , lebih baik kau pergi berambus dari hospital ni...