" what do you mean i have to go to boys school ?!"
rina menghentak meja encik park sambil menjegilkan mata kearahnya . encik park yang terkejut terus membetulkan duduk dan berdehem kecil, membetulkan cermin matanya .
" saya mintak maaf cik rina, tapi pihak pengurusan tersilap masukkan dokumen awak dengan seorang budak lain . tertukar "
terbakar hatinya apabila encik park berkata seperti tiada benda salah yang berlaku dan bersikap sambil lewa . " pekerja awak yang buat silap kenapa saya yang kena tanggung kesalahan dia ?
awak tahu kan, sekolah st. ambrose school tu sekolah berasrama penuh . takkan saya nak duduk sebilik dengan budak lelaki ? "
encik park hanya memandang rina dengan muka tanpa riak . keluhan kecil dilepaskan sebelum encik park mengambil telefon pejabat dan menyuruh pembantunya membawa masuk kesemua dokumen rina untuk ke st. ambrose school .
rina memandangnya dengan tidak percaya . hampir gila dibuatnya apabila pembantu encik park hanya mencampakkan dokumen-dokumennya ke atas meja dan meninggalkan mereka seperti itu sahaja . sungguh biadap .
" actually, saya dah lama bersabar dengan awak ni . sekarang ni macam ni la . incase kalau awak tak cam muka saya, saya ni yum rina, anak yum changhee, pemegang saham terbesar sekolah elit choate rosemary hall . sekolah nombor satu dalam korea .
kalau awak buat kerja sambil lewa macam ni, saya boleh buang semua pengaruh dan kenalan awak dalam bidang ni dan gantikan dengan orang yang boleh bertanggungjawab dan dipercayai .
awak sedar tak awak hanya memburukkan nama agensi awak ?"
rina memerhatikan muka encik park yang sudah kelat menelan air liurnya . "c-choate.. choate rosemary school ? yum.. changhee ?"
anggukkan malas diberikan oleh rina seraya dia bangun dan menuju ke pintu keluar, meluat hatinya melihat encik park yang tiba-tiba menjadi kalut apabila mendengar pernyataannya .
manusia hanya pandang darjat . langkahnya terhenti apabila encik park menghalang pintu keluar dengan mata yang terbeliak .
"apahal ni" tanyanya dingin sambil mengerutkan dahinya . menyampah dengan orang tua tak sedar nak mati ni .
"k-kalau cik bagi kami masa, kami boleh perbetulkan semuanya" . "tunggu apa lagi, buat la kerja awak" rina menolak kasar encik park ke tepi, daun pintu dikuak besar, dia melangkah laju keluar dari pejabat encik park dengan muka cemberut .
rina hanya mengangguk untuk menjawab sapaan pekerja di situ, dia berlari anak keluar dari bangunan itu . lelah dibuatnya dengan kaki yang pendek nak berlari bagai .
dia berjalan ke bus stop berhampiran dan melabuhkan punggungnya diatas bangku yang disediakan . matanya meliar melihat kiri dan kanan, mencari kelibat bas yang ditunggu .
tiba-tiba telefonnya berdering beberapa kali, menarik perhatiannya . dia mengangkat panggilan tersebut, hairan melihat ibunya menelefon pagi-pagi macam ni .
"yo" sapanya pendek .
"macam mana ? orang tu kata apa ?"
dia sudah dapat mengagak ibunya akan bertanyakan soal itu . rina mengeluh kecil sebelum menjawab pertanyaan ibunya .
"diorang kata tolong bagi diorang masa . nanti diorang settlekan" rina menggentel hujung bajunya sambil menghayunkan kakinya yang tidak menjejak tanah .
YOU ARE READING
❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍ
Fanfictionthere's always that one stupid mistake that changes everything