Fisya POV
Aku dan emak keluar dari bilik doktor. Aku masih memegang erat tubuh emak untuk menenangkan dirinya yang dalam kerisauan. Syukur Alhamdulillah, akak selamat dan kembali stabil. Sekarang,akak berada di dalam bilik privasi wad yang emak sediakan tetapi dia masih belum sedar. Kemungkinan dia akan bangun tidak lama lagi doktor memaklumkannya.
Doktor mengesahkan akak menghadapi migrani yang kuat sehingga pitam serta jantung lemah akak yang mengakibatkan kekurangan pernafasan di dalam tubuh akak ketika kejadian di pagi tadi. Aku dan duduk di bangku buat sementara yang berada tidak jauh jaraknya daripada bilik privasi wad akak.
" Ini semua sebab Syazril, jantan yang tak guna itu. Kalau Syazril tak ada dalam hidup akak, akak tak akan jadi macam apa yang telah terjadi ni " aku mula marah dan bersuaraa .
Emak mula memegang tangan ku "Fisya.... Mungkin ini sudah takdir Alisya yang sudah tercatat di dalam buku Allah , tetapi walau bagaimana pun kita akan berusaha untuk mengembalikan akak seperti dia hidup dengan Syazril awal dahulu , ketikaa itu dia bahagia sangat apabila Syazril berada dalam hidupnya lebih lebih lagi...... " suara emak aku potong, malas untuk emak menyambungkannya " emaak.... " perlahan aku bersuara.
" Walau bagaimana pun , mesti ada sebab lain lagi yang kita semua tak tahu kenapa Syazril tinggalkan Alisya macam tu ", air mata emak mula mengalir . " sudah sudahlah tu emakk.... " baru aku memulakan bicara , seorang jururawat memanggil memberitahu kami bahawa akak sudah sedar. Aku dan emak pantas masuk ke dalam bilik...
------------------------------
Aku tidak tahu apa yang berlaku pada awal pagi tadi , mata aku kabur melihat di sekeliling dan aku mengusap kepala yang masih terasa sakit ini. Pada pertamanya, aku melihat muka emak dan Fisya yang berada di sisi katil. Mereka memandang aku , emak mula membelai rambutku dengan muka nya yang penuh dengan senyum.
" akakkk... Alhamdulillah akak akhirnya sedar juga " Fisya memulakan bicara dengan riak wajahnya yang gembira.
"Alhmadulillah , anak emak Alisya bangun juga " emak mengusap pipiku.
Aku hanya terdiam dan tersenyum gembira melihat gelagat mereka. Lalu , aku di bangunkan , Fisya sandarkan bantal di belakang aku bagi memudahkan aku bersandar. Emak pula membantu aku bangun.
" Apa yang terjadi tadi pagi ?" soalku , " Akak nak air ? Mesti akak hauskan ? " Fisya mengubah topik. Sempat juga aku melihat mata emak dan Fisya berpandangan tadi ketika aku memulakan persoalan. " akak rehat dahulu lah ya, tak usah pikir yang banyak-banyak" Fisya mengarahkanku sambil mukanya yang tersenyum.
YOU ARE READING
Sentuhan Hati Yang Lara
RomanceSentuhan Hati Yang Lara. " kau tersalah pilih cita-cita hendak menjadi seorang doktor lah , menjaga suami sendiri pun tak reti nak jaga , apa tah lagi menjaga pesakit yang keluar masuk di hospital ni , lebih baik kau pergi berambus dari hospital ni...