Bab 4

77 0 0
                                    

    Aku sudah sampai di halaman rumak emak aku , kelibat Fisya dan emak kelihatan ketika mereka membersihkan taman halaman.

    "Emak ! Akak dah balik!" Fisya menjerit. Aku hanya senyum melihat gelagat si muda yang bakal bertunang ni. Aku keluar dari kereta, riak wajah emak sedikit hairan "Alisya ke mana tadi awal pagi , jalan tak bagitahu mak , Fisya ni pun satu awak berjalan dia buat macam derr je", emak mula bising "Maa'aii Fisya juga yang di salah , lahh maakk akak ni bukannya lari ponn lainlah kalau....". Emak memtong ayat fisya "fisyaa.... Pergi buat minuman kite lepak kejap dekat luar ni , ambik angin kejap" emak mengarahkan Fisya. Aku duduk seketika di luar tempat duduk dekat halaman rumah. "Tadi emak Syazril telefon emak..." dahi emak bekerut.  "Dia marah emak lagi ke?" . "Ya, macam biasa mulut dia tu celupar ,tapi bukan emak yang angkat telefon dia tu . Fisya yang jawabb" aku sudah agak dah, apabila mulut laser bertemu bual dengan mulut celupar memang terkeluar sumpah saranah. Emak mulai memegang tanganku "Alisya.... Emak Syazril marah sebab awak tak datang ke mahkamah tadi dalam pukul 2.00 petang tadi, kenapa jadi begini ni Alisya? Rumah tangga yang kamu bina berpecah berai lalu tak sah pula perceraian kamu di mahkamah, mak tak fahamlah kamu ni, Syazril ada kata lafaz cerai di depan kamu?" riak wajah emak bertukar hairan risau tentang keadaan aku "Tak , Syazril belum kata lafaz cerai , Emak Syazril suruh Alisya cerai fasakh dia minta Alisya untuk menyatakan bayaran tersebut" , aku hanya menjawabnya acuh tak acuh , air mata mula hendak gugur tetapi aku tahan . Tak mahu aku lagi susah kan hati emak dengan keadaan aku macam ini lagi "Astaghafirullahal'azim , Alisya kena sabar yaa... Kalaulah arwah ayah masih ada tentu dia akan buat sesuatu untuk keadaan Alisya yang alami sekarang" , emak mengeluh . "Emak ada pun Alisya sudah cukup senang buat Alisya" , emak hanya tersenyum. "Hello hello! Teh dah siap , jom minum hehe", Suara Fisya membuatkan aku terkejut. "Oh ya kak , borang yang akak mintak untuk masuk collage Fisya tu , Fisya dah ambilkan . Akak isi karang lah yaa secepat mungkin , Fisya nak hantar esok . Cepat  isi cepat juga dapat masuk " Aku hanya mengangguk tanda faham . "yelah , akak akan isi karang malam. Sebelum akak terlupa , bila tarikhnya Fisya akan bertunang ni? Lama lagi ke?" dahi emak mulai mengerut "Aii , emak rasa mak dah beritahu Alisya kelemarin , takkan secepat itu Alisya dah lupa?" emak tergelak , "iyaa, kott Alisya tak dengar mungkin" aku hanya ketawa sinis, "Biasalah mak, akak ni baru fikirkan satu masaalah besar , sampai lupa pula bila Fisya nak bertunang . Fisya bertunang minggu depan lah kak hahah " aku hanya mengangguk tanda faham, sempat juga aku tengok emak menggeleng. 

   Malam pun menjelma, aku berada di atas meja ruang tamu sambil mengisi borang yang Fisya ambilkan tadi , aku berhenti seketika melihat status aku sebagai apa , di dalam borang tersebut aku menyatakan bahawa aku sudah berstatus Kahwin,

tidak sampai pula hati aku mentiadakan suami sendiri. "Ohmygod akak!", aku terkejut mendengar jeritan Si Fisya ni "Akak ni kan, cubalah buat status tu jangan jujur sangat, tandakan Single ajelah akak ni" Fisya merungut "Fisya , walaupun akak ni sudah berkahwin tetapi kalau akak tandakan Bujang dalam borang ni ertinya kakak menipu boleh jadi masaalah besar tu Fisya , lagipun orang akan mendapat tahu juga akak ni sudah berkahwin" , aku menjawab acuh tak acuh, Fisya hanya meneluh perlahan.

Sentuhan Hati Yang LaraWhere stories live. Discover now