chapter two

24 5 3
                                    

rina membuang pandangannya ke luar tingkap, melihat manusia-manusia yang sibuk dengan hal masing-masing .

kedai-kedai di kiri dan kanan jalan yang sesak dengan orang . ada yang sibuk membeli, ada yang hanya melihat-lihat . mata rina tertumpu pada sebuah papan tanda bewarna biru, yang menunjukkan nama tempat yang dia tujui .

cepat-cepat dia memperbetulkan baju sebelum beralih ke kanan, hasratnya untuk meminta izin laluan kerana hendak turun bas . tetapi kelibat yuvin sedang berdiri tegak di hadapan pintu bas meninggalkan rina terpinga-pinga .

bila masa mamat ni bangun tidur . rina bergegas beratur di belakangnya, dia melihat kiri dan kanan . hanya mereka berdua yang turun di perhentian kali ini .

apabila bas berhenti dan pintu keluar dibuka, yuvin dan rina melangkah kekuar dari bas tersebut .

"awak !" panggil rina apabila yuvin hanya jalan menonong sahaja, langsung tidak pusing ke belakang . namun kerana yuvin memakai headphone, dia tidak mendengar panggilan rina .

rina dengan pantas menepuk bahu yuvin, cuba untuk mendapatkan perhatiannya .

yuvin menoleh kebelakang dengan malas, dia memerhatikan rina atas bawah sambil keningnya bertaut . "apa kau nak" dingin sahaja ayat yang keluar dari mulutnya .

beg galas yang bewarna biru dihulurkan oleh rina . matanya tepat memandang yuvin . "awak taknak beg awak balik ke ?" tanya rina yang konfius nak mampos . dia ni kenal aku ke, ke aku je yang tak cam muka dia .

yuvin tergelak sendirian, sebelum menjeling tajam ke arah rina . kemudian dia berpaling dan tidak lagi mengendahkan rina . langkahnya disambung dengan selamba sahaja .

rina terdiam . mamat ni tak betul agaknya . dia menggalas beg itu di hadapan badan seperti orang mengandung dan hanya membontoti yuvin, walaupun dia tidak tahu kemana yuvin pergi .

dalam hatinya sudah menyumpah seranah dirinya, jika dia tidak duduk di sebelah yuvin tadi, benda ni semua takkan berlaku . dia mendengus kasar apabila ternampak yuvin yang sesekali menoleh dan menggelakkan dirinya .

apa yang dia nak sebenarnya . rina memandang ke kiri dan kanan jalan, sedang-sedang sahaja orang di kawasan itu . tidak jauh dari situ, ada driver yang diarahkan untuk menunggu rina .

meliar matanya tertangkap satu susuk tubuh yabg digeruni . "yuvin . yuvin !" panggilnya beberapa kali . tetapi yuvin telah berjalan ke hadapan, agak jauh darinya .

pakcik berumur yang tadinya dihalau keluar dari bas sedang melompat-lompat ke arah rina . rina tergamam, kakinya tidak boleh bergerak tatkala mengingat kembali perbuatan tidak senonoh pakcik itu terhadapnya .

"yuvin !!" panggilnya sekuat hati, matanya tertutup rapat sambil tangannya digenggamkan .

tiba-tiba, dia terdengar bunyi benda berat yang jatuh sehingga bergolek-golek di tanah . terasa ada tangan menepuk lengannya . "oi, kau okay tak" .

matanya serta merta terbuka apabila mendengar suara yuvin . rina memerhatikan pakcik tadi yang memegang pipinya yang berdarah sambil berbaring di atas tanah, mengerekot kesakitan .

tumpuannya beralih ke arah yuvin yang memegang lengannya erat . "aku tanya ni, kau okay tak" . rina yang masih terkejut tergagap-gagap menjawab soalan yuvin . "s-saya okay" .

❁ 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐚𝐤𝐞 ᵒⁿ⁻ᵍᵒⁱⁿᵍWhere stories live. Discover now